Dalam melayari hubungan rumah tangga, ada ketikanya kita akan tanpa sengaja melukakan hati pasangan. Dengar suara agak meninggi, kita meluahkan segala yang terbuku di hati dengan harapan pasangan akan sedar kesilapannya. Tapi apa yang berlaku adalah, hati pasangan lebih terluka dan simpan di dalam.

Ramai menganggap suami itu anugerah dan isteri itu amanah. Tapi kenapa kita sering lagi bertengkar.

Dalam satu firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita dengan apa yang Allah lebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dan dengan apa yang dinafkahkan dari harta kamu.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)

Allah telah memberikan amanah kepimpinan kepada suami bukan sebagai kemuliaan semata-mata, tetapi bersama tugasan berat dalam memelihara kemaslahatan seisi keluarga.

IKLAN

Disebutkan dalam tafsir al-Qurtubi, Ibnu Abbas berkata: “Darjat kelebihan yang disebutkan dalam firman Allah, suami mempunyai satu tingkatan kelebihan pada isterinya, mengisyaratkan dianjurkan lelaki untuk bergaul dengan baik dan bersikap lapang terhadap isteri dalam hal harta dan akhlak. Yakni, yang lebih utama ialah sebaik-baiknya suami membebani tugas terhadap dirinya sendiri.”

Kalau suami itu anugerah, tapi kenapa ramai isteri tidak berpuas hati dengan suami? Ada ketika pasangan suami isteri suka bertengkar kerana sebab yang remeh tapi ada juga pertengkaran kerana hal-hal yang besar seperti di bawah ini.

IKLAN
  1. Masalah kewangan

Daripada 6901 kes perceraian dicatatkan tahun lalu, 2971 kes perceraian adalah disebabkan masalah kewangan. Bila ekonomi tidak stabil, terasa perit untuk mendapatkan sesuatu, pasangan suami isteri sudah tidak nampak jalan penyelesaian lain kecuali bercerai. Ada kes juga di mana suami malas bekerja dan hanya mengharapkan isteri menyara. Dari suami satu anugerah, isteri melihat suami adalah bebanan baginya dan kerana itulah perceraian banyak dicatatkan.

  1. Cemburu

Cemburu tanda sayang. Kalau benar perasaan sayang itu wujud, kenapa perceraian banyak terjadi kerana faktor ini. Memang benar cemburu itu harus ada tetapi kalau sudah keterlaluan, ia sesuatu yang tidak normal dan kita akan lebih banyak menyakitkan hati pasangan. Bila akal logik sudah tidak boleh diterima, biasanya apa yang ada hanyalah nafsu sahaja iaitu inginkan sebuah perceraian.

IKLAN
  1. Berbeza pendapat

Ketika bercinta semuanya manis kerana kita ingin menghalalkan sebuah perhubungan. Malah kita juga tidak menunjukkkan true colour atau sikap sebenar diri dan sering bersetuju dengan pandangan pasangan. Tapi bila sudah duduk serumah, mengadapnya berhari-hari, mendengar semua keluhan dan bebelannya atau semua percakapannya, dari seorang yang mampu bersabar kita jadi orang yang kurang sabar. Akibatnya bila sering berselisih pendapat, kita akan akhiri dengan sebuah perceraian.

  1. Tekanan

Tekanan demi tekanan menjadikan seorang individu dari seorang yang kuat akan jadi lemah pertahanannya. Diasak kiri dan kanan, dari mentua hingga ipar duai, tekanan dari luar dan dalam termasuk di tempat kerja menjadikan seorang suami atau isteri melepaskan perasaan stress itu kepada pasangannya. Jika pasangan tidak mampu menerima di mana dia merasakan kenapa dirinya dipersalahkan, akhirnya pasti terjadi perceraian.

Ingatlah, walau perceraian itu halal namun ia dibenci Allah SWT. Kalau ada sebarang masalah, ajaklah berbincang agar tiada hati yang terluka. Bukan mudah membina rumahtangga kerana ia perlu dibaja dan dijaga, tidak sebagaimana mudahnya ia diruntuhkan kerana menurut nafsu amarah.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI