Jangan hanya inginkan kelainan, sudahnya mendapat murka Allah.

Sunat anjurkan majlis kahwin, tapi atur elok-elok. ‘Viral pengantin bertudung, menari beramai-ramai macam disko dalam majlis perkahwinan yang dianjurkan.’

Menjadi trend dalam masyarakat kita menganjurkan majlis perkahwinan selepas majlis nikah. Dalam dunia serba moden ini, pelbagai idea menarik dan lain dari yang lain ditonjolkan dalam tema majlis perkahwinan.

Artikel Berkaitan: Haram & Berdosa Jatuhkan Aib Suami Isteri, Pendakwah Tegur Perangai Beri Hadiah Tak Senonoh Di Majlis Kahwin

Sunat Anjurkan Majlis Kahwin

Namun begitu tak semua tema yang diangkat kena dan sesuai dengan ajaran Islam.

Majlis walimatul urus berlangsung meriah sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan acara majlis yang sedikit luar biasa yang mana suasana dihias tidak ubah seperti kelab malam.

Sunat Anjurkan Majlis Kahwin, Tapi Atur Elok-Elok. ‘Viral Pengantin Bertudung, Menari Beramai-ramai Macam Disko.’
Tapi Atur Elok-Elok

Menerusi video yang tular, sepasang pengantin yang dipercayai dari negara jiran berarak masuk ke dalam dewan.

Sunat Anjurkan Majlis Kahwin, Tapi Atur Elok-Elok. ‘Viral Pengantin Bertudung, Menari Beramai-ramai Macam Disko.’

Ads

Pengantin perempuan kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab manakala pengantin lelaki pula segak menggayakan sut berona kelabu.

Kedua-dua mempelai yang berpegangan tangan kemudian dapat dilihat menari secara mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.

Turut kelihatan seorang lelaki berperanan seperti DJ di kelab sedang memutar piring hitam tanpa henti.

Sunat Anjurkan Majlis Kahwin, Tapi Atur Elok-Elok. ‘Viral Pengantin Bertudung, Menari Beramai-ramai Macam Disko.’
Viral Pengantin Bertudung

Video berdurasi 33 saat yang meraih lebih satu juta tontonan itu turut memaparkan kepulan asap dan lampu berkelipan.

Majlis perkahwinan yang dipercayai diadakan di Kerawang, Jawa Barat, Indonesia itu menerima pelbagai reaksi warga maya.

Ads

Menari Beramai-ramai

Menurut Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas pernikahan dilangsungkan.

Al-Walimah bermaksud berhimpun atau berkumpul kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Majlis perkahwinan hukumnya ialah sunat muakkad dan disunatkan kepada pengantin untuk mengadakannya.

Sunat Anjurkan Majlis Kahwin, Tapi Atur Elok-Elok. ‘Viral Pengantin Bertudung, Menari Beramai-ramai Macam Disko.’
Macam Disko

Terdahulu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan tentang acara menari dalam majlis perkahwinan mengikut pandangan Islam.

Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Ads

Bak kata orang lama, melangsungkan perkahwinan itu seumpama mendirikan masjid. Justeru, kepada bakal pengantin atur acara perkahwinan sebaiknya ya.

Sunat Anjurkan Majlis Kahwin, Tapi Atur Elok-Elok. ‘Viral Pengantin Bertudung, Menari Beramai-ramai Macam Disko.’
Jika ingin mencipta kelainan sekalipun, elakkan perkara yang tidak manis dipandang masyarakat apatah lagi bertentangan dengan agama.

Baca Di Sini:

Pengantin Perempuan Sporting Bertaranum Di Majlis Kahwin, Rupanya Pernah Masuk Pertandingan Peringkat Negeri

Wanita Ini Kongsi Buat Majlis Kahwin Konsep Hi-Tea Bajet Bawah RM3 Ribu. Sangat Berbaloi!

Kashoorga: Jangan hanya inginkan kelainan, sudahnya mendapat murka Allah.

Sumber : Sinar Plus, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI