‘Suka simpan barang lama sampai penuh rumah.’ Tak guna ‘sayang’, lebih baik sedekah kepada yang memerlukan.
Bayangkan baju yang kita tak muat, tanpa sedar disimpan dari zaman anak dara sampai beranak tiga. Tak dinafikan ada orang boleh kurus semula, tapi bila nak kurus tu memang tak tahu bila.
Jadi baju itu disimpan bertahun-tahun lamanya sebab sayang hendak diberi pada orang. Akhirnya baju yang cantik boleh sedekah pada orang lain jadi buruk dan rosak kerana terlalu lama disimpan.
Ikuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli dan hadam baik-baik kisah ini:
Artikel Berkaitan: ‘Gaji RM1800, 1K Bagi Isteri.’ Ikut Fakta Memang Tak Cukup, Alhamdulillah Rezeki Allah Tak Salah Alamat
Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang lama tersimpan. Ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri saya sendiri juga…
Suatu hari dengan takdir Allah, saya mengemas rumah seorang yang telah meninggal dunia…
1. Ada terlalu banyak pakaian yang mahal harganya. Yang tidak dipakai lagi. Akhirnya rosak begitu sahaja. Ianya dalam keadaan terbiar.
2. Ada banyak pakaian lama. Yang usianya melebihi 10 tahun. Ianya baju kerja yang sudah rosak, baju anak-anak yang kecil, baju berlipat dan tidak berlipat yang lama. Yang sudah tidak dipakai lagi. Tetapi barangkali sayang untuk diberikan kepada orang.
3. Ada banyak kasut. Yang sudah tidak dipakai lebih banyak dari yang masih dipakai. Keadaan kasut yang sudah tidak dipakai ini masih baik. Hanya sangatlah berhabuk serta bersawang. Yang lama ini barangkali sayang juga untuk diberikan kepada orang.
4. Ada banyak perabut lama yang sudah tidak digunakan lagi tetapi dibiarkan berada di dalam rumah. Perabot yang sudah rosak. Hingga ruang rumah menjadi sangat sempit. Bahkan perlu melangkah-langkah barangan ketika hendak berjalan.
5. Sinki rumah yang bersih. Namun ada bekas yang banyak seperti bekas biskut, tin tin minuman, botol minuman, bekas pencuci pinggan dan banyak lagi yang tidak perlu ada atau tidak digunakan.
Sebahagian dalam kotak. Sebahagian di merata tempat. Di ruang dapur juga perlu melangkah barang-barang ini.
Dan banyaklah perkara lagi yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya tulis untuk ingatkan diri saya sendiri…. Ketika itu saya terfikir….
Berapa banyak yang sudah berbulan tidak disentuh. Ada terlalu banyak pakaian yang kita miliki. Sedangkan kita hanya mampu pakai satu sahaja pada setiap kali.
Hanya tinggal sangat sedikit untuk kegunaan sendiri. Benar-benar yang dipakai sahaja. Yang cantik dan masih dalam plastik semua saya berikan kepada orang.
Sebelum ini saya menyimpan ia dengan sangat lama kerana berasa sayang dan suka melihat kecantikannya.
Yang hanya tersimpan di almari. Sementara kita dan keluarga makan dengan menggunakan pinggan biasa. Hidangkan untuk suami dan anak-anak dengan set pinggan terbaik.
Ada orang yang tidak sempat menggunakan set pinggan idaman sendiri hanya kerana terlalu sayang.
Lebih Baik Sedekah
Jangan sayang barang. Begitu juga jangan sayang pakaian. Jangan sayang kasut. Malah jangan sayang perabot lama. Jangan sayang harta dunia. Hinggakan berasa berat untuk disedekahkan.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga kisah ini menjadi iktibar dan perin gatan buat kita semua yang gemar menyimpan baju dan barang lama tanpa tujuan.
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
Foto : Style Gods
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.