Jadi suami perlu memain peranan dalam membantu isteri memikul kerja rumah. Dan isteri juga kena sabar dengan kelemahan suami dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai dia di sisi.
Inilah pesanan yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam perkongsian di laman Instgramnya.
Memberi peringatan buat pasangan suami isteri supaya tahu tugas masing-masing. Tambahnya lagi supaya tegur secara baik, doa yang baik dan insya-Allah rezeki yang datang juga nanti akan baik-baik.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan hadam kepada semua pasangan yang baru atau sudah lama berumahtangga.
“Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
Ads
“Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
“Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
“Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
“Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
“I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Terdahulu Ustaz Don yang sudah lapan tahun berkahwin dengan isteri tercinta Dr Husna Zahry Rafie dan dikurniakan 3 cahayamata (akan datang empat anak) turut berkongsi tip sepanjang perkahwinannya itu.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
Ads
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
Baru-baru ini dia berkongsi satu pesanan mengenai bab solat. Menurutnya Allah akan tarik Nur pada wajah mereka yang tidak bersolat ini.
Tidak kira lawa atau kacak mana sekalipun terapi tiada guna jika meninggalkan suruhan Allah yang wajib ini. Malah pada wajah juga tidak ada serinya.
Allah juga turut melaknat orang yang tidak solat ini. Solat adalah tiang agama dan apabila sudah diwajibkan, menjadi tanggungjawab kita perlu melakukannya lima kali sehari.
“Amirul Mukminin, Umar Bin Al Khoththob RA pernah berkata: “Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, berarti dia telah menjaga agama.
“Barangsiapa yang mensia-siakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bahagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan solat.” Imam Ahmad RA juga mengatakan perkataan yang sama: “Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu.
“Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memelihara solat lima waktu.
“Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bahagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.”
Pesakit kronik dan orang tua, tak berdosa tinggalkan puasa tapi wajib bayar fidyah. Malah golongan ini juga tidak perlu mengqada puasa yang telah ditinggalkan asbab faktor kesihatan.
Dalam masa yang sama jelas Ustaz Wadi Anuar, tidak kiralah seseorang itu masih lagi muda, namun dia disahkan tidak mampu berpuasa oleh doktor maka dia tidak perlu mengganti puasa.
Selain itu ikuti penerangan Ustaz Wadi Anuar tentang siapakah golongan yang tak berdosa jika meninggalkan puasa.
‘Tak berdosa untuk tak puasa, sama ada terlalu tua dan tak larat atau pun sakit kuat biarpun masih muda lagi. Contohnya usia baru 24 tahun, tapi sakit teruk.
‘Golongan ini dibenarkan untuk tidak berpuasa tapi perlu membayar fidyah. Ini antara sebab kenapa seseorang itu perlu mmbayar fidyah.
Tak Berdosa Tinggalkan Puasa
‘Fidyah bukan hanya dikenakan ke atas wanita yang tak sempat mengganti puasa tahun lalu hingga masuk bulan Ramadan pada tahun ini.
‘Tetapi seseorang yang sakit teruk juga dikehendaki membayar fidyah tidak kiralah orang tua atau muda. Mereka tak wajib qada puasa dan golongan ini diwajibkan untuk membayar fidyah,’ terangnya satu-persatu.
Sering kali bila makan ke restoren kita diperdengarkan dengan alunan ayat suci al-quran.
Pada masa yang sama suasana di restoren amat bising dengan pengunjung berbual sesama sendiri, bergelak ketawa dan langsung tidak mendengar bacaan ayat al Quran ini.
Ia sangat bertentangan dengan adab ketika mendengar bacaan al-Quran yang mana kita haruslah diam dan menghayatinya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Perkara ini juga ditegaskan oleh Ustaz Wadi Annuar yang menganjurkan kedai makan memasang bacaan selawat dan bukannya bacaan ayat al-Quran bagi menjaga adab.
“Jika ada kedai makan, pasanglah selawat, jangan pasang lagu nanti tanggung dosa.
Bacaan ayat al Quran pun jangan pasang, kerana tidak menghormati al-Quran.
“Sebab bila pasang al-Quran kita wajib diam dan wajib hormat. Tak boleh waktu itu nak menggoreng, nak bersembang dan sebagainya dalam kedai. Bukan adabnya. Kalau ada kedai makan pasanglah selawat,”pesan beliau.
Dalam usaha mencapai khusyuk dalam solat, ada yang memilih untuk memejam mata semasa solat agar lebih fokus. Namun timbul persoalan, apakah hukum memejam mata...