Mustahil kita tidak tahu apa itu wuduk. Mengambil wuduk tidak kira lah untuk mendirikan solat atau ibadah lainnya, mempunyai 1001 kelebihan atau fadilat.

Munurut Muhammad Kamil Abd al-Somad, dalam bukunya al-I’jaz al-Ilmi fi al-Islam wa al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan, manfaat dalam wuduk sangat besar untuk tubuh badan manusia.

Mula daripada membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, kemudian membasuh kaki hingga buku lali.

Apa yang Allah perintahkan sebenarnya mempunyai rahsia besar tersembunyi di sebaliknya. Para pakar kesihatan turut memperakui kelebihan berwuduk ini dan menganjurkan agar membersihkan kaki, mulut dan muka sebelum tidur.

Artikel berkaitan: Adakah Batal Wuduk Jika Termuntah? Ini Penjelasannya

Artikel berkaitan: Setiap Kali Berwuduk 5 Kali Sehari, Saya Amalkan Doa-Doa Ini  Rahsia Kecantikan Luar  Dalam Hajah Fouziah Gous

Dalam Islam, kelebihan berwuduk tidak semata-mata untuk membersihkan anggota supaya bersih dan kelihatan cantik, hakikat yang lebih besar ialah berwuduk mempunyai nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah.

Subhanallah, Wuduk Jadikan Wajah Kita Bercahaya & Pintu-Pintu Syurga Terbuka

IKLAN

Kelebihan Berwuduk

Tanda orang beriman

Apabila berwuduk bermakna kita mementingkan kebersihan diri. Bersih adalah sebahagian daripada iman. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi SAW bersabda:

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…” (H/R. Muslim, no. 223)

Terhapusnya Dosa-Dosa Kecil

Fadilat ini sepatutnya direbut oleh kita. Bayangkan seharian kita pasti tidak lepas melakukan dosa-dosa kecil, maka perlu ada usaha mensucikan.

Dalam hal ini, mengambil wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimNya solat tetapi ia juga menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.

Rasulullah SAW bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148)

“Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad, 5/252.)

IKLAN

Subhanallah, Wuduk Jadikan Wajah Kita Bercahaya & Pintu-Pintu Syurga Terbuka

Mengangkat Darjat Kita

Kita sibuk ingin menaikkan darjat di mata manusia, namun tahukah kita bahawa lebih mulia lagi jika kita naikkan darjat di sisi Allah dengan cara yang disukaiNya iaitu berwuduk.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Suka kah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda SAW pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)

Terbukanya Pintu-pintu Syurga

Subhanallah, hanya dengan berwuduk, kita sedang menuju ke pintu syurga Allah. Siapa yang meremehkan hal ini adalah dari golongan yang rugi.

IKLAN

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, no: 234),

Wajah Bercahaya Di Akhirat

Setiap anggota badan kita yang terkena air wuduk bakal bercahaya terang akhirat nanti.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” (H/R. Muslim, no: 250)

Membuka Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah SAW
memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda SAW:

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwuduk pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)

Subhanallah, Wuduk Jadikan Wajah Kita Bercahaya & Pintu-Pintu Syurga Terbuka

Kashoorga: Subhanallah, betapa besarnya nikmat berwuduk, bukan sahaja dari sudut kesihatan malah juga mampu mendapat redha Allah. Maka sentiasalah pastikan kita berada dalam keadaan berwuduk. Semoga kita istikomah selepas ini.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI