‘Suami yang hebat tidak akan dedahkan aib isterinya.’ Block saja suami orang, jangan layan! Sebagai wanita, anda boleh menepis cinta suami orang sedari awal perkenalan.
Tak perlu kasihan dengan kisah-kisah dongeng yang suami orang ini ceritakan kerana tak semuanya betul. Di mata kita mungkin kedengaran dialah mangsa keadaan dan isterilah paling jahat.
Sebaiknya kalau baru saja berhubungan, jangan layan! Sebaiknya jangan mulakan dan block saja. Lebih baik cegah sebelum hubungan bertambah serius.
Hari ini di dunia akhir zaman, fitnah melata-lata. Media sosial menjadi mahkamah terbuka untuk membuka aib orang lain tanpa mempedulikan maruah seseorang. Dan sesetengahnya berasa bangga kalau menjadi “orang pertama” berkongsi cerita.
Tapi benarkah membuka aib seseorang secara terbuka dibenarkan dalam islam. Dan apakah hukumnya kita menyebarkan aib orang lain. Ikuti pandangan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi #248 tajuk peliharalah aib saudaramu.
Moga kita semua memahami, dengan tidak menyebarkan aib orang, Allah akan terus menutup aib kita hingga ke hari akhirat.
Assalamualaikum Sohibus Samaha Datuk Mufti.
Saya ingin bertanya Apakah dimaksudkan Aib dalam islam apakah hukum menyebarkan aib orang.Terima kasih.
JAWAPAN:-
Waalaikumussalam wbt,
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. Hadis riwayat Muslim (1017) dalam Sahih-nya.
Selalulah kita berdoa agar Allah pelihara aib kita daripada tersebar. Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini para waktu pagi dan petang:-
Maksudnya: Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (2100) dalam Adab al-Mufrad Wallahua`lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Butir-butir kata yang dilontar daripada mulutnya ditambah dengan kelembutan suara, menyejukkan jiwa buat sesiapa yang mendengar. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama imamnya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid agak dicemburui. Ramai yang ingin menjadi seperti pasangan merpati dua sejoli ini.
Tidak lokek berkongsi rahsia kebahagiaan, berikut diperturunkan 10 tip untuk mengekalkan kemesraan bersama suami seperti yang diamalkan dalam kehidupan harian beliau.
1. Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
2. Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
3. Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
4. Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
5. Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
6. Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami
7. Sentiasa menjaga makan minum suami.
8. Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
9. Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
10. Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara. Demikian juga kata penyair Arab, Ahmad Syauqi, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah.
Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan kepada anda satu bangsa yang berakar umbi baik. Jadilah wanita yang hebat dan bijaksana. Cantikkan diri dengan akhlak, bijak menambat hati suami serta mendidik anak-anak dengan iman dan takwa kepada Allah.
Sumber: Sisipan Wanita Oh Wanita, Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas 45 tahun berkhidmat dengan gereja di Australia, seorang paderi yang terkenal di negeri Kanggaru itu Gould David dikhabarkan memeluk Islam baru-baru ini.
Beliau yang sebelum ini selalu menjadi rujukan generasi baharu mendalami Kristian , menurut laporan portal Muslim Telegraph, kini menggunakan nama Islamnya Dave Abdur Rahman Gould. David memilih nama Abdur Rahman yang membawa maksud Hamba Allah Pemurah.
“Berita ini telah menarik perhatian dan mencetuskan perbualan meluas dalam kalangan agama kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam),” memetik muslimtelegraph.com baru-baru ini.
Dalam pada itu berita pengislaman beliau juga membuatkan ramai tidak sabar untuk mendengar motivasi dan inspirasi yang membuatkan dirinya tertarik untuk memeluk Islam.
Difahamkan, sehingga ke hari ini, masih belum dikenal pasti tarikh sebenar Abdur Rahman memeluk agama suci Islam.
Pun begitu dalam catatan ringkasnya di laman sosial Facebook miliknya, Abdur Rahman mencoretkan: “Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam.”
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...