‘Suami, Isteri Hias Kubur Anak Tema Hello Kitty.’ Lebih Baik Tanam Rumput, Makruh Bina Kubur Dengan Simen

Share

‘Suami, isteri hias kubur anak tema Hello Kitty.’ Lebih baik tanam rumput, makruh bina kubur dengan simen.

Sebenarnya memang tak digalakkan untuk menghias kubur dengan membuat binaan daripada konkrit. Oleh sebab itu ramai orang lebih selesa menanam rumput dan meletakkan batu sungai sahaja.

Artikel Berkaitan:

Sayang Mak Ayah Lakukan Ketika Hidup, Bukan Selepas Mati. Hukum Buat Binaan Kubur Guna Marmar

Suami, Isteri Hias

Berbeza dengan pasangan suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia. Mereka telah menghias kubur anak mereka dengan tema animasi popular, Hello Kitty, lapor portal berita Wolipop semalam.

Video berkenaan dimuat naik seorang wanita bernama Helsa dalam akaun TikTok @helsaseftini.

Suami Helsa dirakam mengecat kubur anak mereka dengan warna merah jambu, manakala batu nisan berbentuk Hello Kitty diletakkan di atasnya.

Setelah siap, Helsa menabur bunga di atas kubur yang sudah diletakkan batu-batu kerikil.

Kubur Anak Tema Hello Kitty

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Maaf, lagi baik kalau tanam rumput dan bunga-bunga kecil sebab kalau tak silap tanaman di atas kubur akan mendoakan si mati,” komen seorang netizen.

Wolipop kemudian menghubungi Helsa, 29, yang berasal dari kota Padang, Sumatera Barat.

Menurut Helsa, video itu dirakam pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian keluarga besarnya yang kebetulan berdekatan dengan rumah.

Dia melawat kubur bayinya yang meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.

“Motif batu nisan tema Hello Kitty adalah inisiatif saya untuk mencantikkan kubur anak perempuan kerana tidak berpeluang menjaganya. Kami fikir kubur ini boleh kami cantikkan sebagai rumah terakhir anak kami,” katanya sayu. – Agensi

Lebih Baik Tanam Rumput

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya makruh membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir RA, katanya:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur.”
Riwayat Muslim (970)

Walau bagaimanapun pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.

Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini. Menurut sunnah bahawa kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:

أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ

Maksudnya:

“Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.”
Riwayat Muslim (969)

Makruh Bina Kubur Dengan Simen

Larangan makruh ini dikuatkan dengan realiti bahawa kematian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup, sehingga jadilah kubur itu ingatan kepada kematian bukan kemewahan.

Apatah lagi tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan binaan di atas kubur. Firman Allah Taala:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2)
Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur.

(Surah al-Takathur: 1-2)

Syeikh Ali al-Sobuni dalam Sofwah al-Tafasir menyebut tafsir:

“Maksudnya mereka itu yakni manusia terlalu sibuk dan berbangga dengan harta benda, anak-anak, dan para pengkut sehingga melupakan untu berbuat taat kepada Allah da meninggalkan persiapan akhirat…sehinggalah kematian tiba kepada mereka. Lalu mereka dikebumikan di dalam kubur-kubur.”

Baca Di Sini:

Jangan Jadikan Rumah Seperti Kubur! Sepi Tanpa Alunan Al-Quran, Kasihan Penghuninya Dunia & Akhirat

Kashoorga: Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Sumber: Kosmo Online, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat