Setiap ibu bapa yang dikurniakan anak, mengharapkan agar zuriat dilahirkan sempurna dari segi fizikal dan mental. Namun kita hanya merancang dan hanya Dia yang menentukan segala-galanya.
Namun yang tidak sempurna itu tidak bermakna mereka tidak tahu segala-galanya. Malah ada yang dikurniakan kelebihan oleh Allah dengan diterangkan hati mereka untuk menghafal ayat Al-Quran biarpun diri serba kekurangan.
Seperti perkongsian wanita ini yang juga seorang ibu, Mastura Mohd Seni, 32 tahun yang mana viral kisah anaknya penghidap Autisme mengalunkan surah Al-Fatihah hingga membuatkan warganet kagum dengan kehebatannya.
Dalam video yang berdurasi 30 minit dikongsi oleh ibunya menerusi laman sosial Facebook, Mas Mawar, anak istimewa, Muhammad Ammar Mursyid Mohd Azwa minat membaca surah dalam al-Quran.
Mastura ketika di hubungi Sinar Harian berkata, anaknya, Muhammad Ammar, mula menunjukkan minat membaca ayat-ayat al-Quran.
Mastura berkata, dia bukan sahaja kagum dengan anaknya malah terharu dengan perkembangannya yang bersungguh-sungguh mengenal kitab ALLAH.
“Selain surah al-Fatihah, anak saya juga boleh membaca surah An-Nas dan Asma ul Husna serta boleh mengalunkan azan tapi dalam ‘bahasa’ dia namun kadang-kadang ada yang betul ayat-ayat yang dibaca olehnya.
“Dia tidak dapat membaca namun dia suka mendengar surah-surah yang saya pasang. Saya dan suami memang dah nampak kelebihan dia,” katanya.
Suri rumah itu berkata, walaupun anak merupakan seorang anak istimewa namun dia tetap memberi pendidikan awal seperti kanak-kanak lain.
“Dia sekolah juga di taska tapi dia tak macam budak normal yang boleh duduk dan fokus, dia akan mendengar sahaja namun dia akan mengambil buku muqadam apabila berseorangan.
“Anak saya juga akan mencari balik surah-surah atau azan yang dia dengar untuk dia membacanya semula. Dia akan baca mengikut ‘bahasa’ dia tetapi kadang-kadang ada yang betul ayat-ayatnya,” katanya.
Perkongsian anak istimewa ini dimuat naik oleh Facebook Kumpulan Autisme Malaysia dengan kapsyen memberitahu
“Doakan anak saya boleh berkomunikasi. Berminat sangat dengan ayat-ayat al-Quran, anak autisme masuk lima tahun,”
https://www.facebook.com/mas.mawar.7/videos/2739410486121332/?t=15
Ternyata perkongsian ini mendapat reaksi positif dari warganet. Masing-masing kagum dengan semangat Muhammad Ammar yang bersungguh-sungguh menyebut membaca dan mempelajari ayat al-Quran walaupun dirinya berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).
Rata-rata memberi komen di Sinar Harian sangat membina dan boleh dijadikan teladan dengan sikap anak istimewa ini.
Ni Mur Alhamdulillah bagus . Setiap individu adalah unik, ada keistimewaan nya
Azizi Rahim Semoga Adik menjadi Hafiz Al Quran 30 Juzuk…..
Rukman Salleh Che Awang Jadi teladan utk semua
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI