“Suami Jangan Ego Bila Ditegur, Lebih Dihormati Bila Merendah Diri” – Ini Pesanan Ustaz Don Daniyal, Suami Kena Hadam

Share

Hidup berumah tangga memang cukup indah apabila adanya sifat saling memahami antara satu sama lain.

Tanggungjawab mewujudkan keluarga harmoni bukan hanya terletak pada bahu isteri semata-mata, tetapi suami juga tidak terkecuali.

Artikel Berkaitan: Solat Berjemaah, Rahsia Kekal Bahagia Ustaz Don & Dr Husna Sepanjang 8 Tahun Berkahwin

Jadi suami perlu memain peranan dalam membantu isteri memikul kerja rumah. Dan isteri juga kena sabar dengan kelemahan suami dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai dia di sisi.

Inilah pesanan yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam perkongsian di laman Instgramnya.

Memberi peringatan buat pasangan suami isteri supaya tahu tugas masing-masing. Tambahnya lagi supaya tegur secara baik, doa yang baik dan insya-Allah rezeki yang datang juga nanti akan baik-baik.

Ayuh ikuti perkongsiannya dan hadam kepada semua pasangan yang baru atau sudah lama berumahtangga.

“Abang-abang
Nak jadi suami ni senang.
Kahwin, terus dapat title suami.
Tapi ada apa pada gelaran
Kalau kita tidak benar-benar berfungsi
Sebagai sebenar-benar suami

“Suami adalah pemimpin rumahtangga
Bukan bos kepada isteri & anak-anak
Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah
Bukan sekadar hulur duit lepas tekak

“Suami jangan ego bila ditegur
Jangan pula ringan tangan bila marah
Lelaki sejati dihormati bila merendah diri
Disayang anak isteri bila menyayangi

“Suami, sama-samalah pikul kerja rumah
Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji
Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua


Mulianya kalian bila bantu sama-sama

“Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami
Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi
Tegur baik-baik, doa yang baik-baik
Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik

“I Love You All my Beloved Brother di luaq sana…
Brotherhood forever…

Terdahulu Ustaz Don yang sudah lapan tahun berkahwin dengan isteri tercinta Dr Husna Zahry Rafie dan dikurniakan 3 cahayamata (akan datang empat anak) turut berkongsi tip sepanjang perkahwinannya itu.

Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki

“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan
(P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)

“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…

1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”.
Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah.
Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah.
Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah.
Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah.
Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah.
Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.

2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai…
Kalau lambat, qadha’.
Kalau lupa, peringat.
Kalau malas, bantu.
Kalau tak reti, ajaq.
Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.

3. Rumah
Bagi rumah yang selesa…
Sewa pun xpa.
Kecik bukaan dia pun xpa.
Beli pun xpa. Baguih.


Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa.
(Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)

4. Kewangan
Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak.
Buka Youtube, dengaq.
Bukak Pinterest, baca.
Bukak Instagram, amik manfaat.
Bukak Facebook, baca.

5. Kenderaan
Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…

Kredit Foto: Instagram Ustaz Don & Dr Husna

Artikel Berkaitan: “Bala Sosial Media, Posting Tidak Tutup Aurat Kekal Sebagai Tontonan”-Ustaz Don

Published by
Siti Zurina Mat Saman