Dalam perkahwinan suami isteri perlu bersikap telus antara satu sama lain. Buat isteri, penting untuk tahu tentang perkara-perkara seperti no pin kad atm, password handphone serta di mana letaknya dokumen-dokumen penting suami.
Bukan kita minta perkara yang tidak elok berlaku tetapi ia sebagai persediaan jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Harus diingatkan bahawa mati itu pasti namun kita tidak tahu bila kita akan dijemput pencipta. Maka sebab itulah amat penting untuk isteri mengetahui semua perkara penting ini bagi memudahkan segala urusan apabila berlaku kejadian yang tidak disangka.
Yang pergi tetap pergi, yang ditinggalkan tetap perlu meneruskan kehidupan.
Baca perkongsian Wan Ammar ini.
Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.
Hari ni wife pada exclient saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.
Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.
Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.
Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.
TAK DAPAT UNLOCK PHONE
Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Ads
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (KWSP). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.
Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.
TAK DAPAT CLAIM APA-APA
Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.
Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap
“kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”
Ads
Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia
1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah 2. Call socso semak apa yang boleh tuntut 3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank
Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…
“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”
Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.
Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.
Saya nak pesan kat korang
Ads
1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.
2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.
3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.
4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.
5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.
6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.
7. Para isteri perlu bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.
Mati datang bila-bila. Apa persediaan kita?
Sumber Kredit: Wan Ammar
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tragedi melibatkan empat penunggang motosikal meninggal dalam kejadian di Pulau Pinang malam semalam menarik perhatian ramai. Ramai melontarkan pelbagai pendapat mengenai aksi perbuatan mereka itu.
Dalam pada itu, isteri kepada salah seorang mereka yang terlibat dalam kemalangan itu, Norhanazielah Hanazi, 28 tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.
Ini kerana suaminya masih sempat bertanya khabar anak-anak pada jam 2 pagi sebelum kejadian menimpa. Masa yang sama juga, kemalangan maut yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor itu juga menambah sedih di hatinya kerana arwah suaminya tidak sempat menatap wajah anak ketiga mereka yang dijangka lahir pada minggu hadapan.
Dalam pada itu, Norhanazielah Hanazi, 28, memaklumkan, dirinya pergi ke lokasi kejadian walaupun dalam keadaan sarat mengandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.
“Rasa sebak sangat Tambah sebak apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka meninggal dunia.
“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya ketika ditemui semalam.
Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.
Cerita wanita itu, sejak kebelakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.
“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang memberitahu suaminya bekerja sebagai runner.
Selain Muhamad Eizreel, turut terkorban dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.
Jenazah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara. -KOSMO! ONLINE
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berjaya kalahkan 245 peserta antarabangsa, pelajar Malaysia juara pertandingan tilawah inter-varsiti di Jordan. Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah buat Ahmad Luqman Ahmad Zaini.
Allah SWT menurunkan al-Quran, menjadikan haknya untuk dibaca dan diamalkan oleh umat Islam. Fahamilah! Seluruh keberkatan dalam hidup adalah daripada cahaya al-Quran ini.
Beruntunglah mereka yang tidak pernah meninggalkan Al-Quran seperti mana pelajar ini. Pencapaian yang cukup membanggakan!
Pelajar Malaysia di Jordan, Ahmad Luqman Ahmad Zaini mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan tilawah inter-varsiti yang diadakan di Amman, Jordan.
Ahmad Luqman yang merupakan pelajar tahun empat di Wise University, Jordan itu berjaya mengalahkan 245 peserta antarabangsa yang lain.
Pelajar Malaysia Juara
“Ahmad Luqman membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah 2,000 Dinar.
“Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Filipina, manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Syria,” menurut hantaran di Facebook Education Malaysia Jordan-EMJ.
Pertandingan Tilawah Inter-Varsiti Di Jordan
Turut hadir pada majlis itu Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Menteri Penasihat Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid.
.
Ahmad Luqman Ahmad Zaini sebelum ini mendapat pendidikan di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Negeri Sembilan.
‘Bukan sebelum makan je kena baca.’ Amal doa ajaib ini, baru mudah dapat parking. Sebenarnya pelbagai doa orang amalkan untuk dapatkan lot parking.
Setengah orang mudah saja dapat lot parking, kita pula berjam-jam menunggu. Kadang-kadang berkali pusing, barulah dapat parking. Dari hati tenang jadi panas mencari parking.
Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”
Doa makan adalah doa kita kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Semoga Allah kurniakan kita satu lot parking, kerana itu juga adalah satu rezeki.
Baru Mudah Dapat Parking
Rupa-rupanya ramai warganet yang telah lama mengamalkan doa makan ini untuk mendapatkan lot parking. Kongsi mereka:
Mdarnalis
Memang mustajab doa ini. Saya ke Sunway Putra untuk hadir majlis, sebaik masuk ke kawasan parking, saya terus berulang kali membaca doa ini dengan penuh keyakinan dan dengan izin Allah, sekelip mata sebuah kereta keluar daripada parkir betul-betul di pintu masuk ke dalam mall. Subhanallah…
halimatun7705
Alhamdulillah, sudah sentiasa amalkan. Anak-anak pun sudah amal bila cari jalan penyelesaian masalah. Semoga dipermudahkan urusan kita.
Itsmecikdilla
Alhamdulillah selalu amalkan. Allah mudahkan urusan yang penting kita yakin dengan Allah ..
Aqeelakhairani
Bukan setakat parking, saya amalkan bila nak cari barang hilang. Kadang terlupa mana letak, insyaallah…alhamdulillah..selalu saya dapat balik.
Balizara
Alhamdulillah, saya sudah lama amalkan. Sekarang dengan anak-anak sekali sudah pandai, trus baca time cari parking! Menjadi insyallah. Yang belum try, try lah lepas ini ok!
Farahzahani
Dulu-dulu mak saya ajar doa ini juga masa itu. Saya ingat mak saya bergurau tapi tetap amalkan juga. Alhamdulillah rezeki parking tu sentiasa ada.
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...