‘Sudahlah menghafal Al-Quran, tulisan pun cantik.’ Bakal doktor Al-Hafizah terima 2 anugerah JAKIM.
Menurut Imam Abdul Abbas dalam kitab As Syafi, hukum menghafal Al Quran merupakan fardhu kifayah yaitu kewajiban yang harus dilakukan oleh sebahagian muslim.
Artikel Berkaitan:
Apabila telah ada sebahagian daripada kita yang menghafal Al Quran maka kewajiban tersebut gugur. Sedangkan apabila tidak ada seorang pun yang menghafal maka berdosa seluruhnya.
Namun begitu tentu ramai yang mempunyai impian menguasai al-Quran bukan?
Sesungguhnya mereka yang mendalami hafazan al-Quran, mereka tidak hanya semata-mata menghafal 30 juzuk, aspek tajwid dan bacaan serta penulisan al-Quran Tahriri mengikut Resm Uthmani adalah salah satu perkara penting bagi menjamin kualiti hafazan al-Quran.
Sudah tentu menghasilkan naskhah kitab suci itu dalam tulisan tangan itu bukan mudah. Bukan sahaja memerlukan usaha, dalam masa yang sama kekemasan dan betul ayat-ayatnya perlu diambil kira.
Anis Aqila Abdul Rahman yang merupakan bakal doktor wanita, telah membuktikan kemampuannya. baru-baru ini dirinya telah meraih dua anugerah daripada program Pensijilan Tahfiz Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Anis Aqila bercita-cita untuk menjadi pakar psikiatri adalah pelajar tahun keempat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di MSU International Medical School telah menerima Anugerah Tahriri iaitu penulisan ayat-ayat al-Quran.
Bakat luar biasa yang dianugerahkan Allah pada Anis Aqila telah menjadi inspirasi. Selain menghafal, dia juga mampu menulisnya dengan kemas dan betul.
.
“Al-Quran selamanya sebaik-baik kawan, peneman, benteng perisai daripada panahan ujian, pelerai tekanan serta ubat ketenangan biarpun dunia sedang berantakan,” kongsinya di facebook.
Anis Aqila yang menyelesaikan hafalannya kali pertama ketika di Tingkatan Dua menerima anugerah kategori tahriri bersama dua lagi pelajar daripada Univeristi Islam Antarabangsa dan Instistut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Tahniah Anis Aqila! Hebat orangnya, lagi hebat didikan ibu dan ayahnya. Masyallah!
Sumber: Facebook Anis Aqila, MSU, Sinar Plus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.