Subhanallah! Pelajar Malaysia Di Mesir Hidap Meningitis, ‘Tunggu’ Emak & Ayah Saat Akhir Sebelum Dijemput Ilahi

Share

Mati itu adalah pasti, tetapi kita tidak tahu bila masanya. Hanya Allah yang tahu bila waktunya akan sampai untuk bertemu penciptaNya.

Kalau boleh kita mahu jenazah insan disayangi kebumikan di sini agar mudah untuk menziarahi kelak.

Namun tidak bagi keluarga seorang pelajar Malaysia di Mesir yang disahkan meninggal dunia kerana masalah meningitis.

Artikel Berkaitan: “Masa Diisi Dengan Baca Al-Quran, Zikir & Solat Jemaah” – Jururawat Kongsi Amalan Pelajar Tahfiz Sepanjang Di Wad COVID-19

Sebelum itu, arwah disyaki dijangkiti Covid-19, tetapi setelah melalui pemeriksaan, keputusannya adalah negatif.

Foto Kredit: Sinar Harian

Walaupun begitu, arwah yag menuntut di Alexandria University Mesir berkesempatan bertemu ibu dan ayahnya di saat akhir, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.30 pagi waktu tempatan 27 November lalu di Hospital Iskandariah.

Siti Aishah Mohd Dani, 20, yang merupakan tahun ketiga jurusan perubatan pergigian sebelum itu menerima rawatan selama sembilan hari selepas disahkan menghidap meningitis iaitu jangkitan kuman dalam otak.

Menurut abangnya, Muhammad Afiq, 29, berkata, Siti Aishah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik sebelum itu disyaki dijangkiti Covid-19 namun selepas menjalani kuarantin dan beberapa siri ujian, adiknya disahkan negatif.

Namun, katanya, Siti Aishah kemudiannya mengadu sakit dada dan pening kepala sebelum rakan menghantarnya ke hospital.

Artikel Berkaitan: Tak Pernah ‘Skip’ Puasa Sunat Isnin & Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Tambahnya lagi ayah mereka, Mohd Dani Md Ali, 59, dan ibu, Nabiha Omar, 56, ditemani dua adik lelakinya berlepas ke Kaherah, Mesir pada awal pagi 26 November lalu dan sempat bertemu dengan Siti Aishah pada sebelah petang.

“Doktor memaklumkan pada pagi Khamis, Siti Aishah berdepan dengan serangan jantung tetapi kembali stabil selepas diberikan rawatan kecemasan.

“Walaupun tidak sedar, adik saya tetap kuat mungkin untuk menunggu ketibaan ibu dan ayah. Alhamdulillah ibu dan ayah sempat jumpa walaupun sebelum itu doktor memaklumkan tiada harapan lagi buatnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kredit Foto: Sinar Harian

Muhammad Afiq berkata, jenazah Siti Aishah dikebumikan di Perkuburan El Manara, Iskandariah Mesir.

Bercerita mengenai peribadi satu-satunya adik perempuan dalam keluarganya, Muhammad Afiq berkata, Siti Aishah merupakan seorang pelajar yang cemerlang.

“Di universiti juga, dia merupakan antara pelajar yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang. Dia juga merupakan adik kesayangan kami kerana dialah satu-satunya adik perempuan yang kami ada.

“Kami reda dengan apa yang berlaku. Saya bersyukur, ibu dan ayah dapat bertemu dengan Siti Aishah sebelum dia dikebumikan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE

Artikel Berkaitan: “Kehidupan Mereka Sangat ‘Humble’ & Islami “- Rahsia Kejayaan Gadis Yang Raih 7 Kali Anugerah Diraja

Published by
Siti Zurina Mat Saman