Dalam hidup tiada apa yang mustahil seandainya Allah menurunkan hidayah buat hamba-hambaNya. Malah kita juga tidak digalakkan membuat penilaian bila melihat orang berbuat silap kerana apabila Allah memberikan rahmat dan hidayahNya, segalanya boleh berubah.
Dari satu perkongsian aplikasi Tik Tok @DylaSkinStudio dirinya berkongsi “perangai gila-gila” abang iparnya dikenali sebagai Afik yang kelihatan agak lembut dan ia menjadi viral dan mencecah tontonan 2.6 juta.
KASHOORGA sempat menghubungi Dyla yang mengakui merakam video perangai abang iparnya.
Menurut Dyla atau nama sebenarnya Nurul Fadhilah, 29 tahun, kakak dan abang iparnya sedang menanti hari bahagia kelahiran anak sulung lelaki mereka.
Ditanya bagaimana kisah cinta kakaknya bermula, Dyla berkata, abang iparnya, Afik, 30 tahun merupakan pembantu kakaknya, Syuhada Masrani, 32 yang merupakan seorang pereka fesyen, lulusan dari UiTM sebelum menyambung pengajian di London.
“Dah empat tahun abang usha kakak tapi kakak buat tak reti saja. Dia memang lembut, rambutnya panjang ala-ala Korea. Jadi abang banyak bantu akak dalam rekaan pakaian termasuk menjahit dan sebagainya.
“Mungkin dah lama kawan, kemudian jadi rapat,” katanya berkata perangai abang iparnya memang gila-gila. Kata istilah sekarang, masuk air.
Ditanya penerimaan keluarga bila abang ipar masuk melamar, katanya emaknya nampak abang boleh jaga kakak walau perwatakannya nampak lembut. Jadi emak menerima pinangan tersebut dan terbukti abang ipar memang melayan kakak dengan baik, seolah ratu dalam rumahtangga mereka.
Tambahnya lagi, dengan abang ipar nie, susah nak tengok dia marah.
“Dia marah pun lembut, suaranya susah nak naik. Jadi susah nak tengok dia marah walau akak memang garang padanya. Sekarang dia banyak bantu kakak uruskan rumahtangga,” kata Dyla sambil ketawa.
Dalam pada itu Dyla menjelaskan, jangan sesekali kita mudah membuat penilaian bila melihat lelaki kurang maskulin kerana bahagia itu datang dengan cara diatur oleh kita sendiri.
Ternyata bahagia itu dicipta, bukan dicari kerana kalau dicari ia tidak ketemui sebaliknya ciptalah kenangan manis bersama-sama.
Semoga rumahtangga pasangan ini bahagia selamanya.
@dylaskinstudioBEKAS PONDAN. BAHAGIA HINGGA JANNAH
Nak kenal imam yang baik untuk kita, jom sertai webinar jodoh kami. Sis semua akan diajar mengenal imam yang baik dan mampu bimbing kita ke Jannah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI