Ada orang dimudahkan rezeki nya dan ada pula sebaliknya. Memang benar, rezeki hak Allah, namun ia tidak akan diperoleh tanpa usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
Rezeki hadir dengan usaha.Selagi kita bernyawa, teruskan lah beramal walau dengan sekecil-kecil perbuatan pun.
Kita tak tahu, mungkin amalan kita yang sebesar zarah itu lah yang menyebabkan pintu rezeki kita dibuka luas oleh Allah.
Datang mencurah-curah sampai kita pun boleh terkedu dan tertanya “Apa lah amalan yang aku dah buat sehingga begini murah rezeki aku?” Seronok kan apabila ini terjadi.
Ia bukan sesuatu yang mustahil; kerana Allah tidak memungkiri janjinya untuk memberi rezeki kepada hambanya yang banyak lakukan amalan baik.
Bercerita tentang rezeki dan amalan sebesar zarah, kita ikuti perkongsian ustaz Ebit Lew, berkenaan perkara ini.
Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.
“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.
“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.
“Tak pernah ustaz,” jawabnya.
“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.
“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.
Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan rancangan televisyen. Ya Allah.
“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah
“Juga makanlah dalam satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.
“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.
“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.
Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.
Artikel berkaitan: Makan Saling Menyuap Belikan Iphone 11 Cara Ebit Lew Hargai Bidadarinya Yang Penat Uruskan Keluarga
Artikel berkaitan: Tabiat Buruk Sekeluarga Di Rumah Penyebab Rezeki Sempit
Sumber: Ustaz Ebit Lew