
Dalam kita menyempurnakan solat, perlu ada 13 rukun tertib yang perlu dibuat. Dan jika tertinggal salah satu daripadanya solat kita boleh jadi tidak sah.
Namun begitu sebenarnya jika melakukan tertib iaitu sujud dalam rakaat terakhir jangan lupa untuk membacakan doa ini.
Ini kerana dikatakan manfaat membaca doa ini ketika sujud terakhir dalam solat amatlah luar biasa.

Dalam satu perkongsian ada memberitahu mengenai perkara ini.
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika
Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.
Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
SUMBER: FACEBOOK
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ibu Dah Lama Pergi Bertemu Ilahi, Tapi Pesanannya Bab Uruskan Rumah Jadikan Dia Wanita Hebat

Ibu adalah insan yang sangat mulia. Melahirkan, membesar dan mendidik kita menjadi manusia berguna.
Ketahuilah betapa rindunya seseorang itu jika ibu yang dikasihi sudah tiada meninggalkan kita selamanya di alam fana ni.
Ketika itu hanya amalan serta ajaran mulia yang ditinggalkan akan kita diingati sampai bila-bila.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook Nurlia Mohd Nor yang menceritakan tentang beberapa perkara serta contoh teladan yang baik dalam bab penjagaan dan mengurskan rumah yang telah diajar oleh arwah ibunya.
Menurutnya ilmu uruskan rumah sebagai seorang wanita yang diajar ini memberi kesan positif pada dirinya kerana telah dididik dengan perkara yang baik dan dijadikan amalan apabila sudah dewasa.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang meraih lebih 5 ribu butang like dan 6 ribu share di laman sosial.
Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi..
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
Al fatihah Mak..
*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..

Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham.
Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini.
Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mimpi Dipatuk Ular, Bakal Dipinang Atau Terkena Sihir?

Dari kecil lagi kita biasa dengar orang kata kalau mimpi dipatuk ular maknanya kita bakal dipinang. Mungkin tafsiran ini sekadar untuk menyedapkan hati. Manakan tidak, ular adalah haiwan berbisa yang ditakuti, jika secara logik sepatutnya tafsiran itu adalah negatif. Wallahu ‘Alam.
Untuk kupasan lanjut berkenan tafsiran mimpi ular ini, penjelasan ustaz Syarhan Syafie dalam slot rancangan TV9 telah dapat merungkai persoalan.
Artikel berkaitan: Terjaga Tengah Malam Disebabkan Mimpi Buruk, Bacalah Doa Ini InsyaAllah Terhindar Dari Gangguan Jahat
Artikel berkaitan: Ikut Nasihat Rasulullah Ini Jika Alami Mimpi Ngeri Bertemu Binatang Buas.
Menurutnya, mimpi ular boleh jadi sama ada dipatuk, dibelit atau sedang bermain dengannya. Dalam kitab Fi Tafsirrul ahlam oleh Ibnu Sirrin ada menerangkan secara mendalam tentang hal ini.
Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita. Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.
Secara keseluruhannya, ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia. Tidak hairanlah Allah akan hadirkan seekor ular besar lagi berbisa bernama Sakhar untuk melilit dan mematahkan tulang-temulang orang yang tidak bersolat.
Oleh itu, jika anda bermimpi ular, maka segeralah dirawat jiwa itu. Hanya manusia yang tenang jiwanya dan sentiasa amalkan bacaan ayat suci al-Quran sahaja akan mendapat mimpi yang baik.
Apa pun juga mimpi kita, eloklah kita sentiasa memperbaiki kualiti ibadat kita. Ia dapat membantu memberi ketenangan jiwa.
Jangan lah taksub atau percayakan dengan ramalan-ramalan yang tidak tahu dari mana datangnya maklumat itu. Takut-takut kerana percayakan mainan tidur, akidah kita pula terjejas. Kena hentikan serta merta kepercayaan kepada tafsiran ini.
Tafsiran Islam:
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semuanya dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya ia bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.
Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan ia baginda menjadi kenyataan.
Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku.” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya.” Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.
Mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentaqbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama.
Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsirannya tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana mentafsir bukan lah senang.
Kashoorga: Apa pun juga, jika ia mimpi yang indah, bersyukur lah kerana ia datang daripada Allah dan jika ia buruk, itu adalah mainan syaitan, dan kita perlu bersegera bangun mengucapkan taa’awuz dan solat sunat.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Style Tudung Masuk Dalam Baju. ‘Hukum Tetap Hukum, Jangan Sampai Berhijab Tapi Berdosa.’

Isi Kandungan
ToggleStyle tudung masuk dalam baju. ‘Hukum tetap hukum, jangan sampai berhijab tapi berdosa.’ Sebenarnya memang disuruh wanita melabuhkan tudung baik menutup bahagian dada.
Namun kadangkala disebabkan tuntutan kerja dan tugas, wanita terpaksa bertudung mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh majikan atau syarikat.
Artikel Berkaitan : Wanita Wajib Menutup Aurat, Inilah Surah-Surah Dalam Al-Quran Yang Menjelaskannya
Style Tudung Masuk Dalam Baju
Biarpun perkara ini adalah isu lapuk tetapi hukum tetaplah hukum. Ikuti perkongsian video Dai’ Fuad Mokhtar dan hadam baik-baik penerangannya:
@daifuadmokhtar Suami kena dengar elok-elok, Isteri kena faham molek molek. Usahalah sebaiknya semoga Allah redho. btw apa pandangan kalian isu ni? komen di bawah #buatsebabAllah ♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE
Apa hukumnya orang perempuan pakai tudung tapi masukkan tudung dalam baju dia terutama perempuan yang kerja dalam unit beruniform. Boleh ke tak boleh ni ustaz?
Hukum Tetap Hukum
Dengar baik-baik, dalam surah Al-Ahzab ayat 9 ada disebut,
‘Orang perempuan yang beriman panjangkanlah jilbab mereka bagi menutup bahagian depan (dada) mereka itu adalah keuatamaannya.’
Kadang-kadang sebagai contoh PDRM (Polis Diraja Malaysia), imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia), bila bertudung labuh mengganggu tugas-tugas rutin mereka.
Sebagai contoh, bila nak kejar penjenayah mungkin nanti penjenayah nak tarik tudung dia menyebabkan dia sukar melakukan pekerjaan di situ.
Begitu juga nurse, mungkin juga kurang selesa bila bertudung labuh dan mungkin perlu lebih cepat untuk dia melakukan rawatan.
Agama lebih penting, namun sebab-sebab ini agak munasabah.
Jangan Sampai Berhijab Tapi Berdosa
Di sini bertembung dua perkara iaitu tuntutan agama dan juga tuntutan pekerjaan. Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, ambil saja jalan tengah.
Bolehlah nak masukkan dekat dalam baju tapi dengan syarat baju uniform perlu dilonggarkan sampai tak nampak bentuk badan hadapan (dada) wanita tersebut.
Itu adalah pandangan yang lebih selamat. Namun pandangan yang paling afdal dan tepat, ba gi perempuan yan g memakai tudung letaklah dekat luar, bincang balik dengan majikan kalau boleh.
Isu sudah lama di Malaysia, kita susah nak ubah. Jom mula ubah sikit dengan longgarkan pakaian uniform perempuan.
Di akhir video, Dai’ Fuad mendoakan, “Semoga ada sinar unit beruniform dapat tutup aurat dengan lebih sempurna. Amin.’
Baca Di Sini:
Maruah Wanita, Syariat Allah Bukan Isu Main-Main, Budaya Prank Tarik Tudung Terima Kecaman Ramai
Kashoorga: Semoga isu ini mendapat perhatian orang atasan seterusnya memberi kelonggaran kepada staf wanita yang terikat dengan tuntutan kerja.
Sumber: TikTok Dai’ Fuad Mokhtar
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI