Suami tak kerja bukan sekadar seksa kewangan keluarga. ‘Tapi kau seksa juga emosi, perasaan isteri’. Hari-hari mengadap sikap suami yang malas bekerja sudah tentu memberi tekanan pada isteri.
Kalau sebulan, dua suami tak bekerja disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan bolehlah dimaafkan. Namun bila bertahun-tahun tak bekerja, kalau bekerja pun sekejap saja berhenti memanglah menyakitkan hati isteri.
2,3 hari ini banyak betul terima mesej daripada isteri yang mengadu tentang suami yang tidak bekerja. Pagi tadi saya bangun tidur, tengok sudah ada satu mesej panjang dekat messenger.
Pun hal yang sama, tentang suami tak bekerja. Atau pun kerap tukar kerja. Tak sampai 1,2 bulan di tempat kerja, berhenti. Cari kerja lain punyalah susah hendak dapat.
Lepas dapat kerja lain, berhenti lagi.
Bukan Sekadar Seksa
Bila tanya dia apa punca dia berhenti. Macam-macam jawapan. Tak sesuai dengan bos, kawan-kawan tak bagus, tempat kerja jauh, penat kena buat kerja macam-macam dan tak kurang ada yang kata tak layak kerja tu. Padahal syarikat sudah terima. Sendiri pula rasa tak layak.
Dalam kes begini ada dua keadaan pula yang saya terima.
Pertama; memang suami jenis kerap tukar kerja. Bila sampai masa tak ada kerja, rajin pula pergi keluar minum jumpa kawan-kawan. Lepaskan tekanan katanya.
Ads
Jumpa berjam-jam. Siang keluar, malam pun keluar. Mana dapat duit? Mestilah minta dekat isteri. Bala.
Kerja tidak, minta pula dekat isteri hari-hari.
Kedua; sudahlah kerja pun tak ada, sibuk nak kahwin lagi.
Ini pun banyak. Serius banyak. Pendapatan tak ada, keluarga yang sedia ada ini pun tak terjaga betul.
Duduk rumah sewa dengan adik ipar. Jadi semua bergantung ke adik ipar. Ada isteri yang terpaksa ambil keputusan hantar anak balik kampung, sebab tak ada kemampuan nak hidup sama dengan bandar. Belanja tinggi.
Ads
“Tapi puan hantarlah duit ke mak dekat kampung untuk anak-anak?” Saya tanya.
“Tak juga. Kadang-kadang kalau ada lebih. Saya tahu saya salah buat macam tu. Kasihan pada mak saya. Tapi saya tak ada duit lebih. Suami memang tak ada duit. Tak bekerja langsung dah 4,5 bulan,” jawab dia.
Tak kira keadaan pertama atau kedua, dua-dua keadaan ini menyebabkan isteri tersepit. Tekanan. Antara nak terus bagi semangat ke suami atau nak minta dilepaskan.
Tapi Kau Seksa
Bila tak ada duit, banyaklah masalah timbul. Lagi teruk minta duit dekat isteri, isteri tak bagi, dimarahnya pula.
Bukan kejap, kejap. Berlarutan 3 hingga 4 tahun usia perkahwinan. Itu yang saya kata isteri begini tersepit. Akhirnya kemurungan.
Kawan-kawan sekalian,
Yang lelaki. Bila kau fikir nak berumah tangga, itu adalah saat untuk kita lebih bertanggungjawab. Membina rumah tangga kau bersama-sama.
Juga Emosi
Bukan sebagai jalan untuk kau jadi raja dalam rumah. Duduk tanpa kerja. Harap ke duit isteri untuk selesaikan banyak urusan diri kau dan rumah kau.
Ads
Satu hal lagi, yang sibuk nak kahwin lagi tapi tak ada kerja ni. Kau dah kenapa bang? Tambah sumber pendapatan dengan tambah isteri, macam tu? Ya ampun.
Kalau betul pun kau tak ada kerja, carilah apa sahaja pun kerja yang kau boleh buat. Sekali pun kau terpaksa bekerja jadi tukang sapu. Asalkan kerja halal.
Perasaan Isteri
Kata kunci dia, janganlah memilih kerja. Fikirkan yang lebih utama. Apakah keselesaan kita bekerja atau hakikat nak menanggung keluarga itu yang lebih dulu kita kena hadap?
Mestilah tanggungan keluarga kita dulu. Lagi-lagi kalau sudah ada anak. Semua nak kena suap makan. Belum cerita soal pakaian dan sekolah lagi.
Berusahalah wahai lelaki, wahai suami. Tak bekerja ini kau bukan seksa kewangan kau, tapi kau seksa juga emosi dan perasaan isteri. Sampai 1 masa, kau balik yang marah-marah ke isteri kau.
Ingatlah, tak selesai urusan kau sebagai suami dekat dunia ni, bermakna tak selesai juga urusan akhirat kau nanti.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Berusahalah kita semua.
Kashoorga : Menjadi tanggungjawab suami menyediakan dan memberi nafkah kepada isteri. Jangan sampai tanggungjawab ini beralih kepada isteri.
Impian keluarga ‘pak guard’ tunaikan haji berkecai, wang tabung hasil menyimpan dua tahun dimakan anai-anai. Siapalah yang tak gundah dan kecewa bila wang yang disimpan sekian lama tak mampu digunakan.
Impian sebuah keluarga di Solo, Jawa Tengah, Indonesia yang mahu menunaikan haji bersama berkecai apabila hasil tabungan mereka musnah dimakan anai-anai.
Lebih menyedihkan, wang simpanan berjumlah 50 juta rupiah (RM15,181) tersebut lebur sekelip mata selepas lebih dua tahun mereka menabung.
Wang yang rosak dimakan anai-anai. .
Lapor Tribunnews, kisah Samin yang berkerja sebagai pengawal keselamatan sekolah itu tular di media sosial dan meraih simpati ramai pihak.
Cerita lelaki berusia 53 tahun itu, beliau pada mulanya mahu memeriksa kesemua duit yang disimpan di dalam tabung plastik di rumah beliau baru-baru ini.
Tunaikan Haji Berkecai
Namun, lelaki berkenaan terkejut apabila hampir separuh wang kertas yang dikumpul bersama isteri dan dua anaknya rosak teruk.
“Habis semua wang kertas menjadi kepingan kecil disebabkan dimakan anai-anai,” katanya.
Sedih mengenangkan apa yang telah berlaku.
Menurut portal itu lagi, Samin membiarkan tabung simpanan tersebut di dalam rumahnya kerana tidak mahu berulang-alik ke bank.
Masih ada rezeki, ada wang yang masih boleh diselamatkan. .
“Saya tidak terfikir wang di dalam tabung akan rosak sebab simpan dalam bekas plastik dan biarkan ia penuh dahulu baru periksa.
“Kami sekeluarga tak putus-putus menyimpan sekurang-kurangnya 100,000 rupiah (RM30) atau 50,000 rupiah (RM15) setiap hari, namun lain pula yang jadi,” katanya.
Wang Tabung
Pun begitu, Samin bersyukur apabila sebahagian wang simpanan masih boleh diselamatkan.
Menyemak wang yang masih boleh digunakan atau ditukar.
Ini kerana selepas dihitung kesemua duit tersebut, jumlah keseluruhan mencecah lebih 100 juta rupiah (RM30,363).
Pengawal keselamatan itu cuba untuk menyelamatkan sisa wang yang rosak ke bank berhampiran, namun keputusannya pada awalnya cukup mengecewakan.
Hasil Menyimpan Dua Tahun
Sementara itu, Ketua Pejabat Perwakilan Bank Indonesia Solo, Nugroho Joko Prastowo berkata, wang kertas yang rosak boleh diganti baharu dengan syarat tertentu.
“Duit tersebut mestilah yang asli dan masih berbentuk sekurang-kurangnya dua pertiga atau 68 peratus daripada ukuran asal,” katanya.
Selepas disemak, sebanyak 20 juta rupiah (RM6,068) yang rosak sahaja boleh diselamatkan.
Selepas tular kisah malang keluarga itu, difahamkan tawaran percuma untuk menunaikan umrah dan haji datang bergolek.
Sekurang-kurangnya 10 tawaran diterima Samin dan keluarganya daripada individu yang prihatin dengan insiden yang menimpa mereka.
Pun begitu menurut Samin, dirinya yang masih bersedih belum membuat keputusan rasmi sama ada mahu menerima peluang tersebut atau sebaliknya.
“Alhamdulillah ramai yang mahu bantu, tapi saya mahu menenangkan fikiran dahulu. Saya bimbang akan timbul masalah lain,” katanya.
Kejadian malang tersebut turut menerima reaksi Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka.
Pemimpin berkenaan menasihatkan penduduk supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan bertindak bijak dengan menyimpan wang di bank.
“Saya ambil maklum dengan kejadian yang berlaku dan pihak bank juga sudah menjelaskan hal sebenar.
“Melihat niat yang murni mahu menunaikan haji, saya terpanggil untuk membantu keluarga tersebut,” kata putera sulung kepada Presiden Joko Widodo itu yang memetik melalui portal sama.
Bersediakah kita untuk tunaikan umrah atau haji jika berdosa besar
Kashoorga : Amalan menabung memang amalan yang mulia, tapi perlu kena cara simpanannya.
Kita sudah di akhir zaman. Ia penuh dengan ujian untuk mempengaruhi iman seseorang muslim. Walau kita berada di zaman penuh fitnahm harus diingat, kebenaran Islam harus dipegang sepenuhnya kerana ada ketika ujian tidak datang sekali sebaliknya berkali-kali. Ada ketika kita tergelincir dengan ujian tapia da cara untuk menepisnya.
Bagi menjaga iman, Islam sudah mengajarkan beberapa doa yang diajarkan oleh Rasulullah ini. Sebagai manusia yang maksum dan sudah dijanjikan syurga pun, Rasulullah sentiasa membaca doa ini bagi meningkatkan iman dalam setiap masa dan waktu.
Ibnu Abu Hatim mengatakan dari Ummu Salamah, bahwa Nabi SAW mengucapkan doa berikut:
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami; dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (rahmat)" (Ali Imran: 8).
Dari Asma binti Yazid ibnus Sakan menceritakan bahwa Rasulullah Saw. acapkali mengucapkan doa berikut: Ya Tuhan Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.
Ummu Salamah menambah lagi lalu ia bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah hati itu benar-benar berbolak-balik?"
Rasulullah SAW. menjawab: Ya, tidak sekali-kali Allah menciptakan seorang manusia melainkan hati manusia itu berada di antara dua jari (kekuasaan) Allah SWT. Jika Dia menghendaki untuk meluruskannya, maka Dia menjadikannya lurus. Dan jika Dia menghendaki untuk menyesatkannya, maka Dia menjadikannya sesat.
"Kami memohon kepada Allah, Tuhan kami, semoga Dia tidak menjadikan hati kami sesat sesudah Dia memberinya petunjuk. Dan kami memohon kepada-Nya semoga Dia menganugerahkan kepada kami rahmat dari sisi-Nya, karena sesungguhnya Dia Maha Pemberi karunia.
Ibnu Jarir meriwayatkannya pula dari Al-Musanna, dari Al-Hajjaj ibnu Minhal, dari Abdul Hamid ibnu Bahram dengan lafaz yang sesuai. Aku (Ummu Salamah) berkata, "Wahai Rasulullah, maukah engkau mengajarkan kepadaku suatu doa yang aku panjatkan buat diriku sendiri?"
Rasulullah SAW. menjawab, "Baiklah. Ucapkanlah, Ya Allah, Tuhan Muhammad yang menjadi nabi, berilah daku ampun atas dosa-dosaku, lenyapkanlah luapan hatiku, dan lindungilah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."
Dari Aisyah ra. yang mengatakan bahwa doa yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW adalah seperti berikut: Ya Tuhan Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.
Siti Aisyah bercerita lagi, lalu ia bertanya, "Wahai Rasulullah, engkau sering sekali membaca doa ini." Maka beliau SAW. menjawab: Tidak ada suatu hati pun melainkan ia berada di antara kedua jari (kekuasaan) Tuhan Yang Maha Pemurah. Jika Dia menghendaki meluruskannya, niscaya Dia membuatnya lurus; dan jika Dia menghendaki menyesatkannya, niscaya Dia membuatnya sesat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan salah satu cara mudah menyebarkan dakwah adalah melalui laman sosial. Ramai pendakwah berbuat demikian termasuk juga Ustazah Asma Harun.
Beliau antara pendakwah yang gemar berkongsi ilmunya menggunakan medium laman sosial.
Dalam satu perkongsian, beliau mengingatkan kita bahawa jangan kerana dosa orang lain, kita lebih berdosa daripada dia (orang berkenaan).
Begitu juga jangan kerana kesilapan dilakukan kita, kita juga turut melakukan kesilapan berganda.
Gambar sekadar hiasan.
Memberi contoh isteri yang diuji mendapat suami tidak bertanggungjawab atau pemalas dan isteri membuka aib suami pada orang lain.
Dan dalam hal ini isteri berkenaan jadi sangat malang dan jadi lebih berdosa daripada suaminya.
Ayuh, ikuti perkongsian yang boleh dijadikan panduan.
SAHABAT SEMUA, SEBAGAI SATU RENUNGAN PENTING..
Jangan kerana kesilapan orang lain, kita melakukan kesilapan lebih berganda.
Jangan kerana dosa orang lain, kita lebih berdosa daripada dia.
Jangan kerana kejahatan orang lain, kita menjadi lebih jahat daripada dia.
Contohnya,
1. Seorang isteri yang diuji dengan suami yang tidak bertanggungjawab, mungkin malas, kerja tak kerja, solat pun culas dll. Lalu si isteri lepaskan marah dengan maki hamun, membuka aib suami kepada pihak yang tidak sepatutnya, mengata menjaja mengumpat disana disini, betapa dia isteri yang malang, bahkan menanam pula kebencian anak² kepada ayahnya. Nauzubillah, si isteri bertukar menjadi lebih berdosa daripada si suami.
Gambar sekadar hiasan.
2. Melihat ada orang menulis atau update sesuatu yang salah di media sosial, lalu dimaki, dikeji, diperlekeh, di screen shot, kadang kesalahan tu tidaklah besar sangat, dan bukan melibatkan asas agama seperti menggugat aqidah. Kemudian ia makin melebar, netizen hembur komen bukan², akhirnya kemarahan dan kebencian sesama muslim berlaku. Maka pencetus viral lebih berganda salah.
3. Ada orang mengkhianati atau berkata buruk tentang dia, mungkin ada unsur tokok tambah yang nampak seperti fitnah, lalu diberi warning secara terbuka di laman sosial, sehingga di tag lagi ramai kawan², kemudian kerana marah yang membuak dibuka cerita² lama yang mengaibkan demi membuktikan bahawa si pelaku memang jahat, supaya orang lain pun boleh memulaukan. Daripada hanya dia yang putus kawan, dia mengajak beramai-ramai putus kawan. Beginilah adu domba yang berlaku hari ini secara besar²an. Nabi bersabda, “tidak masuk Syurga pengadu domba”. Nauzubillahi minzalik.
Hakikatnya…
Segala Ujian Allah yang datang dalam bentuk Musibah atau Nikmat, keduanya adalah proses menilai diri kita. Apakah respon daripada Ujian tersebut, resultnya lulus atau gagal.
Maksudnya: Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Surah Fussilat: 34)
Firman Allah SWT :
“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat”
“Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; –
Daripada Amru bin Syu’aib daripada bapanya daripada datuknya, dia berkata; Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai sanak saudara, aku menyambung silaturahim tetapi mereka memutuskannya, aku memaafkan tetapi mereka berbuat zalim, aku berbuat baik tetapi mereka berbuat jahat, apakah aku harus membalas perbuatan mereka?” maka Baginda SAW menjawab: “Jangan engkau lakukan, dengan begitu bererti engkau tinggalkan mereka semua, tetapi ambillah kebaikannya dan sambunglah hubungan silaturahim dengan mereka, kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa memberimu pertolongan selama engkau mampu konsisten begitu.” (Musnad Ahmad No: 6661)
Gambar sekadar hiasan.
Semoga dalam apa jua situasi kita kuat memilih untuk menjadi baik, orang baik pasti tidak pernah dirugikan Allah swt di Dunia dan Akhirat, walaupun mungkin nampak rugi dimata manusia. Hidup dan matinya sentiasa mendapat pertolongan rahmat Allah SWT.
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...