Tanggal 17 September lalu menjadi tanggal penuh bersejarah buat keluarga ini apabila menerima kehadiran Islam sebagai agama baru mereka. Siapa sangka hidayah Allah itu akhirnya jadi milik insan yang memang dikehendakiNya.
Jika memang itu yang sudah tertulis di lukh mahfuz, siapa kita mahu menolaknya. Beruntungnya keluarga ini apabila mereka sekeluarga dengan rela hati menerima Islam sebagai agama baru.
Dalam satu posting di muat naik di Facebook Muallaf Rawang memberitahu pengislaman Muhammad Khalid Marcus Wong dan keluarganya ini telah dilakukan di Pejabat Agama Selayang.
Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat kepada semua rakan muka buku.. #Throwback
Admin ingin merakamkan tahniah kepada saudara baru Muhamad Khalid Marcus Wong Dan sekeluarga kerana telah kembali ke agama fitrah, ISLAM .
Beliau Dan sekeluarga yg lahir dalam keluarga bukan Islam begitu tertarik Dan tercari2 akan pengertian Islam dalam agama.
Ads
Beliau tidak pernah lekang untuk mengikuti page muallaf rawang untuk mendapat lanjutan aktiviti2 yg muallaf lakukan Dan ikuti.
Alhamdulillah, pada tangga 17 September, 2019, beliau sekeluarga nekad Dan telah mengambil keputusan untuk mendekatkan diri kepada Islam sekaligus melafazkan dua kalimah syahadah. Dengan bantuan ustaz Amir Ng, beliau sekeluarga telah melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat agama Selayang.
Semoga beliau sekeluarga dirahmati Dan diberkati Allah. Terus kan perjuangan Dan sentiasa beristiqomah ke arah kebaikan Dan Jalan diredhai Allah SWT.
Ads
Insha allah.. Amin
Netizen yang turut mengikuti page ini juga turut mengucapkan tahniah atas pengislaman keluarga ini yang dianggap beruntung kerana menerima hidayah Allah Maha Besar.
Mohamad ZunaidiAlhamdulillah..semoga Allah memberkati kita semua
Tular ketika ini apabila seorang influencer wanita muslim bagai dirasuk; mengejek dan hina makhluk ciptaan Allah Yang Maha Esa hingga sanggup menyamakannya dengan khinzir!
Tanpa ada rasa malu, wanita ini tidak sedar bahawa setiap tutur kejian dan hinaan yang dikeluarkannya akan dihisab Allah di akhirat kelak.
Ini cukup menakutkan apatah lagi ia dizahirkan dalam keadaan amarah yang meluap-luap. Jika undang-undang dunia tidak dihormati, apatah lagi undang-undang agama.
Bertepatan dengan situasi semasa dan ramai pernah terlanjur mengeluarkan kata-kata mengguris hati dengan mengejek, menghina dan memperlekeh penampilan orang lain (body shaming) Kashoorga ingin menyedarkan bahawa perbuatan ini perlu dihentikan serta merta.
Video tular tersebut telah mendapat reaksi netizen yang rata-rata tidak suka dengan cara influencer tersebut. Dan ada antaranya mencadangkan wanita yang dimalukan itu tampil buat laporan dan tindakan undang-undang.
Budaya ini perlu ditegur agar tidak melarat. Ini bukanlah gaya hidup Islam yang sebenar. Kita tidak mahu generasi akan datang mewarisi sifat menghina bentuk fizikal ciptaan Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah;
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim“(QS. Al Hujuraat :11)
Jagalah lisan kita sehabis baik, kerana ia lebih tajam daripada mata pedang. Menghina, mencerca, mengejek dan meremehkan orang lain samada rupa parasnya, bentuk fizikalnya, warna kulitnya, pertuturannya dan lain-lain kekurangan adalah dilarang dalam Islam.
Perbuatan kita itu adalah sama dengan kita mengejek Allah yang menciptakan. Simpan dalam hati jika marah sekalipun. Tidak takutkah kita?
Ketika terjadi perkelahian antara Abu Dzar al Ghiffari dan Bilal bin Rabah, terkeluarlah dari mulut Abu Dzar perkataan
“Wahai anak wanita hitam”, maka Rasulullah sangat marah terhadap ucapan itu.
Baginda mengecam dengan keras Abu Dzar dengan tingkah yang sangat menakutkan. Sabda baginda:
“Hai Abu Dzar, telah dikurangi takaran! Tidak ada keutamaan bagi anak wanita berkulit putih atas anak wanita yang berkulit hitam!” [HR Ibnul Mubarak]
Nabi SAW juga pernah bersabda kepada Abu Dzar, “Lihatlah, engkau tidaklah akan baik dari orang yang berkulit merah atau berkulit hitam sampai engkau mengungguli mereka dengan takwa” [HR Ahmad]
Larangan mencerca dan menghina juga cukup banyak di dalam al Quran
“Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik “(QS. Al Hujuraat 11)
(Orang-orang munafik itu) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih” (QS. At Taubah : 79).
Jelas al-Quran dan hadis melarang perbuatan terkutuk ini. Janganlah jadikannya bahan jenaka atau lawak sehingga kita mengaibkan orang lain. Jika kita menjaga aib orang, Allah akan menjaga aib kita.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda
“Cukuplah seseorang berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim.” (HR. Muslim)
Mudah-mudahan Allah Ta’ala senantiasa menjaga lisan dan perbuatan kita dari mencela dan merendahkan orang lain.
Kashoorga: Ingatlah satu perkara, siapa kita insan hina dari segumpal darah sanggup mengejek kejadian Allah yang menciptakan kita?
Bertaubatlah segera. Marah macam mana sekali pun, merakam video ditambah pula menularkannya dengan memperlekehkan fizikal orang lain adalah satu dosa. Ia tidak lucu malah ia sesuatu yang menyedihkan. Hati sakit, dosa pun dapat.
Segalanya pasti atas izin dari-Nya. Kun fa yakun (jadi, maka jadilah ia).
Hari ini media sosial melaporkan enam tahanan berjaya melarikan diri dari dari penjara Gilboa yang dianggap terketat di dunia milik Israel. Ia dianggap sebagai insiden “mencemar maruah” Isreal hingga berita ini cuba dipadamkan dari berita mereka.
Malah satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin, Nadir Al Nuri turut berkongsi berita ini di instagramnya @nadialnuri dan meminta umat Islam terus berdoa untuk kesejahteraan enam rakyat Palestin ini yang diketahui sejak dulu lagi ditindas dan tidak diberikan perbicaraan yang adil.
Tulis Nadir Al-Nuri:-
6 orang tahanan Palestin dalam penjara penjajah ‘Jalbu’ berjaya melarikan diri melalui sebuah lubang yang digali di dalam bilik air.
Berita awal mengatakan mereka mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut. Mereka juga dikatakan telah berjaya sampai ke Jenin dan kegiatan mencari mereka sangat sukar memandangkan Jenin adalah kawasan diduduki penduduk Palestin dan terkenal dengan sikap berani bangkit.
Sehingga kini jejak mereka masih belum dapat dikesan. Jangan lupa solat sunat hajat untuk pastikan mereka terus selamat dan banyakkan membaca
وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
Semoga Allah menjadikan engkau duhai penjajah tidak melihat!
Dalam pada itu, Sinar Harian memaklumkan, tahap kawalan keselamatan yang lemah disyaki menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel pada Isnin.
Lapor The Jerusalem Post, siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal melakukan pemeriksaan rutin sehingga memberi peluang kepada semua tahanan terbabit menggali lubang di sel mereka dalam usaha meloloskan diri.
Malah, pihak penjara gagal menghidu rancangan awal tahanan terbabit yang sebelum itu membuat permohonan untuk ditempatkan dalam sel yang sama.
Siasatan lanjut juga mendapati, pelan rekaan Penjara Gilboa dapat diakses dengan mudah di internet, namun sejak insiden itu laman web berkenaan telah ditutup.
Sementara itu portal berita Ynet melaporkan, kehilangan keenam-enam tahanan terbabit hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas mereka bertindak meloloskan diri.
Difahamkan, tahanan terbabit meloloskan diri sekitar jam 1.30 pagi (waktu tempatan).
Terdahulu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omar Bar Lev berkata Penjara Gilboa dibina di atas tanah berpasir menjadikan kerja-kerja menggali lubang lebih mudah.
Pegawai penjara meneliti lubang yang dikorek di tandas sel yang menempatkan keenam-enam tahanan warga Palestin terbabit.
Dalam insiden yang memalukan sistem penjara Israel pada Isnin, enam warga Palestin yang dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
SEMPENA Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, baginda menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya akan terus mengekalkan kemakmuran dan perpaduan yang telah dikecapi bersama selama ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah juga mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terbuka hati untuk bersatu memikul peranan membantu kerajaan menjayakan usaha-usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negara yang dicintai bersama.
Beliau berkata, Seri Paduka turut menyeru rakyat terus bersabar dan berdisplin dengan tatacara serta amalan kebiasaan baharu dan mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha membanteras dan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi terhadap komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para petugas keselamatan dan barisan hadapan dalam memerangi wabak ini.
“Al-Sultan Abdullah mendoakan agar Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman, dirahmati dan diberkati serta dikurniakan dengan kemakmuran dan perpaduan yang berkekalan,” katanya, dalam kenyataan hari ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?