‘Suami meninggal selepas tamat larian.’ Isteri dedah kisah, sejadah selit di pinggang ketika marathon. Rupanya ada kisah di sebalik gambar suaminya yang tular dan kisah ini menjentik hati warganet.
Malahan luahan seorang wanita iaitu isteri kepada pelari tersebut tentang pemergian suami tersayang usai menamatkan marathon Langkawi mengundang muhasabah diri.
Artikel Berkaitan
Sebelum itu, media melaporkan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, meninggal dunia selepas selesai menamatkan larian Langkawi Half Marathon.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan ahli akademik itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.
“Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah beri bantuan awal dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
“Ujian Covid-19 yang dibuat adalah negatif dan mayat akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk post mortem. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sudah tentu, isteri adalah insan yang terdekat bagi seorang suami. Hilang insan tersayang dalam sekelip mata, Dr Sheereen Zulkefly menitipkan luahan yang meruntun hati di laman sosial Facebook.
Memuat naik foto Allahyarham berlari sambil menyelitkan sehelai sejadah di bahagian pinggang, Sheereen menceritakan semula kebiasaan Dr Nik Mohd Faiz seperti mana dikongsikan rakan suaminya bernama Syahmi.
Berikut perkongsiannya:
Kisah sejadah. Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawa sejadah viral tatkala pengumuman berita kematiannya. Allahuakbar.
Sebenarnya, gambar itu dirakam sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Beliau berhenti sebentar untuk solat Subuh dan kemudian meneruskan lariannya.
Alhamdulillah, memang begitulah cara dia. Sangkutkan sejadah kecil tiap kali larian supaya dia boleh berhenti solat sebaik masuk waktu.
Di Langkawi International Half Marathon 2022, allahyarham suami saya menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian.
‘Dia lihat ramai yang tunggu turn untuk menggunakan khemah untuk solat subuh. Setelah selesai solatnya, dia memberitahu sahabat lariannya, Syahmi, “Ko pakailah sejadah aku. Lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni kepada pelari lain. Biar aku dapat pahala berterusan.”
Tulis Sheereen selesai rakan suaminya, Syahmi menunaikan solat subuh, Allahyarham memberikan sejadah digunakan kepada pelari lain.
“Abang, pakai sejadah saya dan serahkan untuk diguna oleh orang seterusnya ya”.
“Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam bot marin dalam perjalanan menuju ke Jeti Kuala Perlis bersama jenazah Allahyarham untuk dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
“Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala beterusan itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Aamiin Allahumma Aamiin,” coretnya.
Baca Di Sini
Letak Nota Solat Depan Sejadah, Reaksi Lelaki Baru Peluk Islam Ini Dipuji & Sentuh Hati Netizen
Kashoorga : Semoga mengampunkan segala dosa-dosa arwah dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Amin.
Sumber : Facebook Dr Sbeereen Zulkefly, Sinar Plus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!