Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada suara seorang wanita itu aurat ketika solat atau sebaliknya. Bagaimana pula jika mengaminkan bacaan al-Fatihah dengan mengeluarkan suara sepert kaum lelaki lakukan? Entri ini mungkin boleh membantu kemusykilan anda selama ini.
Pada solat jemaah jahriyah (subuh, magrib dan isyak) harus bagi wanita untuk menjaharkan (melantangkan) suara ketika solat bersama mahram mereka. Namun ketika mana mereka solat bersama bukan mahram maka ia hendakhlah dilakukan secara sirr (diam).
Ibnu Qudamah menjelaskan “Seorang wanita melantangkan suaranya ketika solat jahriah. Jika ada lelaki-lelaki asing (bukan mahramnya ) maka dia tidak boleh melantangkan suaranya. Adapun jika yang mendengar adalah lelaki daripada kalangan mahramnya maka dia boleh melantangkan suaranya.” (al-Mughni: 2/202)
Ads
Dalam kitab al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah pada bab bacaan jahar dan sir dalam solat wanita telah dinukilkan bahawa Imam Nawawi berkata :
Ads
“Ada pun wanita maka berkata kebanyakan ulama Shafieyah – apabila dia solat bersendirian tanpa ada orang lain atau bersamanya kaum wanita atau lelaki mahramnya, hendaklah dia melantangkan suara (jahar), sama ada bersendirian atau berjemaah sesama kaum wanita. Ada pun jika solat bersama lelaki ajnabi (bukan mahramnya) maka hendaklah mendiamkan bacaan (sirr)”. (al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah: 1/255, Dr Abd. Karim Zaidan)
Ads
Maka dapat difahami bahawa wanita tidak boleh melantangkan bacaan ketika solat bersama bukan mahram sama ada ketika dia menjadi imam, makmum atau bersendirian.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Disunatkan kepada kita untuk melakukan solat sunat istikharah jika ingin melakukan sesuatu yang diharuskan oleh syarak. Apabila ingin melakukan solat sunat istikharah, hendaklah dipastikan hati dan jiwa tidak memihak atau berharap kepada sesuatu atau seseorang melainkan hanya mengharapkan petunjuk daripada Allah SWT semata-mata.
Asal bagi perkataan istikharah ialah daripada perkataan خير yang membawa makna kebaikan. Penambahan huruf Alif, Sin dan Ta’ menambah lagi maknanya. استخار membawa makna memohon pilihan. Inilah yang dinyatakan oleh Ibnu Munzir di dalam Lisan al-Arab.
Berkenaan dengan solat istikharah, ia adalah di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw. Ini berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah :
Maksudnya:” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda: sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda: Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”
Riwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383). Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf Hasan Sohih Ghorib’
Sheikh Abdurrahman al-Mubarakfuri menyatakan yang dimaksudkan dengan istikharah di dalam hadis ini ialah solat istikharah. Kata beliau lagi bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa tidak harus bagi seseorang memperkecilkan apa-apa perkara walaupun ianya nampak remeh. Lalu dia meninggalkan istikharah. Berkemungkinan perkara yang diremehkannya itu nanti pada masa akan datang menjadi mudarat baginya.
Ini membawa erti bahawa solat istikharah adalah satu cara memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapi. Ianya adalah satu sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw kepada umatnya.
Hukum solat isktikharah adalah sunat. Bagi sesiapa yang ada hajat atau ingin memohon petunjuk tentang satu perkara yang ingin dilakukannya maka disunatkan kepadanya solat dua rakaat dan berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi saw sepertimana yang terkandung di dalam hadis riwayat Jabir. Sehinggakan al-Aini di dalam Umdah al-Qari menyatakan jika ingin memilih tali kasut pun perlu untuk memohon petunjuk Allah melalui solat istikharah.
Imam al-Nawawi menyatakan kaifiatnya adalah seperti berikut:
1. Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah harus membaca surah al-Kafirun
2. Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah harus membaca surah al-Ikhlas.
3. Berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat maghrib mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Manusia pertama yang menunaikan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. Ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya.
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Waktu maghrib sangat singkat masanya maka sebab itulah harus segera ditunaikan sama ada berseorangan mahupun berjemaah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu. Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.
Oleh itu sujud ini yang dilakukan di penghujung solat akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut. Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.
Hukum sujud sahwi adalah sunat. Jika terlupa melakukan sujud sahwi, hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:
عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.” (Surah al-Maidah: 95)
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...