Menerusi perkongsian Husna Ghani di akaun Instagramnya, solat ulang ini, mesti berjemaah dan perlu kekal dalam jemaah mulai awal takbiratulihram sampailah salam.
Dan kalaulah kita sebagai makmum, maka boleh ulang solat dua kali saja. Contoh, tadi pada mulanya, kita dirikan solat seorang diri kemudian berjemaah dengan suami dengan tujuan untuk peroleh pahala berjemaah.
Adapun kalau bagi suami, misalnya yang pertama solat di masjid, balik rumah ajak isteri pula berjemaah. Kemudian ibu singgah datang rumah, selepas itu ajak jemaah sekali dia boleh ulang solat tu. Sebab dengan tujuan membantu orang lain mendapatkan pahala jemaah.
Tapi jangan jadikan kebiasaan, sampaikan tanpa ada keperluan saja-saja nak solat dua kali sebab sudah jadi rutin harian tak bolehlah.
Ads
Balik Rumah Solat
Sebenarnya ramai yang tak tahu tentang solat ulang ini. Asalnya solat fardu dua kali dalam satu waktu ini, kalau tanpa ada sebarang keperluan hukumnya makruh.
Tapi kalaulah dia ulang solat itu untuk dia dapat pahala jemaah yang lebih besar daripada dia solat seorang maka sunat untuk diulang balik solat itu. Walau demikian, kalau dia tak nak ulang tiada masalah pun.
Dan solat ini kita hanya boleh buat kalaulah manfaat dia lebih baik atau lebih besar ganjarannya daripada solat yang pertama tadi.
Sebagai contoh, sebelum itu kita solat sendirian tetapi buat kali kedua ulang solat untuk solat berjemaah, jadi sudah tentu pahalanya lebih besar.
Bersama Anak & Isteri Pula
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam hal ini kami bahagikan kepada dua isu:
1. Seorang telah solat jemaah, kemudian solat sekali lagi untuk membantu orang lain mendapat pahala jemaah.
2. Seorang telah solat sendirian, kemudian solat sekali lagi apabila mendapati ada solat jemaah didirikan.
Ads
Ini Hukum Ulang Solat Fardu
Asalnya, hukum solat fardu sebanyak dua kali bagi satu waktu tanpa sebarang keperluan adalah makruh. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar RA:
لَا تُصَلُّوا صَلَاةً فِي يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ
Maksudnya: Janganlah kamu solat fardhu sebanyak dua kali dalam sehari.- Sunan Abi Dawud (579) dan Sunan al-Nasa’ie (860)
Hukum makruh mengulangi solat fardhu tanpa sebarang sebab ini telah diterangkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Ruwaihah dan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.
Adapun jika untuk mendapat pahala jemaah, maka disunatkan untuk diulangi semula bersama jemaah yang didapatinya. Inilah juga pandangan mazhab Maliki dan Syafi’e. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud bi Syarh Sunan Abi Dawud 2/202, Al-Fatawa al-Kubra, 2/283, Al-Mudawwanah al-Kubra 1/179 dan Raudhah al-Thalibin 1/343)
Ini berdasarkan hadith riwayat Jabir bin Yazid al-Aswadi RA:
Maksudnya:
Aku menghadiri solat Subuh bersama Rasulullah SAW di Masjid al-Khaif. Tatkala Baginda selesai solat, Baginda melihat dua orang lelaki di bahagian belakang yang tidak solat bersama Baginda. Baginda bersabda:
“Mengapa kalian tidak solat bersama kami?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, kami telah solat di tempat permusafiran kami. “Jangan buat begitu. Jika kalian telah solat, dan kalian datang ke masjid dan mendapati solat jemaah sedang berlangsung, hendaklah kalian solat bersama mereka, dan ia akan menjadi solat sunat bagi kamu.- Sunan al-Nasa’ie (858) dan Sunan Tirmidzi (219)
Umum mengetahui isteri kesayangan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina sedang mengandung kembar.
Kegembiraan pasangan ini jadi berganda apabila dua hari lalu lalu ketika membuat pemeriksaan kesihatan kandungan, keduanya diberitahu kandungan kembar kali ni adalah sepasang bayi lelaki dan bayi perempuan.
Sebelum itu pasangan popular ini telah dianugerahkan dua anak perempuan dan sepasang kembar lelaki.
Dalam posting Dr Halina, memberitahu dia sangat bertuah menerima berita yang diterimanya itu sambil mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan yang diberi.
Sebaik muat naik posting di laman instagram, ramai mengucapkan tahniah kepadanya dan suami serta mendoakan kandungan sihat sehinggalah waktu untuk melahirkan nanti.
farorganize Ya Allah besarnya indahnya rezeki Allah
timetoponder Alhamdulillah. Saya doakan segala urusan dipermudahkan, selamat melahirkan… Doa saya nak tgk sepasang twin lelaki perempuan termakbul.. Alhamdulillah. Nanti sama courum putera puteri, 3 each
alyn_alina Alhamdulillah! Congratulations Dr! Going to be 3 girls and 3 boys! Rezekinyaaaa!!!
elleesapfordten MasyaAllah. I tumpang happy for you dr. Praying the best for you and the babies
Hari ini di dunia akhir zaman, fitnah melata-lata. Media sosial menjadi mahkamah terbuka untuk membuka aib orang lain tanpa mempedulikan maruah seseorang. Dan sesetengahnya berasa bangga kalau menjadi “orang pertama” berkongsi cerita.
Tapi benarkah membuka aib seseorang secara terbuka dibenarkan dalam islam. Dan apakah hukumnya kita menyebarkan aib orang lain. Ikuti pandangan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi #248 tajuk peliharalah aib saudaramu.
Moga kita semua memahami, dengan tidak menyebarkan aib orang, Allah akan terus menutup aib kita hingga ke hari akhirat.
Assalamualaikum Sohibus Samaha Datuk Mufti.
Saya ingin bertanya Apakah dimaksudkan Aib dalam islam apakah hukum menyebarkan aib orang.Terima kasih.
JAWAPAN:-
Waalaikumussalam wbt,
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. Hadis riwayat Muslim (1017) dalam Sahih-nya.
Selalulah kita berdoa agar Allah pelihara aib kita daripada tersebar. Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini para waktu pagi dan petang:-
Maksudnya: Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (2100) dalam Adab al-Mufrad Wallahua`lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Lelaki berkahwin kena jaga adab sebagai suami orang. Jangan sesekali lupa diri dan menganggap boleh lakukan apa saja seperti sebelum berkahwin.
Bila berkahwin, hati isteri adalah keutamaan buat suami. Tidak bermakna perlu berubah, namun letakkan had bila bergaul dengan wanita lain.
Bukan takut bini tetapi lakukan perkara ini demi menjaga hubungan yang baik dengan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam-hadam baik peringatannya ini:
Terjaga hati si isteri selagi terjaganya adab sebagai suami orang…
Adab sebagai suami orang ini, tak boleh sesaja hendak menyembang dengan mana-mana perempuan secara membabi buta. Kena fikir panjang, malah kena fikir sebab musabab kenapa perlu nak sembang…
“Atas alasan apa…”
Kena Jaga Adab
Kalau tak nampak sebab atau tak ada kepentingan serta keperluan pun untuk bersembang dengan perempuan lain, maka jangan sembang…
Diam, buat hal sendiri dan juga buat kerja sendiri. Biar nampak sombong tak apa lagi daripada nampak ramah macam YB (Yang Berhormat)…
Sentiasa hendak ambil tahu tentang orang lain daripada orang rumah sendiri…
Sebagai Suami Orang
Suami orang kena jaga adab bergaul, yang ini adab paling penting. Ada had, juga ada batas dan ada etikanya untuk berkawan, melayan, menyembang dan sebagainya dengan perempuan lain…
Seringkali kita sebagai suami, terbabas dengan perkara ni. Kita lupa adab itu, lupa akan perbuatan itu boleh menyebabkan isteri sakit hati, terasa hati. Kita melebihi batasan yang telah ditetapkan…
Jaga adab, maka yang lain-lain akan terjaga dengan sendirinya…
Posting ini mendapat reaksi positif daripada warganet dan menganggap tak kiralah suami atau isteri kenalah jaga batas serta adab selepas berkahwin demi keharmonian dalam rumah tangga.
Hasniza Ibrahim
Dua-dua pihak kena jaga. Dalam menjaga keharmonian rumah tangga ini bukan saja kerja seorang. Kena dua-dua pihak yang jaga baru rumah tangga boleh aman dan harmoni…
Nur Yani
Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau rasa berlebihan dan melampaui batas, baik jauhkan. Syaitan sentiasa akan menghasut manusia ke jalan sesat. Sekali buat dan kantoi dengan wife atau husband selamanya tidak akan ada rasa percaya itu lagi.
Mungkin betul lah orang cakap, walaupun sudah memaafkan, belum tentu dapat melupakan. Semoga kita semua dijauhkan dr perkara2 tidak baik.
Atikah Jamaludin
Suami dan isteri perlu saling menjaga batas pergaulan. Bahasa mudah dia, jaga ikhtilat di tempat kerja atau di mana-mana sahaja kita berada. Jaga ikhtilat tujuan utama kerana Allah, manakala tujuan kedua untuk jaga hati pasangan. Bila buat kerana Allah, pahala pun dapat…
Kashoorga: Masing-masing kena jaga batas, barulah rumah tangga bahagia.
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...