Sunat letakkan batu di atas kubur. ‘Abah bawa batu sungai untuk dijadikan tanda kubur Hammad.’
Sebelum itu tular berita kematian allahyarham Hammad, iaitu anak kedua Dr Zulkifli yang pergi buat selama-lamanya pada usia berusia 22 tahun iaitu di usia yang begitu muda selepas tiga tahun menghidap kanser sarkoma.
Sebagai tanda kasihnya seorang bapa kepada anaknya, selepas beberapa hari pemergiannya, Dr Zulkifli telah memilih batu sungai untuk diletakkan di atas kubur anaknya.
Kongsi Dr Zulkifli Al-Bakri di akaun instagramnya,
Ads
Sunat meletakkan batu, kayu atau yang sesuai di atas kubur khususnya di bahagian kepala di sisi mazhab Syafie sebagai tanda untuk memudahkan penziarah mengenalpasti kubur.
Abah Bawa Batu Sungai
Zaman sekarang umumnya di Malaysia diletakkan batu nisan.
Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW meletakkan sebuah batu di bahagian kepala kubur ‘Uthman Bin Maz‘un dalam hadith riwayat Abu Daud.
Imam al-Bujairimi mengulas hadis tersebut dengan menjelaskan, anjuran meletakkan batu bersaiz bersaiz besar bagi memudahkan untuk dikenali apabila ziarah. Imam al-Mawardi menambah anjuran meletakkan batu di bahagian kedua kaki jenazah.
Ads
Perbahasan lanjutnya ada dinyatakan dalam al-Majmu’, Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, dan Hasyiah I’anah al-Talibin.
Alhamdulillah, semalam Abah bawa batu sungai untuk jadikan tanda kubur Hammad.
Isteri dah elok bertudung labuh tapi suami pula minta isteri mengenakan tudung singkat. Dalam hal ini apa yang patut dilakukan oleh isteri? Perlukah terus berpegang pada pendirian atau mengikut kata suami yang mahu isteri kelihatan lebih menarik dalam penampilan.
Ini antara dilema yang disuarakan oleh seorang isteri apabila diminta oleh suaminya supaya mengenakan tudung yang lebih singkat bidang 45 kerana berasa malu dengan rakan-rakannya. Persoalan dijawab oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Assalammualaikum. Suami saya perli saya pakai tudung labuh, dia kata malu dengan kawan-kawan. Katanya tudung bidang 45 memadai menutupi aurat tanpa perlu memakai tudung labuh bidang 60. Persoalanya, adakah saya perlu mempertahankan dengan memakai tudung labuh dalam keadaan suami yang tidak reda atau ikut kata suami dengan pakai tudung bidang 45 kerana masih batas menjaga aurat? Adakah wajib ikut arahan suami agar meninggalkan amalan yang lebih warak? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
Islam tidak menetapkan penggayaan, asalkan menutup aurat dengan sempurna
Secara umumnya, Islam tidak menetapkan jenama khusus dalam menggayakan pakaian sekalipun berfesyen. Namun, perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan pakaian ialah menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan mengikut kehendak syarak.
Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk memakai pakaian yang menutup aurat bersandarkan firman-Nya:
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya” Surah Al-A’raf (26)
Dalam pada itu Islam menetapkan parameter menutup aurat dengan sempurna bagi wanita ialah menutup keseluruhan anggota kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Tudung mematuhi kehendak syarak
Bagi situasi isteri ini, perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan tudung ialah mematuhi kehendak syarak. Apabila tudung saiz 45 digayakan dengan cara labuh menutupi dada dan tidak nipis (jarang), maka ia masih dalam kerangka menepati tuntutan syarak.
Oleh itu, situasi soalan tersebut bergantung kepada kebijaksanaan isteri menggayakan tudung yang menepati kehendak syarak tidak kira saiz bidang 60 mahupun 45 pada masa sama mengikut kehendak suaminya pada perkara kebaikan.
Hal ini memakai tudung saiz 45 yang menutupi dada dan tidak nipis, maka ia sudah cukup menepati syarak. Bahkan, sekiranya suami mengarahkan sesuatu perkara yang harus mahupun sunat maka ia menjadi kewajipan isteri untuk mentaatinya selagi dalam kerangka makruf dan bukan perkara maksiat. Namun memakai tudung saiz 60 lebih sopan, warak dan terpuji.
‘Baca lebih dapat pahala ke?’ Apakah hukumnya, membaca dua surah berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama. Kebiasaannya segelintir daripada kita hanya membaca satu surah tambahan sebelum rukuk.
Namun ada juga di kalangan kita yang membaca dua surah usai bacaan al-Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua. Apakah hukumnya membaca lebih satu surah, ikuti kemusykilan berkaitan isu ini.
Saya ada satu soalan. Bolehkah saya membaca dua surah pilihan yang berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Pada asasnya, solat merupakan salah satu amal ibadat yang paling utama dalam kehidupan kita. Kemudian, dalam solat pula disyariatkan untuk membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun qauli dan ayat-ayat yang lain.
Maksudnya: “Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al-Quran; dan dirikanlah solat.”
‘Baca Lebih Dapat Pahala Ke?
Malah, membaca satu surah daripada al-Quran sekalipun ayat yang pendek atau membaca tiga ayat al-Quran yang berurutan adalah disunatkan.
Bacaan ini disunatkan bagi imam dan orang yang mendirikan solat secara bersendirian pada dua rakaat yang pertama sahaja bagi setiap solat.
Sementara makmum juga disunatkan membacanya pada solat yang diperlahankan bacaan atau sekiranya dia berada jauh daripada imam dan tidak kedengaran bacaannya.
Membaca Dua Surah Berbeza
Berbalik kepada soalan yang diajukan, jumhur ulama berpendapat diharuskan untuk menghimpunkan dua surah, yakni membacanya dalam satu rakaat.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith daripada riwayat Huzaifah R.A, beliau berkata:
صَلَّيْتُ مع النبيِّ ﷺ ذاتَ لَيْلَةٍ، فافْتَتَحَ البَقَرَةَ، فَقُلتُ: يَرْكَعُ عِنْدَ المِائَةِ، ثُمَّ مَضى، فَقُلتُ: يُصَلِّي بها في رَكْعَةٍ، فَمَضى، فَقُلتُ: يَرْكَعُ بها، ثُمَّ افْتَتَحَ النِّساءَ، فَقَرَأَها، ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرانَ، فَقَرَأَها
Maksudnya:
“Pada suatu malam, aku mendirikan solat bersama Nabi SAW. Baginda memulakan bacaan solatnya — selepas al-Fatihah — dengan membaca awal surah al-Baqarah. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Barangkali Baginda akan rukuk apabila sampai pada ayat yang keseratus,’ kemudian Baginda melepasinya. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Baginda akan membaca surah al-Baqarah dalam satu rakaat,’ kemudian Baginda melepasinya, lalu aku berkata (yakni menyangka): ‘Baginda akan rukuk.’ Namun Baginda melanjutkan dengan membaca surah al-Nisa’ dan seterusnya menyambung pula dengan membaca surah Ali ‘Imran.”
Dalam Rakaat Yang Sama
Walau bagaimanapun ulama dalam kalangan mazhab Hanbali membezakan di antara solat fardhu dan solat sunat. Mereka berpendapat, tidak mengapa menghimpunkan surah-surah.
Yakni membaca lebih daripada satu surah, dalam satu rakaat dalam solat sunat berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas kerana dalam riwayat-riwayat tersebut menunjukkan bahawa Baginda sedang mendirikan solat sunat seperti qiyamullail dan selainnya.
Adapun dalam solat fardu, mereka menyukai yakni menggalakkan sekiranya ia diringkaskan dengan hanya satu surah pilihan selepas bacaan al-Fatihah. Hal ini kerana begitulah kebanyakan solat Baginda SAW dan inilah salah satu riwayat (pendapat) daripada mereka.
Pendapat Ulama Berbeza
Manakala dalam satu riwayat yang lain adalah sebagaimana pendapat ulama mazhab Maliki iaitu hukumnya adalah makruh kerana Nabi SAW memerintahkan Muaz untuk membaca satu surah sahaja yakni dalam satu rakaat dalam solatnya.
Begitu juga Syeikh al-‘Uthaimin juga pernah menyebutkan dalam fatwanya bahawa seseorang itu boleh untuk membaca selepas surah al-Fatihah dua surah atau tiga surah, mahupun meringkaskannya dengan hanya membaca satu surah atau membahagikan satu surah kepada dua bahagian.
Kesemua perkara tersebut dibolehkan berdasarkan kepada keumuman firman Allah SWT:
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya: “Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran — dalam sembahyang.”
Begitu juga sabda Nabi SAW:
ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرْآنِ
Maksudnya: “Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu daripada al-Quran.”
Kesimpulannya:
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa diharuskan untuk membaca dua surah yang berbeza ataupun lebih selepas surah al-Fatihah dalam satu rakaat, serta sesiapa yang membacanya dikira mendapat pahala sunat bacaan surah atau ayat-ayat al-Quran selepas al-Fatihah dalam solat.
Walau bagaimanapun, perkara ini sekalipun diharuskan dan solatnya dikira sah serta tidak batal, namun sebaiknya dalam solat fardhu ia diringkaskan dengan hanya membaca satu surah sahaja atau tidak memanjangkannya, lebih-lebih lagi jika dia seorang imam bagi meraikan keperluan makmum.
Haid dikenali juga sebagai menstruasi. Ia satu perubahan tubuh di mana dari seorang kanak-kanak, kita bergelar wanita. Apabila haid berlaku, kita mengalami pendarahan pada faraj dan ia berbeza dari satu wanita ke wanita lain.
Kitaran haid normal adalah antara 3-7 hari dan ada merujuk sehingga hari ke 15 sebelum disebut darah penyakit istihadah.
Bagaimana sebenarnya menentukan tanda berakhirnya haid ini menurut syariat? Dan bila dibolehkan melaksanakan thaharah (bersuci)?
Berdasarkan Fatwa Syaikh Shahih Al-Munajjid, berikut adalah caranya menentukan masa selesainya haid seorang perempuan.
Pertamanya, majoroti ulama berpendapat darah haid adalah tidak lebih 15 hari. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam kitabnya ‘Majmu’ Fatawa’ berpendapat bahawa tidak ada batasan masa mahupun maksimun untuk masa haid namun jika muncul darah yang ciri khasnya seperti yang diketahui (sebagai darah haid) maka itulah masa haid, baik sedikit mahupun banyak. Kemudian ia juga mengatakan, “Allah mengaitkan banyak hukum yang berlaku ketika haid. Dan Allah tidak memberikan batasan. Baik batasan masa dan habisnya. Tidak pula batas hari suci antara dua masa haid.
Kedua :- Ada darah disebut istihadah. Cirinya berbeza dengan darah haid. Ia dapat dibezakan melalui empat perkara iaitu darah haid warna merah gelap sedangkan darah istihadah berwarna merah segar (darah merah). Kekentalan. Darah haid lebih kental sedangkan istihadah agak cair. Ketiganya darah haid agak hamis sedangkan darah istihadah tidak hamis kerana ia darah dari pembuluh darah. Dan terakhir, darah haid tidak mengering ketika keluar sementara istihadah mengering kerana ia darah dari pembuluh darah. Jika seorang wanita datang haid, ia tidak wajib solat sementara istihadah wajib solat (pastikan darah dibersihkan atau dipakai pad). Jika darah keluar, ia tidak membatalkan solat
Ketiga, wanita boleh tahu haidnya sudah kering jika cairan putih telah keluar dan darah tidak lagi keluar dari lubang faraj. Untuk memastikan sudah benar-benar tiada darah haid keluar (sebagai contoh waktu azan Zuhur) boleh gunakan cotton bud untuk membuat calitan di bahagian faraj. Jika ada tanda bekas merah, kuning (keruh) atau coklat, jangan solat dahulu kerana masih ada sisa darah haid dan perlu tunggu azan Asar pula.
Hal ini pernah dirujuk pada Syaidatina Aishah RA untuk bertanya:- Mereka membawa kapas. Pada kapas itu ada warna kuning. Kemudian Aisyah berkata, لا تعجلن حتى ترين القصة البيضاء “Jangan terburu-buru (suci) sampai kamu melihat al-qasshah al-baidha’.” (HR. Bukhari secara mu’allaq. Juga diriwayatkan oleh Malik, no. 130) Al-qasshah al-baidha’
Keempat, jika perempuan tersebut yakin bahawa dia telah suci kemudian darah keluar lagi (ertinya, yang keluar itu adalah darah berwarna merah, bukan sekadar cairan kuning atau cairan keruh) maka darah itu dihukumi sebagai darah haid, selama darah kedua tersebut tidak keluar selama sebulan. Sumber : Kalam Sindownews
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan dan kesetiaan hingga ke akhir hayat. Namun, apabila si suami menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, emosi isteri...