Berkahwin merupakan sunnah para nabi dan para rasul, di samping sebagai salah satu tanda-tanda kekuasaan dan kurnia nikmat dari Allah Azza wa Jalla.
Melalui perkahwinan, manusia yang berpasangan lelaki dan wanita akan mula menjalani kehidupan baru, iaitu kehidupan berumahtangga, yang menjadi dambaan setiap manusia di muka bumi ini.
Namun tatkala melalui perjalanan kehidupan berumah tangga pastinya tidak dapat lari daripada ujian. Tinggal sama ada seseorang itu kuat atau tidak dalam melalui ujian-ujian yang Allah berikan.
Melalui perkongsiannya di Facebook, Firdaus Shakirin bercerita tentang kesetiaan lelaki yang goyah apabila sudah ada segalanya.
“Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…”
Teringat masa mula2 kawin dulu, kami suami isteri masing2 gaji kecik, xsampai 2k tapi mcm2 nk kena bayar…sewa umah, ansuran kereta, duit minyak, duit belanja dapur, bil utiliti, duit utk org tua lagi dan lain2…
Time ni jgak, tgh plan dgn wife utk nk beli rumah, maka prepare la sikit2 downpayment dlm 10%, lawyer fee, brg2 kelengkapan rumah yg xde lagi, perabot2 dan segala bagai….
Ads
HIDUP SUSAH SAMA-SAMA
Wife pun bwk kuar akaun 2 kwsp dia, saving TH dia, dia bg semua utk setelkan apa yg patut…then, terminate loan asb dia utk lapangkan komitmen bulanan sbb pasni nk byar umah…2,3 tahun struggle to cope dgn financial planning sbb dpt anak awal…dpt masuk umah baru & dlm masa yg sama wife pun bersalin…anak sulung dan tahun berikutnya, anak no 2…
Time perut memboyot tu la dia ikut sama2 p cat umah…siang kmi bdua keje, blk keje, lpas maghrib, trus p umah bru, cat umah smpai la kul 11, 12 mlm…esok keje pulak…
Sekarang after 8 years, kehidupan dah stabil, dah ada harta, dah ada mcm2, gaji dah tinggi, kewangan dah ok, wife dah jd surirumah…hmm, mula rasa mewah dan rasa ada duit lebih dah…
Ads
Pastu apa yg kita nk buat? Ingat tak time susah dulu, apa yg isteri dah tolong kita? Tak ingat…ingat tak awal2 kawin dulu, apa yg isteri bg kat kita? Tak ingat…Ingat x apa yg isteri dah buat utk kita smpai kita bleh ada serba serbi hari ni? Tak ingat…
APA YANG KITA INGAT?
Kita rasa diri dah mampu…rasa nak tambah lagi, nak buka cawangan baru…? Mostly ramai suami yg gagal saat ini sbb nawaitu dia dah berubah, dah lain…dulu susah sama2 dgn isteri, skrg dh senang, nak senang sorang2…mula terfikir nk tambah isteri, duakan, tigakan, empatkan isteri, curang dgn isteri, atau tinggalkan isteri utk dptkan yg lebih baik lagi…
MUDAH LUPA DIRI
Ads
Dia plan masa depan dia sorang2…
Maka asbab apa yg selalu berlaku itulah keluarnya quotes kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…sbb memang kehidupan hari ni sama mcm ayat tu…
Kita suami mudah lupa dgn siapa yg bersama kita waktu kita tidak punya apa-apa dlu, kita suami mudah lupa dgn siapa kita bina kehidupan kita sehingga kita dapat apa yg kita ada hari ini…dan bila kita dah ada segalanya, kita anggap smua tu sbb usaha kita, dtg dari kita, hasil penat lelah kita…just semata2 diri kita…
Kita lupa apa yg isteri korbankan utk kita, kita lupa…useless and not grateful kan kita ni…
Majlis perkahwinan diadakan bertujuan untuk memberitahu umum mengenai ikatan pernikahan yang telah terjalin di antara pengantin lelaki dan perempuan. Ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya syak wasangka apabila orang ramai melihat kemesraan yang timbul di antara kedua pasangan.
Sudah tentu jika menghadiri majlis seperti ini ia akan melibatkan aktiviti makan beramai-ramai. Bukan sahaja ia menyeronokkan malah boleh mengeratkan hubungan orang yang jauh dengan yang dekat. Namun, perlu diingat ketika anda bersuka ria bertemu rakan dan sanak saudara,anda perlu ikuti beberapa garis panduan dan adab yang ditetapkan dalam Islam.
1.Memenuhi Undangan
Jika merasakan tiada perkara yang penting untuk dilakukan maka anda diwajibkan untuk menerima undangan perkahwinan tersebut seperti mana sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud, “Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin maka hendaklah dia menghadirinya”. (Riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim)
2.Tidak Pilih Kasih
Jangan sesekali anda memilih dan membezakan undangan yang diterima antara orang kaya dengan orang miskin kerana di sisi Allah kita semua sama sahaja. Perkara ini juga tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia menunjukkan diri kamu sebagai seorang yang mementingkan diri.
3.Pakaian Sopan
Pakaian yang jarang dan menjolok mata amat tidak sesuai untuk digayakan di majlis perkahwinan kerana pastinya tetamu lelaki yang bukan muhrim akan memandang kamu. Itu sudah mewujudkan suasana yang kurang manis.
4.Tolak Undangan
Jika anda tahu dan melihat dengan mata anda sendiri bahawa makanan yang disediakan pada majlis tersebut berpunca daripada sumber yang tidak halal atau pun dipenuhi dengan aktiviti mungkar maka janganlah anda menghadirinya kerana Allah sudah berfi rman di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya”.
5.Niat Ikhlas
Sebelum menjejakkan kaki ke majlis perkahwinan pastikan niat anda betul dan yang penting sekali bukan untuk memenuhkan perut yang lapar. Apabila niat anda sudah lari maka perbuatan yang dilakukan adalah sia-sia. Sebaliknya berniatlah untuk memuliakan tuan rumah serta menjaga hati dan perasaan sanak saudara.
6.Berdoa
Pasangan pengantin baru memerlukan doa restu daripada tetamu yang hadir untuk mendapatkan keberkatan di atas hubungan suci yang telah dibina dan itu juga merupakan sebab utama majlis perkahwinan diadakan. Maka seeloknya anda mendoakan kebahagiaan dan kedamaian ke atas rumah tangga mereka kerana Allah mendengar apa sahaja yang terdetik di hati anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Nikah dulu baru bercinta menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah adalah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya namun tidak berakhir di jenjang pelamin.
Mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.
Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.
Namun pada masa kini istilah bercinta selepas nikah ini lebih kepada hubungan yang dihalalkan dengan cepat tanpa melalui proses cinta yang panjang sebelum bernikah.
Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Salman di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018 lalu.
Tidak seperti pasangan lain yang mengambil masa lama untuk bercinta, Hamidah dan pasangannya mengambil pendekatan bercinta selepas nikah. Kini pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahayamata.
Dalam kapsyen di Instagramnya, Hamidah sempat meluahkan isi hatinya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)
Cinta selepas nikah bukan sahaja lebih indah tetapi juga menjadikan pasangan suami isteri bersama-sama menambah pahala. Jika sebelum ini hanya beribadat seorang tetapi apabila sudah berumah tangga, amal ibadat boleh dilakukan bersama.
Tatkala Hamidah kehilangan lelaki yang amat disayangi iaitu ayahnya, Allah hadirkan seorang lelaki yang kini menjadi imamnya. Kehadiran suami dalam hidup Hamidah menyempurnakan kehidupannya.
Da’i Hamidah telah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga, 2015.
Didoakan moga mahligai yang dibina kekal hingga ke Jannah.
Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...