Ada orang mengukur kebahagiaan terletak pada harta benda, rumah dan kereta besar. Lebih berkilau tangan isteri dengan barang kemas lebih besar kasih sayangnya.
Tapi tidak semua kebahagiaan dinilai harta benda sebaliknya mendapat pasangan yang mampu buat kita sentiasa tertawa adalah “nilai kebahagiaan sebenar”.
Dari satu perkongsian di tik tok, @azierauan (Siti Azira) atau mesra disapa Cik Tie, ramai merasakan aura kebahagiaan dinikmati isteri ini apabila masih mampu tertawa bahagia saat disarungkan gelang emas walau tahu ianya emas tiruan.
Awal, suaminya menyambung “pin emas” menjadi gelang sebelum meletakkan “gelang” itu di dalam bekas, seolah nampak seperti emas betul dengan tujuan untuk membuat prank kepada isterinya.
Tapi reaksi bahagia diperlihatkan isterinya membuatkan ramai terharu kerana isterinya langsung tidak marah.
Walau tahu ianya bukan emas betul tapi dari tertawanya memperlihatkan dirinya begitu bahagia menerima hadiah dari suami tersayangg.
Dari perkongsian sebelum ini, Cik Tie yang menulis jodoh mereka diatur keluarga berkata, dirinya tidak meminta semua ini dan ketika gelang pin emas itu dikeluarkan dari kotak, kedengaran ketawa bahagianya.
“I tak minta pun semua ini Bie,”katanya yang menulis suaminya ada memaklumkan, andai ada ada rezeki lebih abie bagi yang betul”.
Bahkan dirinya turut menyuakan tangan untuk suaminya menyarungkan gelang emas itu dan menggayakannya seolah-olah memakai gelang emas sebenar.
“Comei tak”kata suaminya sambil diwowkan oleh Cik Tie, tanda dia dengan senang hati menerima hadiah dari suami tersayang.
Melihat kepada kebahagiaan suami isteri ini bergurau senda, ramai mendoakan kebahagiaan mereka bahkan ada berkata, bukan semua keseronokan itu mampu dijual beli. Bahkan ada berkata, saat melihat video itu, mereka juga tumpang seronok. Ada berkata, insya Allah, nanti akan dapat yang betul, semoga murah rezeki.
Dan benarlah setiap doa itu termakbul kerana di video lain, Cik Tie memperlihatkan dirinya menerima gelang emas sebenar di mana designnya seakan sama seperti pin emas itu tapi ini benar-benar emas.
Ternyata, rezeki tak pernah salah alamat. Lebih banyak kita membangkitkan aura positif kepada orang lain, ada saja rezeki tak disangka-sangka hadir dalam hidup kita. Semoga pasangan ini till jannah.
https://www.tiktok.com/@azierauan/video/7023207371753131290?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338