
Isi Kandungan
ToggleSuami tak faham hukum, bab nafkah pun berkira. “Minggu lepas bagi rm200, takkan dah habis?’ Masyallah geram betul kalau dapat suami spesis begini, bagi RM200 macam RM2000.
Tetapi itulah realitinya sekarang bila harga barang makin mahal, memang isteri tak mampu nak berjimat macam dulu-dulu. Jika suatu ketika dahulu RM100 boleh bertahan seminggu, sekarang tidak lagi.
Suami Tak Faham Hukum
Wahai suami, kasihanilah isteri yang tidak bekerja dan tugasnya menguruskan rumah tangga. Jangan sesekali minta berjimat kerana keadaan sekarang amat mendesak, tak percaya pergi beli barang sendiri.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Tak nampaklah bang sebab sudah masuk perut engkau abang… haha…
Bagi pemahaman orang lelaki, RM200 dia bagi cash untuk beli barang dapur kira sudah bagi nafkah dekat bini (isteri).

Bab Nafkah Pun Berkira
Hakikat kronologinya:
Dia bagi duit.
Bini pi beli barang dekat pasar,angkut seorang diri.
Masuk dapur siang ikan ayam, masakkan lauk, hidang masuk perut suami, siap pakej tolong angkatkan pinggan basuh.
Bajet macam terlebih bagi, minta buat beli rokok dan isi minyak motor.
Itulah sebenarnya NAFKAH yang dia sudah bagi.
Hahahahahahahahaha.
Minggu Lepas Bagi RM200
Padahal servis bini tolong jadi runner, rider, chef, tukang cuci semua dia tak kira.
Itupun bajet-bajet macam terlebih bagi lagi. Lawak nak mam**s. Tapi itu ok lagilah.
Kalau dapat bini berkerjaya, satu habuk pun bini tak dapat apa.
Siap dia pakai mazhab bini bekerja, sudah tak layak dapat nafkah.
Baca Di Sini:
Tinggal Isteri Tanpa Nafkah, Adakah Jatuh Talak? Ini Hukumnya Suami Abaikan Tanggungjawab
Bila Berjodoh Dengan Duda, Isteri Baru Jangan Sekat Suami Beri Nafkah Pada Anaknya
Takkan Dah Habis?’
Lagi dahsyat, gaji bini pun dikatakan hak dia juga disebabkan dia izinkan pergi kerja.

So jadilah bini ni babu balaci dan segala macam pengabdian dari segi tenaga, jadi ATM laki, pelayan, pengasuh dan sebagainya.
Dekat mana dia boleh perah, dia perah sampai lunyai. Siap pakej scam duit bini lagi tapi tak rasa bersalah.
Kalau isteri itu pun bodoh hukum, dia pun percaya mantera suami.
Kashoorga: Sebagai isteri, kadang-kadang dia berjimat sehabis baik semata-mata tak mahu bebankan suami.
Sumber: Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Adab Menjenguk Orang Sakit, Sensitiflah Sikit, Janganlah Ditanya “Apa Khabar?”

Isi Kandungan
ToggleMenziarahi orang sakit merupakan perbuatan yang digalakkan dan ia sunat dilakukan serta mendapat ganjaran pahala bagi yang melawat. Dengan niat ziarah yang baik, ia akan secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada pesakit untuk pulih.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, yang bermaksud:
Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka suatu (suara) akan menyerunya: “Bahawa kamu telah melakukan kebaikan, langkahmu adalah baik dan engkau telah menyediakan sebuah tempat tinggal di dalam Syurga”(Hadis riwayat at-Tirmizi (2008)
Artikel berkaitan: Hukum Anak Enggan Ziarah Ibu Bapa Tetapi Beri Duit Belanja Bulanan
Artikel berkaitan: Hukum Membaca Al-Quran Ketika Menziarah Kubur
Bagaimanapun, bagi menghormati dan menggembirakan orang sakit, kita haruslah tahu adab melawat mereka agar hubungan menjadi semakin erat. Berikut adalah adab yang perlu dijaga sepanjang mnejenguk orang sakit di hospital.
1. Sedekah doa untuknya
Tatkala sakit, tiada apa yang diharapkan olehnya selain daripada doa kaum kerabat, sahabat dan kenalan. Justeru itu, doakanlah kesembuhan baginya agar ia dapat segera kembali aktif seperti sedia kala. Doa kita pasti sangat dihargai oleh orang yang sakit itu.
Dari Abdul Aziz dia berkata;
“Aku dan Tsabit pernah mengunjungi Anas bin Malik, lalu Tsabit berkata; “Wahai Abu Hamzah, aku sedang menderita suatu penyakit.” Maka Anas berkata; “Mahukah kamu aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah SAW?” dia menjawab; “Tentu.”
Anas berkata; “Allahumma rabban naasi mudzhibil ba`sa isyfii anta syaafi laa syaafiya illa anta syifaa`an laa yughaadiru saqama (Ya Allah Rabb manusia, Zat yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan Engkau, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit).”(HR Bukhari no 5301)
2. Tetap menutup aurat
Islam tidak melarang seorang yang bukan mahram menjenguk saudara atau temannya. Namun hendaknya ketika menjenguk tetap menutup aurat, baik yang menjenguk maupun yang dijenguk. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah,
Dari Ummu Al ‘Ala` ia berkata;
Rasulullah SAW menjengukku sementara aku sedang sakit. Kemudian beliau berkata:
“Bergembiralah wahai Ummu Al ‘Ala`, kerana sesungguhnya sakit seorang mukmin kerana Allah menghilangkan dosa-dosanya sebagaimana api menghilangkan kotoran emas dan perak.”(HR Abu Daud no 2688)
3. Sokongan moral suntik semangat
Apabila menziarahi orang sakit, mereka sangat perlukan sokongan moral kita bagi menyuntik semangat untuk pulih segera. Nyatakan lah kata-kata semangat yang ikhlas dari hati. Dengan memberikan semangat maka dia akan selalu berfikiran positif dan akan berusaha serta berdoa agar dapat sembuh.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi SAW pernah menjenguk seorang Arab Badwi, Ibnu Abbas melanjutkan; “Setiap kali beliau menjenguk orang sakit, maka beliau akan mengatakan kepadanya: “Tidak apa-apa, Insya Allah baik-baik saja.” Ibnu Abbas berkata; lalu aku bertanya;
“Baik?!, tidak mungkin, sebab penyakit yang di deritanya adalah demam yang sangat serius, yang apabila diderita oleh orang tua akan menyebabkannya meninggal dunia.” Maka Nabi SAW bersabda: “Kalau begitu, memang benar.”(HR Bukhari no 5224)
4. Menunjukkan keprihatinan kita
Ketika menjenguk orang sakit, tunjukkan bahawa kita benar-benar ambil berat dan prihatin pada keadaannya. Tanyakan tentang perkembangan kesihatan dan hal lainnya untuk menunjukkan simpati kepadanya. Tapi awas, ada juga yang terlanjur bertanya khabar pesakit. Walaupun ia sekadar manis mulut, namun pertanyaan itu kurang sesuai pada saat itu.
Dari Ibn Sinni Rasulullah saw. bersabda:
مِنْ تَمَامِ الْعِيَادَةِ أَنْ تَضَعَ يَدَكَ عَلَى الْمَرِيْضِ، فَتَقُوْلُ: كَيْفَ أَصْبَحْتَ؟ أَوْ كَيْفَ أَمْسَيْتَ؟
Di antara kesempurnaan menjenguk adalah engkau meletakkkan tangannya pada bahagian tubuh orang yang sakit sambil bertanya, “Bagaimana keadaanmu pagi ini? Atau bagaimana keadaanmu petang ini?
5. Memberi apa yang diinginkan
Hal ini pernah ditunjukkan oleh Rasulullah. Pada kitab Sunan Ibn Majah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah menjenguk seorang lelaki kemudian beliau bertanya, “Apakah engkau menginginkan sesuatu? Mahu kuih?” lelaki itu menjawab “Ya”. Rasul SAW pun mencarikan kuih untuknya.
6. Melarangnya berharap kematian
Orang sakit hati dan perasaannya sangat sensitif. Mudah terasa hati dan berputus asa. Malahan ada juga yang mengharapkan kematian datang menjemput. Dalam keadaan ini, kita berikanlah nasihat untuknya agar tidak menyerah dan berharap pada kematian.
Sebagaimana yang ditunjukkan Rasul ketika mengunjungi bapa saudaranya,
“Wahai bapa saudara! Janganlah engkau mengharap kematian. Sebab bila selama ini engkau berbuat baik, kemudian (umurmu) ditangguhkan, maka itu adalah kebaikan yang ditambahkan kepada kebaikanmu dulu, dan itu baik bagimu.
“Bila selama ini engkau berbuat tidak baik, kemudian (umurmu) ditangguhkan, lalu engkau diberi kesempatan untuk bertaubat dari kesalahanmu, maka itu pun baik pula bagimu. Maka janganlah engkau mengharap kematian.” (HR. Ahmad dan Hakim)

7. Memberikan nasihat
Ketika menjenguk, tentu kita akan mendengar berbagai keluh kesah dari orang sakit. Di sini, sgeeralah mainkan peranan dengan memberi nasihat padanya bahawa seluruh rasa sakit yang dia rasakan sekarang akan menjadi penebus dosa yang dia lakukan di masa lalu.
“Sesungguhnya kita milik Allah dan hanya kepada-Nya semata kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala dari musibah ini, dan gantikanlah bagiku dengan yang lebih baik darinya.” (HR. Muslim)
8. Membawa buah tangan
Sebaiknya janga lah datang dengan tangan kosong, sebaiknya kita bawakan juga hadiah atau buah tangan agar hatinya semakin senang. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dimana kita sebaiknya sering memberikan hadiah untuk mempererat persaudaraan.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda, tahaadu tahaabbu,
تَهَادَوْا تَحَابُّوا
“Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.” (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrod, no. 594.
Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwa’, no. 1601. Syaikh Musthofa Al-‘Adawi dalam catatan kaki Fiqh Al-Akhlaq menyatakan bahawa sanad hadisnya hasan dengan syawahidnya)
9. Jangan duduk terlalu lama
Kebanyakan hospital telah menetapkan waktu melawat. Jika ada peluang melawat, kita jangan pula duduk bersembang terlalu lama. Dalam keadaannya yang begitu, dia perlukan banyak rehat dan suasana tenang. Kalau berlama-lama, takut pesakit juga akan menjadi jemu dan tidak selesa.
Sumber artikel : Jenguk Orang Sakit
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini 6 Amalan Tambah Pahala Pada 10 Hari Terawal Masuknya Bulan Zulhijjah, Selain Ibadah Korban

Isi Kandungan
ToggleBermula semalam telah mausknya bulan Zulhijjah dan merupakan bulan terakhir dalam bulan Islam.
Dan tibanya Zulhijjah ini juga menandakan masuknya bulan haji di mana umat Islam berkemampuan menunaikan Rukun Islam kelima.
Dan tahun ini walaupun tidak dapat menunaikan haji tetapi ada beberapa amalan lain yang boleh dilakukan dalam menyempurnakan amalan di bulan Zulhijjah.
Ketahuilah bahawa bulan terakhir dalam takwim Islam ini sebenarnya adalah empat bulan haram. Begitu istimewanya bulan ini kerana di dalamnya terkandung kelebihan yang bukan calang-calang.
Ada sebuah hadis yang sering kali dikaitkan dengan keistimewaan 10 hari terawal bulan Zulhijah. Cuma hadis berkenaan dikhabarkan mempunyai sanad yang lemah.
Begitupun, ia menunjukkan bahawa ada keutamaan dan keistimewaan sendiri dalam bulan Zulhijah. Ia tidak menghalang kita daripada melakukan amal soleh.
Artikel Berkaitan: Perlukah Lakukan Korban Untuk Orang Yang Dah Meninggal | Soal Jawab Jalan Kashoorga
Ada beberapa amalan utama yang boleh dilakukan pada bulan Zulhijah. Kita digalakkan untuk melakukannya sepanjang 10 hari terawal Zulhijah yang amat besar pahalanya.
Berikut perkongsian Presiden Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman yang dipetik menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Antara amalan yang digalakkan adalah:
1. Zikir
Amalan-amalan bulan Zulhijah
LAZIMI diri kita dengan berzikir dan mengingati ALLAH SWT.
Basahkan lidah dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illallah dan Allahu Akbar sebagaimana yang dianjurkan dalam hadis diriwayatkan oleh al-Tabarani.
Firman ALLAH SWT: “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama ALLAH, pada hari-hari yang tertentu..” (Surah al-Hajj, ayat 28)
Ketika menafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’, Ibn Abbas RA berkata, ia adalah 10 hari Zulhijah dan inilah juga pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa
Umat Islam amat digalakkan berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijah bagi orang yang tidak menunaikan haji.
Ketahuilah, Hari Arafah iaitu 9 Zulhijah merupakan hari yang terbaik untuk kita berpuasa.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih banyak ALLAH membebaskan hambanya lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim)
Apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah itu, baginda SAW menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
3. Melakukan amalan-amalan lain
Amalan-amalan bulan Zulhijah
BIASAKAN diri membaca al-Quran kerana ia termasuk sebagai amalan yang disukai oleh ALLAH SWT.
Umpamanya bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Semua amalan berkenaan termasuk dalam hadis umum yang menunjukkan perbuatan melazimkannya amat disukai oleh ALLAH SWT.
4. Jauhi maksiat
Andai kita pernah berbuat salah dan dosa, inilah masa terbaik untuk memulakan taubat, terutama bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhkan perbuatan mulia itu.
Amat biadab jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang amat agung di sisi ALLAH SWT ini.
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Sedarilah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Segala keseronokan yang ada di muka bumi hanyalah tipu daya semata-mata.


5. Bertakbir
Ibn Abi Shaibah menyebut, ‘Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.
6. Berkorban
Ia merupakan amalan yang dituntut bagi umat Islam yang berkemampuan. Hukumnya adalah sunat muakkad.
Firman ALLAH SWT: “Sesiapa yang membesarkan syiar ALLAH (berkorban), maka ia adalah dari tanda ketakwaan hati.” (Surah al-Hajj, ayat 32)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh ALLAH SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat al-Tirmidzi, Abu Daud; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

Justeru, kita digalakkan untuk memperbanyakkan dan meningkatkan amal soleh serta ketaatan kepada ALLAH SWT pada 10 hari yang pertama ini.
Semoga ALLAH SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-NYA yang mendapat rahmat, keampunan dan pelepasan daripada api neraka.
Sumber: Bayan Li Al-Haj Siri ke-32: Keistimewaan dan Fadhilat 10 Awal Zulhijjah: Marilah Kita Beramal
Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Facebook Dr Zaharuddin Abd Rahman
Artikel Berkaitan: “Tak Salah Buat Korban Daging Lembu Wagyu, Tapi Lembu Biasa Lebih Diutamakan Kerana Manfaat Lebih Besar” – Menteri Agama
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Cinta & Rindu Pada Allah Itu Terlalu Indah, Berusahalah Untuk Muhasabah Diri

Bismillahirahmanirahim
PERASAAN ITU INDAH…
Cinta itu indah..
Jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
Rindu itu indah…
Jika rindu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Artikel Berkaitan: Tingginya Darjat Seorang Isteri, Doa Dipohon Confirm Dimakbulkan Allah. Ini Antara 16 Doa Boleh Diamalkan!
Kegembiraan itu indah..
Jika gembira kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah..
Jika sedih kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..
Jika bosan kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
Kesibukan itu indah..
Jika sibuk kerana ALLAH..kerana sibuk itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Kesusahan dan derita itu indah..
Jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..
Artikel Berkaitan: Doa 2 Dalam 1, Yang Belum Jumpa Jodoh & Belum Ada Zuriat, Bacalah Surah Al-Anbiya’ Ayat 89
Maka, niatlah segala perasaan
kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH…
JUJURLAH kepada ALLAH..
atas segala yang menimpa kamu…
atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..
Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka minta DIKEKALKAN perasaan itu..dan BERUSAHA lah untuk muhasbah diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini dan BERUSAHALAH untuk memperbaiki diri…
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di ‘sana’ nanti..
SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..
InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..

ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu hamba-hambaNYA Lebih dari segala yang ada di muka bumi ini…

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘Isyarat’ CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI tenang HANYA jika BERSAMANYA…
JIka masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu…
Apakah yang lebih bernilai
dari REDHA ALLAH
dari RAHMAT ALLAH
dari KETENANGAN dari ALLAH
dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH
InsyaALLAH..kamu, kita semua
akan ketemu ‘keindahan’ itu…
Jika kerana ALLAH.
PERCAYALAH..
Inn shaa Allah
SUMBER: FB MAJLIS ILMU
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI