Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar tentang rezeki. Sesebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apatah lagi jika suami isteri istiqamah melaksanakan amalan yang menjemput rezeki.
Jika suami isteri nak murah rezeki, ini LIMA perkara yang mereka kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
Ads
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
Ads
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Ads
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
RAHSIA RAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sumber kredit: FB: Firdaus Mokhtar
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Suami dan isteri sememangnya saling memerlukan. Hidup berumah tangga perlu sikap saling bantu-membantu, toleransi dan bekerjasama.
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.
Bagi sesiapa yang sering mengikuti Ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu Ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri.
Sering merindui isteri dan keluarganya, perasaan rindu yang lahir dari dalam dirinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seringkali perasaan itu diungkapkan di laman sosial miliknya.
Kagum apabila dia sebagai seorang suami begitu menghargai insan bernama isteri.
Berikut catatan Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.
Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak.. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula. Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak.. Meh saya tunjukkan..saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari dompet. Sambil cakap aduh camne yer.. Saya kata takper kak..saya dah bayar. Akak isi penuh jer..ish..takperlah
Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz..saya memang ada masalah takde duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.. Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu.. Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit takde. Barang tertinggal..Sampai dekat rumah dah lewat juga.
Rindu bidadari saya.. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kecian bidadari saya penat jer. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-kadang basuhkan kereta sekali…selit duit sikit dekat dompet isteri..sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.. Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang..i love u too sayang bidadariku.sedih..
Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah..Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia sampai syurga.
Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri..ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Jadikanlah kami ketua keluarga yang baik-ebitlew
Kesimpulannya hargailah isteri masing-masing selagi masih ada. Jangan sampai apabila sudah kehilangannya baru hendak menyesal, semuanya sudah terlambat. Kredit: Instagram Ebit Lew
Sertai Webinar Jodoh : Suami Kiriman Ilahi
Dah buntu ikhtiar macam mana lagi nak cari jodoh? 😩
Yelah, bila dah jumpa dan berkenalan lama, dia tak nak lebih serius pun rupanya.
Macam-macam alasan bila borak pasal kahwin. 💍
Kerjaya la, komitment lain la, nak jaga adik-beradik la.
Bila dah putus, tiba-tiba dapat khabar, dia nak nikah dengan orang lain pulak!
“EHHH??!!” 💔
Ok, dah move one.
Bila jumpa yang lain, dah elok-elok berkenalan, tiba-tiba diam seribu bahasa. 💬
Terus lesap 💨. Kena ghosted pulak. 👻
Memang macam ni ke perangai lelaki bujang??
Nak cari lain pun, rasa macam fobia dah 😰. Diri dah la memang pemalu. Bertambah pemaluuu jadinya. 😔
PKP berlarutan pulak tu. Dah berkurang peluang nak berkenalan dalam susana sosial.
Nak buat apa lagi ni??
Macam mana ya nak jadi magnet bakal jodoh yang elok dan baik? 🧲💖
Kalau dah jumpa, macam mana nak pastikan terus disatukan di jinjang pelamin? 💍
Akhirnya bergelar seorang Isteri kepada Suami Kiriman Ilahi yang akan saling membimbing ke Jannah? 👩❤️💋👨
Kashoorga KEMBALI LAGI untuk membantu Sis sekalian merungkai masalah-masalah cari jodoh. 💘
Izinkan kami bantu Sis dengan Step-by-Step untuk dapatkan jodoh tanpa heartbreak. 💔 Cara
✅ cepat,
✅ mudah dan
✅ lancar menjadi magnet jodoh 🧲💖 khas buat wanita pemalu yang berazam 💪🏼 untuk bergelar seorang isteri.
Izinkan kami bantu sis capai azam Sis untuk berkahwin tahun 2022! Daftar segera di sini.
Rezeki seseorang itu tidak sama. Ada yang mempunyai kediaman sendiri. Ada yang terpaksa tumpang berteduh di rumah mentua. Barangkali atas faktor kewangan ataupun atas faktor tugas. Maka tinggallah sebumbung dengan mentua dalam keadaan keterpaksaan.
Orang kata, walau buruk atau sempit sekalipun, jika ada tempat tinggal sendiri, itu lebih baik berbanding tinggal sekali dengan mentua. Sebagai individu yang sudah berumahtangga, anda perlu berusaha untuk membina kehidupan sendiri. Berdikarilah dengan menyediakan tempat tinggal buat isteri anda.
Lagipun apabila anda tinggal di rumah sendiri sama ada yang anda beli mahupun sewa, anda lebih bebas untuk berbuat apa-apa sahaja. Tiada pantang larang jika di rumah sendiri. Anda boleh berbaring sesuka hati untuk menonton televisyen, anda boleh memasak pada pukul berapa pun dan anda boleh bebas membuka aurat.
Jika di kediaman mentua, sudah pastilah pergerakan agak terhad. Tidak boleh berbuat sebebasnya seperti di kediaman sendiri.
Pun begitu, tinggal serumah dengan mentua ada baiknya juga. Antaranya ialah mengeratkan hubungan antara mentua dengan menantu. Malah menantu juga boleh membantu mentua mana-mana yang patut.
Sekiranya mentua sudah tua dan sakit-sakit, menantu boleh membantu menjaga kebajikan mentua. Hal ini dinamakan sebagai berkhidmat bagi menyempurnakan kebajikan mentua anda. Hal ini turut memudahkan bagi mentua meminta tolong jika perlu ke hospital dan sebagainya.
PRO tinggal dengan mentua:
1) Boleh tolong mentua dari segi kebajikan kesihatan.
2) Boleh mengeratkan hubungan antara mentua dengan menantu.
3) Boleh bantu mentua mengenai hal-ehwal rumah.
4) Mudah menggembirakan hati mentua misalnya bawa mentua bersiar-siar pada hujung minggu.
5) Boleh belajar banyak petua daripada mentua misalnya resipi kegemaran anaknya.
KONTRA tinggal dengan mentua:
1) Kurang bebas di kediaman.
2) Perlu jaga aurat dengan lebih teliti.
3) Mudah berlaku hal terasa hati walaupun benda kecil.
4) Kurang masa untuk hal privasi.
5) Terlalu banyak hal perlu diperhatikan dan ianya agak meletihkan.
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam sebuah rumah tangga, tentunya suami menjadi pemimpin ke arah membentuk rumah tangga yang bahagia. Maka sebab itulah suami perlu menjalankan peranan mereka sebagai seorang ketua. Ibarat seorang nakhoda yang mengemudi sebuah kapal, maka sudah tentulah besar tanggungjawab yang harus dipikul.
Kepimpinan suami dalam rumah tangga membentuk imej seorang isteri.
Bila suami lemah lembut, insyaAllah, isteri pun akan lemah lembut. Sekeras mana wanita, kalau dilayan dengan kelembutan dan kesopanan, pasti akan merubahnya.
Ibaratnya seperti batu disiram air, lama-lama akan lekuk juga. Ibarat kerak nasi direndam air, lama-lama akan lembut juga.
Suami soleh perlulah bijak menangani makhluk beremosi bernama isteri. Bila wanita menjadi bakal ibu, dia bukan sahaja mengandungkan bayi tetapi juga menjadi bayi.
Bila wanita menjadi ibu, suami bukan hanya ada anak-anak, tetapi isteri juga bertukar sensitif seperti anak kecil.
SABAR DIDIK ISTERI
Matanglah dalam menyantuni emosi isteri. Memahaminya bukan mudah, tetapi tetaplah teguh mencintai dan sabar dalam mendidik.
Ikutlah seperti pesan Nabi SAW, didiklah wanita dan nasihatilah ia seperti tulang rusuk yang bengkok, terlalu keras akan mematahkannya. Maka, santunilah dan berlemah lembutlah, tetapi tetap tegas mentarbiyahnya dalam hal agama & akhirat.
Jangan sesekali memukul isteri dengan perbuatan mahupun dengan kata-kata kasar, menghina, memaki, mencarut.. ia akan menjadikan hatinya keras dan membuatkan dia mungkin takut, tetapi sudah hilang hormat. Bahkan.. jika kamu memukul wanita, kamu sebenarnya bukanlah lelaki. Rasulullah tak pernah memukul wanita. Malah memuliakannya.
MUDAHKAN ISTERI
Isteri yang rasa disayangi, dihormati, dipercayai oleh suaminya akan mudah dibentuk, akan menjadi lebih kuat, tabah dan reda.. akan menyenangkan hati si suami juga akhirnya.
Sesungguhnya, jadilah suami yang memudahkan isteri untuk menjadi solehah, kerana solehahnya isteri itu, hanya suami yang soleh boleh menilainya..
Sumber kredit: FB: Intan Dzulkefli
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mungkin dalam beberapa keadaan memerlukan Muslimah perlu mengambil wuduk tanpa membuka tudung.Contohnya tempat mengambil wuduk wanita terbuka bimbang aurat dilihat oleh bukan mahram.Jadi bagaimana...