Ada orang dimudahkan rezeki nya dan ada pula sebaliknya. Memang benar, rezeki hak Allah, namun ia tidak akan diperoleh tanpa usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
Rezeki hadir dengan usaha.Selagi kita bernyawa, teruskan lah beramal walau dengan sekecil-kecil perbuatan pun.
Kita tak tahu, mungkin amalan kita yang sebesar zarah itu lah yang menyebabkan pintu rezeki kita dibuka luas oleh Allah.
Datang mencurah-curah sampai kita pun boleh terkedu dan tertanya “Apa lah amalan yang aku dah buat sehingga begini murah rezeki aku?” Seronok kan apabila ini terjadi.
Ia bukan sesuatu yang mustahil; kerana Allah tidak memungkiri janjinya untuk memberi rezeki kepada hambanya yang banyak lakukan amalan baik.
Bercerita tentang rezeki dan amalan sebesar zarah, kita ikuti perkongsian ustaz Ebit Lew, berkenaan perkara ini.
Ads
Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.
“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya. “Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya. “Tak pernah ustaz,” jawabnya.
“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama. “Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.
Ads
Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan rancangan televisyen. Ya Allah. “Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah
“Juga makanlah dalam satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.
Ads
“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.
“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya. Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.
Dalam kehidupan berumah tangga menjaga hubungan dengan mentua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri.
Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu bapa kandung.
Bagi sesetengah orang, ibu mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mentuamu.
1. Kenali peribadi dan harapan ibu mentua
Berusahalah untuk membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak. Kenali dahulu peribadi ibu mentua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.
2. Lakukan hal yang menenangkan hati mentua
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.
3. Lakukan kegiatan bersama
Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mentua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu digalakkan anda dan suami untuk meluangkan masa bersamanya. Lakukan kegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Sesekali ajak ibu mentua makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.
4. Lihat sudut positif
Walau terjadi konflik anda dan ibu mentua, jangan sesekali memburukkan mentua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda.
5. Sedia menerima kritikan
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mentua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu ada kebaikannya.
6. Kasih dan sayang
Kasihi keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pelbagai kisah dikongsi petugas di hospital terhadap pesakit jemaah tabligh yang menerima rawatan di sana.
Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap golongan ini, tetapi mereka sebenarnya tidaklah seteruk seperti kita bayangkan.
Dalam satu perkongsian daripada seorang jururawat Zulaikha Zaki yang mendedahkan sekeping surat bertulisan tangan dipercayai dari seorang pesakit tabligh yang telahpun discaj dari menjalani rawatan.
Pengisian surat berkenaan sangat menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Dalam surat itu, memberitahu mereka sangat menghargai jasa pejuang serta pengorbanan jihad kerana memantau kesihatan mereka sepanjang berada di dalam wad.
Dalam surat itu juga penulis mewakili rakan-rakan lain turut menyatakan rasa kasıhan dan sedih melihat pengorbanan barisan hadapan ini.
Walaupun penat dan letih tetapi tetap melemparkan senyuman sepanjang menjalankan tugas berkenaan.
Penulis turut mendoakan agar semua barisan pejuang ini diberikan kekuatan dan semangat serta dipermudahkan dalam segala urusan.
Mereka juga turut berkongsi amalan baik dari ulamak untuk diamalkan oleh petugas semua dalam berhadapa dengan pandemik wabak penyakit ini.
Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, die selit surat ni celah2 kertas kt kaunter wad dalam n xde bgthu sape2 pon. Maybe dia thu dia x leh sentuh or bg kami ape2 brg even kertas.
Terharu…. Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang smua behave. Sangat dengar kata. Kita kecam org alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yg golongan baik n arif dengan ilmu agama dulu.
Assalamua’laikum, semua pejuang-pejuang yang kami kasihi dan sayangi sentiasa. Kami akan ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama berada di wad 26/tingkat 5.
Selamanya anda semua (pejuang-pejuang) layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak kongsi beberapa amalan untuk pejuang-pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada keluarga yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.
Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda.
Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan rasul, sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiah, dimudahkan segala urusan begitu juga buat keluarga anda semua. Allahumma Aamiin.
Amalan yang ulama kongsi kat kita
Baca surah Taghabun (Surah 64, juzuk 28) sampai habis (ayat 1 hingga 18 serta makna) setiap pagi. Kalau sibuk, cari masa lapang. Sebaiknya pagi. Mula dengan Baca selawat 3 kali Al-Fatihah 3 kali Al-Ikhlas 3 kali Hasbi Allah wani’malwakil 313 kali Tutup dengan selawat 3 kali. Tiup ke dalam air dan minum. InsyaAllah, Allah beri sembuh dan jaga kita semua. Wallahua’lam.
Perkongsian ini telah mendapat 16K butaan like dan 13K pula telah menekan butaan share. Rata-rata warganet turut memuji sikap jemaah tabligh ini yang sangat baik dan terpuji akhlaknya.
Nur Hazwani RusliBetol.kak..dorg mmg sgt behave..x byk songeh n siyez x penah menyusahkan..ada sorg adik tu,siap wasap staff yg bertugas..wish selamat mlm n doakan yg baik2 utk semua staff..terharu sgt..wad kite ada sediakan 1 hp utk wasap dgn patient..senang nak berurusan kalau dorg nk mintak bantuan ape2.
Linda LieynnSebaknye baca..nk akhir zmn ni ALLAH tarik manusia yg golongan arif dlm ilmu agama..dowg pn x minta nk kne virus ni
Nurul Aida Zolkifliya allah terharunya baca..sebak n sedih…dorg xmtk pun nk jd cmni..ni sume asbab dr Allah nk uji kite sume…
Semalam merupakan detik bersejarah bagi Malaysia apabila bermulanya pelancaran Pelan Imuninasasi COVID-19 Kebangsaan apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin fasa 1.
Individu kedua menerimanya ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hishm Abdulllah selain beberapa individu dari pelbagai jawatan dan pangkat di mana Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Puan Lina Ibrahim menerima amanah menyuntik barisan pertama penerima vaksin ini.
Namun apa yang mengejutkan, saat YAB PM menerima suntikan vaksin, mereka mempertikaikan warna jaram dari biru kepada oren, bukti seolah-olah PM tidak menerima vaksin tersebut sebaliknya cecair lain disuntik. Malah perkataan LIVE diterbalikkan menjadi EVIL, selain simbol jumlah penonton sebanyak 21.8 k saat YAB PM menerima suntikan sebagai simbol Dajjal? Begitu juga jarak antara Tan Dr Noor Hisham dan Ketua Jururawat yang dianggap sebagai simbol H iaitu Yahudi. Astagfirullahalazim.
.
.
Hal menukar warna jarum suntikan ini mendapat perhatian dari barisan hadapan petugas kesihatan apabila mereka menerangkan kenapa warna jarum berbeza, iaitu halus atau besar dan bukannya bertujuan menipu. Bacalah apa diterangkan doktor perubatan, Doktor Arisman ini agar kita semua tak dipengaruhi perbezaan pemikiran ini.Kata orang kepandaian kita berbeza-beza bidang, semua pihak tahu akan pekerjaan masing-masing.
.
TUKAR “JARUM VAKSIN” SEMASA SUNTIK PM
Ada follower tanya “Betul ke ni doktor, jarum dia berubah?? Ambil ubat pakai warna biru kemudian bila suntik dah tukar warna oren?? Menipu ke? Risau takut info ni mengelirukan masyarakat luar sana.
Terima kasih. Betul. Bagi mereka yang tak tahu, ianya akan sangat mengelirukan. Antivaksin setiap masa akan cuba cari cara dan helah untuk menipu kita dan membenci kepada vaksin.
Baiklah. Keadaan ini memang biasa berlaku. Terutama para ibu bapa yang menemankan bayi kecil mereka suntik di klinik-klinik, mereka selalu nampak keadaan ini. Nurse akan melakukan hal yang sama. Apa dia? Iaitu
Ambil jarum dengan saiz lebih besar untuk menarik masuk ubat dari ampoule/vial vaksin. Kenapa? Sebab lebih cepat dan mudah prosesnya menarik ubat utk masuk ke dalam picagari (syring) dengan cepat.
Ada yang pakai warna biru (saiz 23G), ada yg pakai lebih besar seperti warna hijau (saiz 21G)
Selepas ubat dah masuk dalam picagari (syringe), kemudian nurse/doctor akan tukarkan jarum sahaja kepada saiz yang lebih sesuai iaitu tempat suntikan dan saiz badan individu. Picagari tak akan bertukar ya.
Jika nak suntik pada bahagian punggung orang dewasa yang lebih tebal isi kulit dan lemak, maka doktor akan tukarkan kepada jarum warna biru juga (jarum berbeza dengan jarum yg dipakai pada awalnya) ataupun jarum berwarna hijau.
Jika nak suntik pada bahagian lengan, nak pakai jarum biru pun boleh jika berbadan besar, tetapi kebanyakkan kami akan memilih jarum berwarna oren kecil bersaiz 25G.
Setiap saiz jarum berbeza diameter dan panjangnya. Ini sangat penting dalam memilih jenis suntikan yang diberikan. Begitu juga apabila doktor/nurse ingin mengambil darah pesakit. Ada macam2 warna kan?
Selain itu, antara sebab penting perlu tukar jarum tersebut adalah untuk mengelakkan kontaminasi silang atau cross infection daripada permukaan ampoule/vial kepada kulit dan lapisan bawah kulit.
Ok. Dah boleh stop sebarkan berita tersebut.
Jangan kelirukan masyarakat lagi ye antivaksin. Belajarlah untuk memberi manfaat kepada orang lain, bukan berikan kemudaratan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?