AYAT ke-19 Surah An-Nisaa ini selalu dibaca, tidak kira ketika bertadarus di bulan Ramadan atau didengari ketika penceramah menyampaikan kuliah di masjid. Bahkan juga menjadi hafalan huffaz sebagai pelengkap ingatan pada Surah An-Nisaa. Namun begitu ia masih lagi belum difahami oleh kebanyakan daripada kita akan isi kandungan serta maksud tersirat yang ingin disampaikan ALLAH SWT di sebalik ayat ini.
TIDAK BOLEH PAKSA
Pada permulaan ayat, ALLAH menukilkan: “Wahai orang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan.” Ayat ini membawa maksud tidak boleh mengahwini atau mengahwinkan wanita dengan cara paksa. Ini kerana menurut sebahagian adat masyarakat Arab jahiliah, apabila seorang suami meninggal dunia, abang kepada suami atau adik-beradik yang paling tua akan mewarisi janda tersebut.
Mewarisi yang dimaksudkan ialah berhak ke atas diri serta harta yang ada padanya. Janda yang kematian suami itu boleh dinikahi sendiri atau dinikahkan dengan orang lain. Akan tetapi mahar perkahwinan akan diambil oleh ahli waris. Pada masa yang sama, keluarga suami ini juga berhak untuk tidak membenarkan janda tersebut berkahwin lagi. Hal ini diharamkan ALLAH. ALLAH sebenarnya telah memberi jaminan kepada mereka yang mendirikan rumah tangga, perkahwinan adalah satu ikatan yang mulia. Dalamnya terkandung banyak kelebihan.
Sehinggakan ALLAH menjadikan pada setiap pasangan yang berkahwin itu perasaan kasih sayang dan belas kasihan antara satu sama lain. Daripada sinilah lahirnya kecintaan dan kerahmatan sebagaimana yang diinginkan ALLAH.
Namun pada masa yang sama ALLAH sama sekali tidak suka sesuatu perkara yang tidak baik berlaku dalam rumah tangga yang dibina. Lebih malang, apabila sesuatu ikatan hati itu sentiasa dicemari dengan kekerasan dan kesulitan yang berpanjangan. Oleh kerana itu, salah satu suruhan ALLAH ke atas suami dalam ayat ini ialah perintah untuk bergaul dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
WILAYAH PENTING
Ads
Rumah tangga adalah wilayah dan jajahan takluk yang diketuai oleh insan bernama suami. Sekiranya suami tidak ada (disebabkan bercerai, hilang, kematian atau lain-lain), maka rakyat (isteri dan anak) yang bernaung di bawahnya pasti merasai kesannya. Oleh sebab itulah peranan suami amat penting dalam menentukan keselamatan dan menjamin keharmonian dalam rumah tangga yang dibina. Tetapi apa yang menyedihkan ialah ramai dalam kalangan suami mengabaikan tanggung jawab besar ini. Mereka seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kuasa yang ada dalam rumah tangga untuk melakukan perbuatan dengan sesuka hati.
KEKERASAN RUMAH TANGGA
Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ada disebutkan, kebiasaannya kekerasan terhadap isteri yang berlaku dalam rumah tangga dikategorikan dengan empat bentuk, iaitu:
1. Kekerasan fizikal
Ads
Ia adalah perbuatan mendera isteri sehingga menyebabkan kesakitan pada tubuh badan. Perbuatan yang dilakukan itu termasuklah seperti memukul, menampar, menumbuk, melukai, meludah, menarik rambut, mencucuh dengan rokok, menggunakan senjata dan sebagainya. Semua perbuatan ini biasanya akan meninggalkan kesan seperti lebam pada badan, parut yang kekal, cacat anggota tubuh serta kesakitan yang berpanjangan.
2. Kekerasan emosi
Ia adalah perbuatan yang mengakibatkan ketakutan, hilang kepercayaan pada diri, ketidakmampuan untuk bertindak, ketidaktenteraman jiwa serta perasaan yang berkecamuk. Hal ini berlaku apabila dihamburkan dengan penghinaan, maki hamun dengan bahasa kesat, merendahkan harga diri, memaksa serta terlalu mengongkong, memberi ancaman dan menakut-nakutkan isteri dengan ugutan.
Ads
3. Kekerasan seksual
Ia adalah perbuatan menzalimi isteri melalui hubungan kelamin. Iaitu dengan menafikan serta mengabaikan keinginan isteri untuk bersama serta menjauhkan (mengasingkan) tempat tidur. Termasuk juga dalam kekerasan ini ialah dengan memaksa isteri bersama tanpa kerelaannya atau sewaktu dia dalam tempoh bercuti, mementingkan kepuasan diri sendiri sahaja dan sebagainya.
4. Kekerasan ekonomi
Ia adalah perbuatan mencuri hak isteri. Iaitu dengan cara memaksa isteri mencari pekerjaan atau duit sedangkan suami pula menghabiskannya dengan boros dan tidak bertempat. Suami malas dan tidak suka bekerja. Apa yang dimahukan hanyalah wang perbelanjaan hasil keringat isteri semata-mata. Sedangkan suamilah yang sepatutnya keluar mencari nafkah buat isteri serta anak-anak.
Jika dilihat kepada faktor berkenaan, sudah pasti sesebuah perkahwinan yang dibina tidak akan dinikmati jika suami bersikap sedemikian. Tidak dinafikan, antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya kekerasan dalam rumah tangga adalah disebabkan kurangnya ilmu perihal hukum-hakam dan perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. Ramai pasangan yang berkahwin, namun tidak bersedia dan kurang memahami peranan dalam menghadapi setiap permasalahan yang timbul.
Di akhir firman ALLAH ini disebutkan: “Kemudian jika kamu (rasa) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya.” Ayat ini memberi garis panduan yang cukup hebat, iaitu akan ada waktu suami tidak menyenangi karenah isteri disebabkan tindakan yang dilakukan. Lalu ALLAH melarang ke atas suami agar jangan sesekali terburu-buru atau mudah menjatuhkan talak. Ini kerana ia boleh mencalarkan hubungan mulia yang terbina dalam ikatan perkahwinan. Sebagai saranan khususnya bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga, diwajibkan untuk memahami selok-belok hubungan berkeluarga dengan sebaik mungkin. Ia penting bagi menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ke atas pasangan disebabkan ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menguruskan jenazah bayi 8 bulan Allahu..Melihat wajah si bayi kecil ini mampu membuat sesiapa saja menitis air mata.. Lagi lagi mereka yang sedang menguruskan jenazah bayi syurga ini.. Dari apa yang dikongsikan oleh ibu si bayi.. Anaknya meninggal dunia kerana lemas di dalam baldi..
Kejadian berlaku ketika dirumah penjagaan kanak kanak dijalan kebun tidak jauh dari rumah si ibu.. Harapan si ibu untuk melihat bayi kesayangan membesar didepan mata musnah..
Saya katakan ini adalah disebabkan kecuaian.. Sepatutnya bayi sebesar ini perlu penjagaan rapi dari pihak pengasuh.. Si ibu adalah ibu tunggal.. Sangat tragis keadaan dan suasana tadi semasa dibilik mayat.. Tangisan tidak berhenti langsung!
Sedih saya dan rakan rakan melihat.. Itu belum lagi kejadian kakak kepada si ibu meraung seperti terkena histeria.. Menjerit jerit anak buahnya telah tiada.. Allahuakbar!!! Tersentak saya dan rakan rakan.. Tetapi itu lah.. Setiap yang berlaku allah swt telah tentukan.. Allah lebih menyangi Anak syurga ini.
Tidak dapat dinafikan memang sakit kehilangan anak bagi seorang ibu namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah anak itu menghuni syurga dan diasuh Nabi Ibrahim?
Dalam satu peristiwa, Rasulullah SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam syurga.
Antara yang Baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi dikelilingi kanak-kanak.
Malaikat menerangkan kepada Nabi, maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Nabi Ibrahim dan disekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang mati pada waktu kecil).
Maka, semua yang dilahirkan pada waktu kecil mati di atas fitrah iaitu Islam dan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis riwayat al-Bukhari – 7047)
Hadis itu menunjukkan anak yang meninggal dunia pada waktu kecil adalah dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.
Anak kecil itu mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka dengan izin Allah.
Daripada Abu Hassan RA, maksudnya: “Aku bertanya kepada Abu Hurairah keadaan dua anak kecilku yang sudah meninggal dunia: ‘Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?’’
Jawab Abu Hurairah: “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka atau ibu bapa, lalu menarik bajunya atau menarik tangannya seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga.’” (Hadis riwayat Imam Muslim – 2435)
Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Da’amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du’mus yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air. Mereka tidak berpisah dengannya. Maksudnya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.” (Rujuk kitab Syarh Muslim – 16/182)
Berkata Ibn al-Athir Rahimahullah: “Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (iaitu kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab apabila dengan mereka.” (Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadis wa al-Athar – 2/289)
Sumber: FB Mr wan chai official Unit khas van jenazah dan Mufti Wilayah Persekutuan
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan kuasa doa amatlah hebat. Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya. Di bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita rebut peluang untuk berdoa kepada Allah agar diperkenankan permintaan kita.
Saya bisik pada bidadari saya… Selamat menyambut Ramadhan sayang. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar esok malam dah tarawih. Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya..
Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim. Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai..
Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
Doa kita makbul…Doa itu ajaib..
2 waktu jangan terlepas berdoa
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat.
Selepas itu ajak semuanya solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid dan pastikan jaga solat Fardhu sepanjang hari.
Baca Al-Quran sama-sama.
Setiap ayat kita baca mak ayah kita akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah tempat terakhir bacaan Al-Quran kita.
Hadiahkanlah syurga paling tinggi buat mak ayah. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.
Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh. Jikalau orang tahu nilai baca al-Quran sebelum Subuh. Rasanya..Kesannya..Allahuakbar.
Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Mintalah apapun. Allah pasti kabulkan.
Teringat semasa di sebuah masjid berbuka puasa.
Ribuan orang berbuka puasa. Kami beberapa dulang orang Malaysia. Biasanya sebelum berbuka lebih kurang 15 minit kami berdoa bersama-sama sehingga berbuka puasa. Doa ketika siang dan malam buka puasa makbul. Alhamdulillah masih amalkan sehingga hari ini.
Saya berdoa tapi sambil senyum-senyum sebab nampak makanan banyak. Budak-budak lagi.
Tiba-tiba saya nampak jemaah dan pelajar Indonesia mereka cuma ada sedikit makanan dan kurma cuma 2 dulang. Mereka semuanya menangis semasa berdoa. Sambil tersedu-sedu.
Malamnya saya tanya pada mereka kenapa menangis. Jawab mereka syukur dengan nikmat Allah dan teringatkan Nabi SAW dan keluarga Nabi SAW lapar demi kerana Allah dan sehingga jadi sebab kita semua dapat Islam. Kami menangis bersama-sama.
Sejak zaman merdeka lagi kita semua rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni. Walaupun berbeza agama dan bangsa, tetapi tidak membataskan ikatan ukhwah antara satu sama lain.
Seperti perkongsia Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang memberitahu hari ini hari menyedihkan kerana menerima berita pemergian jirannya yang berangsa Cina.
Menurutnya jirannya mendiang Pakcik Choong atau nama sebenarnya Choong Kooy Choon selalu menghadiahkan pelbagai binatang peliharaan kerana mereka berkongsi hobi yang sama.
Malah setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, beliau tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk mendiang sekeluarga. Dan mendiang akan membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin.
Justeru Dr Zulkfli berterima kasih kepada Allah kerana menghadirkan insan ini untuk mencipta kenangan bersama dan mengingatkan beliau bahawa kita semua adalah dari nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Hari ini hari yang menghibakan apabila menerima berita pemergian seorang jiran saya yang berbangsa Cina. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas di media sosial,mungkin mengenali mendiang Pakcik Choong atau pemilik nama sebenar Choong Kooy Choon yang selalu menghadiahkan saya pelbagai haiwan peliharaan beliau kerana kami berkongsi hobi yang sama.
Setiap kali Tahun Baru Cina, saya tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk beliau sekeluarga. Beliau sudah pasti membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin. Hidup dengan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia adalah nikmat Allah SWT untuk kita manfaatkan bersama demi menbina masa depan Malaysia yang lebih harmoni. Terima kasih Allah SWT kerana menghadirkan mendiang Pak Choong dalam hidup saya, mencipta kenangan indah bersama dan membenarkan lagi keimanan saya bahawa kita semua asalnya daripada nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Firman Allah SWT: يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا “Hai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu menjadikan kamu semua berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu semua saling mengenali…” (Surah al-Hujurat: 13)
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...