Suami Koma Sehari Selepas Nikah, Isteri Redha Takdir Hanya Mampu Sulam Kasih 46 Hari Saja

Share

Ajal maut jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah sejak di luf mahfuz lagi. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan segala-gala-Nya.

Sudah tentu sebagai manusia kita merencanakan ingin hidup bahagia dengan pasangan sehingga ke akhir hayat, berkongsi suka dan duka dengan dirinya, jika dizinkan mempunyai cahaya mata tentunya kita ingin membesarkan anak bersama-sama serta menyimpul pelbagai pelbagai impian hingga ke hari tua.

Namun dari satu  perkongsian di Tik Tok, @ceq_nuroul atau mesra disapa Nurul  yang berkongsi kenangan hanya sempat bergelar isteri selama 46 hari saja sebelum suaminya, Muhammad Hafiz meninggal dunia selepas koma lebih sebulan  cukup menyebakkan bagi yang mengikuti kisahnya. Dalam satu perkongsiannya, wanita kuat ini berkata, selepas bercinta jarak jauh selama 5 tahun, 11 Ogos lalu dirinya diikat dengan lafaz janji bergelar sang isteri untuk suami dikasihi.

Namun keesokan harinya, 12/8 suaminya yang mesra disapa Bob di kalangan rakan-rakan sudah dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana keadaan pernafasannya tidak stabil.

Akui Nurul dia hanya ingat masalah kesihatan itu cuma biasa-biasa saja tapi suaminya dimasukkan ke red zone. Seharian menunggu, suaminya tidak juga keluar dari hospital dan dirinya tetap menunggu dengan penuh pengharapan agar suaminya kembali pulih dan sedar seperti biasa. Tapi harapan terus menjadi harapan kerana kesekian kali menanti hingga ke malam, suaminya tidak juga keluar dari red zone itu.

“Tapi rupanya Biy, awak tak keluar pun. Awak nak saya tunggu awak dekat Unit Rawatan Rapi (ICU) pula. Tapi masa itu, hati dan perasaan saya dah sangat-sangat serabut. Awak koma Biy. Doktor cakap tidak ada tanda-tanda awak akan sedar dari koma.

“Saya bacakan awak Yassin Biy. Semoga awak terus kuat dan cepat bangun dari tidur awak yang panjang tu. Ramai yang doakan awak Biy. Kawan-kawan, keluarga dan semua yang kenal dengan awak. Saat itu, kehidupan saja jadi tak terurus . Saya rindu awak sangat-sangat. Saya hilang tempat untuk mengadu. Saya hilang tempat untuk bergaduh. Saat itu hanya kain pelekat awak jadi peneman saya selama awak koma. Kain yang last awak pakai. Hari-hari tok suruh basuh tapi saya tak nak. Saya selalu ada dekat awak Biy walau saya tak dapat nak jumpa awak.

Jelas Nurul lagi, setiap hari dirinya menanti di depan wad ICU dengan harapan dapat bertemu suaminya dan mahu melihat suaminya membuka mata tapi dirinya cuma dapat berdiri di depan pintu wad ICU saja kerana tidak diberi kebenaran bertemu oleh doktor. Dirinya mahu suaminya tahu dirinya selalu ada untuk suaminya.

Tapi harapan terus menjadi harapan apabila suaminya disahkan meninggal dunia selepas 45 hari koma.

Kata Nurul, suaminya datang ke Kedah untuk menjadi suaminnya tapi balik sebagai jenazah ke Taiping, kampung halaman suaminya tanpa sempat dirinya merasai kasih sayang seorang suami.

Awak balik Biy sebagai jenazah dan dibawa keluar pada 25 September akibat buah pinggang tak berfungsi, pancreas bernanah, jangkitan kuman serta organ-organ lain dah start rosak.

Dari komen rakan yang mengenali arwah suaminya, arwah ada memaklumkan agar Allah memberinya peluang bergelar seorang suami dan ternyata doanya dimakbulkan Allah kerana mereka dinikahkan pada 11 Ogos lalu.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Published by
Almaswa Che Ros