‘Sunat bayi perempuan dalam islam wajib.’ Sengaja cipta isu, khitan cara Islam insyallah selamat. Khitan wanita tidak perlu dipolemikkan! Tiap-tiap tahun mesti timbul desakan ini. Saranan pengharaman adalah berdasarkan kajian.
Namun dalam persidangan sebelum ini, pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) terbuka mendengar kajian untuk melihat sejauh mana mudharat praktis yang diamalkan di Malaysia tapi setakat ini pandangan ini turut disangkal oleh pengamal perubatan yang lain.
Ikuti perkongsian Persatuan Ulama’ Malaysia sekali lagi menegaskan hukum khitan bagi bayi perempuan:
Persatuan Ulama Malaysia telah mengadakan sidang meja bulat dengan pakar-pakar yang dijemput untuk membincangkan mengenai isu khitan wanita (kanak-kanak perempuan).
Ia diadakan dua tahun yang lalu iaitu pada 9 Feb 2021. Dalam sidang ini, terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan.
Sunat Bayi Perempuan Dalam Islam Wajib
Ada yang tidak bersetuju dengan hujahan-hujahannya, ada yang bersetuju juga dengan hujahan masing-masing.
Secara ringkasnya, PUM berpandangan isu ini tidak perlu dipolemikkan. Pandangan yang membolehkannya (mewajibkannya) masih lagi kuat. Ia tidak sama dengan FGM yang dibimbangi barat.
Ads
Sengaja Cipta Isu, Khitan Cara Islam Insyallah Selamat
Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini telah ada sejak 2009 lagi. Ia perlu dihormati. Jika terdapat keperluan kajian semula, maka ia perlu pandangan pakar (perubatan & syariah).
Berasaskan sidang meja bulat yang dianjurkan PUM pada tahun 2021 tersebut, PUM telah mengeluarkan resolusi sebagai panduan kepada semua dalam melihat isu ini.
Kashoorga: Khatan bayi perempuan akan menjadikan seseorang wanita itu lebih bersih dan membawa kepada kesempurnaan agama. “Khatan ialah sunnah bagi lelaki dan kemuliaan bagi Wanita”
Isteri bukan hamba, Fikry Ibrahim ketepikan soal kahwin demi ibu. ‘Ini masanya saya berbakti pada mak.’ Itulah luahan Fikry Ibrahim melalui sebuah perkongsian video baru-baru ini.
Benarlah bila melibatkan ibu, segalanya-galanya bukan lagi keutamaan bagi seorang anak. Itulah apa yang dilakukan oleh pelakon, Fikry Ibrahim.
Dalam pada itu, Fikry Ibrahim sering berkongsi gambar dan video membuatkan ramai yang terharu dan kagum akan cara dirinya dalam melayani karenah ibu tercinta.
Fikry juga mengakui kini, dia kerap kali pulang ke kampungnya yang terletak di Jitra, Kedah dan adakalanya sanggup menunda semua komitmen kerja demi ibu tercinta.
Malahan dalam video yang sama, Fikry menjelaskan dia rela tidak kahwin demi menjaga ibu dan terpaksa menolak tawaran lakonan kerana kebanyakan masanya lebih terarah kepada penjagaan ibunya.
Fikry Ibrahim Korbankan
“Kalau buat bisnes saya boleh bekerja dari rumah, tetapi kalau saya shooting tiada masa untuk menjaga ibu.
“Mak memang suka duduk dengan saya, kalau shooting lama ada pak cik yang menjaga mak. Pun begitu, sedikit huru-hara.
‘Justeru, saya fikir kalau dulu mak boleh jaga saya, takkan sekarang saya tak boleh berbuat demikian (tidak berkahwin) untuknya,” ujarnya lagi sambil memberitahu ibunya sudah dua tahun mengalami minor strok.
Hal Kahwin Demi Ibu
Setiap anak rapat dengan ibu, begitu juga dengan Fikry. Sejdari kecil, ibunya rajin membawanya keluar. Walaupun mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, dengan menaiki bas, namun Bibi Zaleha tetap mahu membawa anaknya itu berjalan-jalan .
“Sekarang ibu sakit, giliran saya pula menjaga dan membawanya berjalan-jalan untuk gembirakan hatinya. Mak adalah segala-galanya buat saya. Hubungan kami cukup rapat sejak saya kecil lagi.
“Sekarang saya bawa mak ke mana sahaja saya pergi. Kalau saya pernah duduk di hotel mahal, saya rasa menyesal kalau tidak bagi mak merasai situasi tersebut. Mak yang jadikan saya begini (berjaya) sekarang,” luah Fikry lagi.
Siapa yang tak mahu miliki isteri dan berkahwin, begitu dengan pemilik nama Fikry ini.
.
“Saya gembira dan mahu kahwin dengan calon yang boleh gembirakan ibu. Mudah dan tidak pening. Sebab itu, soal kahwin saya letakkan di nombor lapan.
“Malah, saya juga tidak mahu apabila kahwin kelak, perhatian pada isteri terkurang kerana saya jaga mak. Bukan semua orang mampu terima situasi tersebut.
“Pada masa sama, saya tidak mahu bakal isteri saya kelak rasa diri ‘hamba’ kepada saya. Sebab itu saya korbankan hal kahwin untuk menjaga ibu terlebih dahulu,” ujarnya lagi.
Kilat, petir atau disebut juga halilintar biasanya akan muncul pada musim hujan. Sebelum hujan turun, petir terlebih dahulu akan keluar. Cahayanya adakalanya sangat menakutkan.
Allah ‘Azza wa Jalla menjelaskan fenomena alam ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan ia sebagai salah satu tanda kebesaran-Nya yang patut direnungi manusia. Muncul pertanyaan, mengapa Allah memperlihatkan kilat?
Dalam Bahasa Arab, Ar-Ra’du digunakan untuk menyebut bunyi guruh. Sementara Ash-Shawa’iq dan Al-Barq digunakan untuk menyebut pancaran petir. Firman Allah SWT adalah surah Ar-Rum ayat 24 menyatakan mengapa kilat dihadirkan.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti.” (QS Ar-Rum Ayat 24)
Menurut kitab tafsir dikeluarkan oleh Kementerian Agama Republik Indonesia, Allah memperlihatkan kilat kepada manusia untuk menimbulkan ketakutan khususnya di saat manusia dalam perjalanan selain harapan hujan akan turun untuk membasahi bumi yang kering.
Ayat ini menerangkan tanda-tanda kekuasaan Allah iaitu kilat. Ini merupakan fenomena alam yang dapat disaksikan oleh pancaindera kita dan dapat pula diterangkan secara ilmiah menurut sains.
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.
Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 30,000 darjah Celsius, tiga kali lebih panas daripada permukaan mataahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Akibatnya, udara tersebut terbias melebihi kelajuan suara (bunyi) walaupun rencatan gelombang kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikut udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya.
Itulah penjelasan proses kejadian petir dan guruh terjadi susul menyusul menurut pemerhatian sains.
Dari sudut agama
Al-Qur’an hanya menyebutkan hal itu sebagai alat untuk menghubungkan hati manusia dengan alam dan Penciptanya. Perasaan takut muncul di kala melihat kilat kerana ia biasanya diikuti oleh petir yang apabila menyambar sesuatu, biasanya akan berlaku kemusnahan.
Bila manusia disambarnya, maka ia akan mati terbakar. Bila metal (logam) yang disambar, maka benda itu akan mencair dan melebur. Bila batu dan bangunan yang disambarnya, maka akan hancur.
Sesudah kata-kata takut dan harapan, ayat ini dilanjutkan dengan “Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering).” Apabila menyirami tanah, dia akan menyuburkannya. Kemudian tumbuhlah tumbuh-tumbuhan dan daun-daunnya berkembang. Begitu pula halnya dengan haiwan dan manusia.
Dalam riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang Ar-Ro’du (guruh), lalu Baginda menjawab: “Ar-Ro’du adalah Malaikat yang diberi tugas mengurus awan.
Doa ketika mendengar bunyi Petir
1. Dari Ibnu Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ini ketika mendengar petir.
Subhanalladzi Yusabbihur Ra’du Bihamdihi wal Malaa-ikatu min Khiifatih
“Maha Suci Allah yang halilintar bertasbih dengan memuji-Nya, begitu juga para Malaikat, kerana takut kepada-Nya.”Wallahu A’lam. Sumber : Kalam Sindownews
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pernah tak kita terfikir tentang terlalu banyak doa kita kepada Allah tapi masih ada yang belum diperkenankan? Ada masa kita rasa down, adakah Allah tak sayang kita. Tak terima kita sebagai hambaNya kerana doa kita tak dimakbulkan? Jangan pernah merasa begitu kerana Allah itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Maha Mendengar segala-galanya.
Teruslah meminta tapi permintaan itu mestilah dengan adab sebagaimana dilakukan oleh Nabi Musa a.s. Doa Nabi Musa sangat mudah, walau pun dalam kejadian ini dirinya sangat lapar kerana dikejar tentera Firaun tetapi dirinya tidak meminta terus makanan pada Allah walau doanya itu pasti diperkenankan tapi dalam hal ini Nabi Musa hanya berdoa “Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”.
Bacalah perkongsian dari Farida Fauzee di fbnya. Bacalah catatannya ini, semoga banyak manfaat buat kita.
Ingat lagi masa dalam flight transit dari Jeddah ke Istanbul. Duduk sebelah seorang makcik ni, dengar dia cerita pasal anak-anak dia. Sorang anak dia lama tak dapat anak, selalu doa pada Allah minta anak kembar. Tup-tup Allah izinkan dapat anak kembar, dapat sepasang lelaki dan perempuan.
Makcik tu sambung cerita lagi lepas anak dia dapat anak kembar baru tahu betapa susahnya nak besarkan anak kembar. Bab penat tak cukup rehat jgn cerita, berebut anak nak minum susu badan lagi. Belanja pun double, susu 2 kali dari biasa, pampers berganda kena beli, masuk nurseri lagi nak bayar 2 orang serentak. So masa saya dengar tu saya angguk-angguk je la. Kita mana ada anak kembar kan.
First time dengar orang share experience ni terus boleh bayang tak mudah macam disangka. Makcik tu nasihatkan saya, bila kita doa pada Allah, mintalah yang terbaik dari sisi Allah. Sebab kita tak tahu apa yang baik. Kita tiada ilmu pasal masa depan, kadang kita sendiri tak sedar kemampuan diri.
Jika minta nak zuriat, mintalah dengan humble seperti permintaan seorang hamba pada Tuhan. Tidak salah untuk sebut hajat kita pada Allah tapi kena acknowledge juga kita tidak tahu adakah hajat kita baik atau tak, maka mintalah Dia beri apa yang terbaik dari sisiNya.
Teringat saya kisah Nabi Musa dari sebuah buku yang saya baca, Bagaimana Allah memuji adab berdoa Nabi musa a.s dalam Surah Qasas ayat 24:-
“Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”.
Simple je bunyi doa Nabi Musa ni, tapi kenapa Allah rakam dalam Quran?
Rupanya ada adab-adab berdoa yang sangat penting untuk kita belajar dari doa ni antaranya:-
1) Kekalkan sifat malu ketika meminta.
Ketika Nabi Musa menuturkan doa ini, Baginda berada dalam keadaan paling ‘desperate’ sekali kerana baru tiba di Madyan setelah melarikan diri dari dikejar askar Firaun.
Perkataan فَقِيرٌ dalam doa atas menggambar keadaan Baginda yang ‘sangat-sangat memerlukan’ pada masa tu. Sebagai pelarian yang sehelai sepinggang, sudah banyak hari tidak makan tetapi Baginda malu untuk ‘mengarahkan’ Allah memberinya sesuatu.
Maka Allah angkat cara doa Nabi Musa untuk dirakam dalam Quran untuk kita belajar sesuatu. Peliharalah adab kita bila berdepan dengan Allah Yaang Maha Hebat. Kerana status kita hanyalah Hamba disisi Allah.
2) Jangan berlebihan visualisasi ketika berdoa.
Nabi musa tidak minta diberi makanan walaupun hakikatnya Baginda sangat lapar ketika itu. Tidak juga baginda minta diberi tempat berteduh walaupun pada masa tu Baginda tiada lagi tempat tinggal.
Nabi Musa hanya minta apa yang baik dari sisi Allah.. Ini disebut مِنْ خَيْرٍ iaitu apa yang terbaik dari sisimu. Kerana Baginda sedar Allah al ‘Alim lebih mengetahui apa keperluan Baginda. Maka sedarlah kita bahawa bila memohon sesuatu kepada Al ‘Alim, berhentilah kita dari berlagak pandai dan tahu semuanya.
Astaghfirullah, mustahil fikiran kita lebih bijak dari Tuhan yang menciptakan kita? Ampuni kami Ya Allah yang selalu berlebih-lebihan dalam urusan dunia.
3) Nikmat apabila Allah redha dengan HambaNya.
Kesudahan kisah doa Nabi Musa ni paling epic. Ssiapa sangka, Baginda Musa hanya minta Allah beri ‘apa sahaja terbaik’ untuk dirinya. Lalu Allah kurniakan Baginda nikmat berganda-ganda.
Ini diceritakan dalam ayat 25-28 Surah Qasas, Allah kurniakan Nabi Musa isteri yang solehah, tempat tinggal yang baru serta pekerjaan. Kurniaan Allah ini melengkapi segala keperluan Nabi Musa walaupun Baginda tak sebut apa-apa pun masa doa pada Allah.
Kisah ini adalah pembuktian sifat Al ‘Alim yang ada pada Allah, Dia tahu apa yang baik untuk hambaNya. Bila saya membaca kisah ini, sungguh saya insaf dan revise semula cara berdoa saya. Edit semula part yang selalu ‘memandai-mandai’. Dihujung doa saya akan submit ‘Engkau lebih Tahu Ya Allah..’
Moga Allah redha dengan permintaan kita, dan sentiasa beri apa yang terbaik dari sisiNya Allahuma Amin.
*Silakan ‘SHARE’ supaya lebih ramai dapat beramal dengan cara berdoa yang sahih dari Quran. Diizinkan untuk copy paste juga untuk sebaran. #quranicparenting #ustzhmunirahharis
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...