Pasangan pengantin baharu cantik sejoli sepatutnya sedar bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua.Pasangan pengantin baharu ini juga akan lalui pelbagai dugaan sepanjang melayari bahtera. Masa bercinta memang semua indah bagi pasangan pengantin baharu.
Ketahuilah wahai pengantin baharu, apabila telah berkahwin, barulah tahu perangai sebenar pasangan. Jangan sampai merasakan perkahwinan itu satu kesilapan!
Apa kata kita kenal pasti setiap fasa daripada pakar kaunselor perkahwinan terkenal, hajah Aniz haji Anwar.
Menurut beliau dalam hantaran di laman sesawangnya, semenjak kebelakangan ini, dia menerima banyak kes pasangan yang berhadapan dengan konflik perkahwinan pada usia perkahwinan sekitar 2 hingga 10 tahun. Tempoh 10 tahun pertama ini adalah antara fasa yang paling mencabar.
Fasa paling sweet; semuanya nampak indah-indah dan molek, cantik lagi kacak belaka.
Tibalah saat dunia realiti mengambil tempat warna sebenar pasangan, hobinya, habitnya, keluarganya, pengurusan kewangan, kerjaya dan pelbagai lagi kenyataan hidup yang perlu dihadapi.
Semua perlu ditangani bersama dengan kematangan, toleransi, kerjasama dan pengertian yang pastinya tidak mampu dikuasai sepenuhnya dalam masa yang singkat. Maka tidaklah menghairan jika ramai di kalangan pasangan cenderung untuk terperangkap di fasa berikut ini.
Pertembungan nilai, hobi, keseronokan, habit, keutamaan dan sebagainya boleh menyebabkan pertengkaran dan perselisihan timbul.
Bagaimana cara bijak untuk mengatasinya? Adakan perbincangan secara matang, diplomasi, penuh kasih sayang agar tiada hati yang terguris.
Dirikan lah solat sunat dua rakaat terlebih dahulu dengan memohon pertolongan Allah SWT. Jangan sombong dengan Allah kerana ia tidak elok untuk keharmonian dan kelangsungan perkahwinan.
Menurut pakar, fasa ini merupakan satu fasa yang sukar dielakkan bahkan kematangan serta keterbukaan pasangan untuk saling belajar dan sama-sama melaluinya akan membawa mereka menguasai “the art of good fight“ yang seterusnya dapat membantu penyesuaian untuk peringkat seterusnya.
Apapun berhati-hati kerana kegagalan pasangan mengharungi fasa ini dikenal pasti antara punca terjadinya isu-isu seperti kecurangan, outlandish spending, berjauhan dan seumpamanya sebagai satu escapism untuk lari daripada masalah.
Melewati masa hubungan terus terjalin dengan pelbagai warna dan ragam yang ditempuhi bersama. Pastinya ianya juga secara tidak langsung turut mengundang bersama cabaran-cabaran baru seperti kerjaya yang berkembang, anak semakin bertambah, rumah semakin besar dan komitmen semakin meningkat.
Pada fasa ini, pasangan seharusnya semakin matang dan bijaksana untuk sama-sama saling bertoleransi menguruskan keluarga, kewangan, kebajikan , kerjaya dan seumpamanya.
Kejujuran, ketelusan, keikhlasan untuk saling berbagi juga saling menguatkan antara satu sama lain amat diperlukan.
Jika wujud masalah bukan bertindak secara individu dan memandang sebagai musuh tetapi kerjasama. Jika gagal, risikonya sangat tinggi di kemudian hari lebih-lebih lagi apabila lelah, putus asa dan tawar hati sudah mengambil tempatnya.
Artikel berkaitan: Dirai Bak Pengantin Baharu, ‘Sweetnya’ Anniversary Ke 50 Pasangan Warga Emas Ini
Artikel berkaitan: Lelaki Yang Berniat Nak Kahwin, Jangan Bawak Perangai Bujang. Ubah 5 Tabiat Ini Terutamanya Bab Solat!
Fasa ini lazimnya tiba selepas 10 hingga 20 tahun berlalunya Fasa Kerjasama tamat bilamana anak-anak sudah membesar, menamatkan pengajian dan memulakan kehidupan mereka sendiri iaitu komitmen sebagai induk keluarga semakin berkurangan.
Ketika inilah pasangan dikatakan mempunyai ruang yang lebih luas dan selesa untuk kembali menghidup dan meraikan cinta alam perkahwinan. Masa untuk menghargai satu sama lain seperti baharu berkahwin.
Fasa inilah dijangkakan boleh kita beribadah dengan lebih tenang dan fokus, sama-sama menghadiri majlis ilmu, menunaikan haji dan umrah, melancong ke luar negara dan seumpamanya.
Bagaimanapun tidak dinafikan fasa ini juga tidak terlepas daripada ujian yang tidak dijangka contoh sekiranya pasangan yang berkahwin dengan jurang usia yang agak jauh barangkali akan diuji dengan isu kesihatan, harapan dan peranan yang perlu dilakukan dalam memenuhi tuntutan lain yang sewaktu dengannya seperti kerjaya, keluarga dan lain-lain.
Tidak dinafikan jalan cerita dan garis takdir setiap dari kita ada kisah dan cabaran yang tersendiri. Pada fasa ini ada ketikanya pasangan diuji berhadapan dengan masalah kewangan, kesihatan yang kronik, jatuh bangun kerjaya atau perniagaan, kehilangan insan tercinta seperti orang tua, perebutan harta dan pertelingkahan adik beradik.
Semua ini menuntut kekuatan semangat dan keyakinan juga pengorbanan serta kasih sayang untuk saling menguatkan antara satu sama lain.
Namun tidak semua daripada kita mampu bertahan sehingga ke hujung nyawa hidup bersama.
Ada ketikanya di penghujung usia ada di kalangan pasangan yang memilih jalan perceraian khususnya yang sarat membawa bebanan emosi, kekecewaan dan kesakitan sepanjang perkahwinan mereka.
Setiap yang berlaku itu tidak pernah sia-sia begitu jugalah dengan perjalanan menyusuri alam perkahwinan ini. Sebuah perkahwinan yang bahagia itu bukan kisah satu hari tetapi ia adalah hasil ketekunan, keberanian, keyakinan juga keteguhan serta komitmen pasangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika ditanya rahsia apakah yang membawa kepada kejayaan ini? Pastinya sebagai seorang muslim, halatuju dan gambaran yang jelas untuk membawa dan melihat pasangan serta ahli keluarga yang dikasihi di syurga Allah itulah senjata ajaibnya.
Mohonlah doa tulus kepada Allah SWT apa sahaja yang baik dan hebat untuk membantu perjalanan dunia dan akhirat kita.
Kesimpulannya apa sahaja yang kita pohon moga dengan anugerah yang dititipkan Ilahi itu bakal mendekatkan kita menghampiri syurgaNya bukan menjauhkan dan mengundang kemurkaan dan derhaka pada Ilahi.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ 4:Ayat 1
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”
Sumber artikel: anizanwar.com