Pincang lah akan rumahtangga itu jika adanya suami dayus dan isteri yang nusyuz. Suami sebagai ketua keluarga untuk mengemudi bahtera rumahtangga perlu tahu hukum dan akibat menjadi dayus.

Bagaimana hendak membentuk sebuah keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah andai hal ini pun sukar di atasi. Berubah lah segera sementara keadaan boleh diselamatkan. Takut amalan baik kita sulit nak bantu masuk ke syurga gara-gara menjadi lelaki dayus.

Suami Yang Tiada Rasa Cemburu Terhadap Isteri Adalah Lelaki Dayus

Artikel berkaitan: Isteri Tak Tutup Aurat Akibatnya Suami Tak Dipandang Allah

Artikel berkaitan: Setiap Pasangan Tak Perlu Ada Kawan Baik Lain Jantina, Boleh Jadi Punca Curang & Zina

Apa Erti Dayus

Ads

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah S.A.W berkata: “Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu orang dayus, wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?, berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)  (HR Riwayat At-Tabrani)

Dari hadis di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan tidak peduli dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain.

Penjelasan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Berikut adalah beberapa tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah dayus:

  • Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).
  • Imam Al-‘Aini pula berkata : “Cemburu lawannya dayus.”
  • Berkata pula An-Nuhas: “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”
  • Menurut Imam Az-Zahabi: “Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya.
  • Imam Ibn Qayyim pula menyatakan: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.”
    Suami Yang Tiada Rasa Cemburu Terhadap Isteri Adalah Lelaki DayusMembiarkan isteri tidak menutup aurat juga tanda-tanda suami dayus

Allah Laknat Lelaki Dayus

Ulama Islam juga bersetuju untuk kategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:
Maksudnya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya)
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Bila Masanya Suami Jadi Dayus?

Rela aurat isteri dan anak perempuan dilihat lelaki lain:

Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. Sebagai contoh; tidak menegur atau ambil peduli saat mengetahui aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa juga kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.

Ads

Tak kisah isteri balik lambat dari tempat kerja:

Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah. Rasa okay apabila membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Tidak peduli aktiviti anak perempuan:

Tidak melarang saat anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya, selain membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ dan memahami.

Bangga dengan isteri bergaya seksi:

Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

Membutakan mata:

Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

Ads

Tiada rasa cemburu:

Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

Banyak lagi situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini. Yang penting, dayus ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya.
Namun jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus ke atas dirinya.

Audit dirimu wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Kepada para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah S.W.T. Sayangi dan jagalah diri dan keluargamu dari api neraka.

Ingat lah para lelaki, suami dan ayah, pertahankanlah agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” (Riwayat Ahmad)

Sumber artikel: jakimsabah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI