Suami Isteri Berhati Mulia, Sanggup Habis Beribu Ringgit Demi Selamatkan Kucing Kurang Upaya

Share

Suami isteri berhati mulia, sanggup habis beribu ringgit demi selamatkan kucing kurang upaya. Malahan suaminya sebelum ini pernah berkhidmat dengan syarikat swasta sanggup berhenti kerja demi memberi fokus kepada kucing.

Semata-mata kerana kasih dan sayang, sepasang suami isteri bermurah hati untuk merawat kucing-kucing jalanan. Ribuan ringgit kos rawatan diperlukan demi melihat kucing-kucing jalanan ini kembali aktif dan sihat.

Pasangan ini memiliki 63 ekor yang mana 11 daripadanya merupakan kucing kurang upaya.

Artikel Berkaitan:

Hebatnya Rezeki Allah. “Tak Sampai 10 Minit Bagi Kucing Makan, Allah Tambah Rezeki Berganda.’


Suami Isteri Berhati Mulia

Menurut Mohd Baharim Abu Bakar dan Nur Hanariawati Mohd Najib, biarpun kucing-kucing ini cacat atau kurang upaya namun mereka kini kelihatan sihat dan lincah kerana mendapat penjagaan yang rapi.

Tidak hairanlah pasangan ini sanggup menghabiskan RM4000 hingga RM6000 sebulan untuk kos rawatan, pembedahan dan ubat-ubatan demi melihat kucing yang diambil dalam keadaan cedera parah ini kembali sihat.

Tidak dinafikan sebahagian daripada kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel.

Malah membela kucing juga sangat istimewa kerana ia bukan sahaja sebagai terapi malah dapat membentuk diri kita agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin.


Sanggup Habis Beribu Ringgit

Perkongsian pasangan ini di akaun TikTok mereka yang membela puluhan kucing lumpuh dan mengalami kecacatan fizikal tular di media sosial.

Bagaimanapun, pemilik akaun TikTok CeritaKucingKatsumi terkilan dengan pertanyaan daripada netizen yang mengaitkannya dengan isu penderaan berikutan keadaan kucing-kucing terbabit mengalami kecacatan dari segi fizikal.

@ceritakucingkatsumi Replying to @user9956810086625 ♬ original sound – CeritaKucingKatsumi

Dia menjelaskan, kesemua haiwan terbabit merupakan kucing jalanan yang diselamatkan dalam keadaan sangat menyedihkan dan kesemua mereka telah dihantar ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Sehubungan itu, pasangan ini menegaskan bahawa tiada sebarang penderaan berlaku terhadap haiwan terbabit dan meminta supaya netizen berfikir sebelum mengajukan pertanyaan.


Demi Selamatkan

“Tiap-tiap malam saya buat siaran langsung mengenai kucing ini, sekiranya betul mendera mereka, saya tidak akan dedahkannya di media sosial.

“Lampin kucing ini juga saya tukar hingga empat kali sehari, sangat tak logik untuk kata saya dera mereka,” katanya.

Selain itu, pemilik akaun yang mempunyai 163,000 pengikut itu turut menyatakan tidak kisah untuk berbelanja besar bagi merawat haiwan malang berkenaan.


Kucing Kurang Upaya

Dalam masa yang sama, pasangan ini juga menjalankan servis penjagaan haiwan domestik itu yang terdiri daripada pembersihan dan juga konsultan bagi pengurusannya.

“Jadi alhamdulillah, tak memiliki kedai tapi sambutan orang ramai menggalakkan dan segalanya kami gunakan bagi memelihara kucing berkenaan.

“Kos pemeliharaan haiwan ini sememangnya tinggi berbanding yang tidak mempunyai kecacatan fizikal,” ujarnya.

@ceritakucingkatsumi Replying to @roseyasmin877 ♬ original sound – CeritaKucingKatsumi

Dia turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos penjagaan haiwan tersebut.

“Kepada mereka yang sudi ingin menyumbangkan bantuan dari segi wang, ia akan digunakan bagi menampung pembelian lampin dan ubat-ubatan kucing berkenaan,” jelasnya.

Kashoorga: Dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing malah terdapat pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.

Sumber : TikTok Cerita Kucing Katsumi, Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat