Ramai wanita membuat suntikan kolagen untuk mencantikkan wajah, menghilangkan kedutan dan ingin kelihatan muda. Demi kerana ingin kelihatan cantik, wanita tidak kisah memperuntukkan sejumlah wang agar wajah dan tubuh kelihatan mempersona.
Namun apakah hukum menyuntik kolagen daripada sudut agama Islam. Ini penjelasannya.
SOALAN:
Apakah hukumnya menyuntik cecair filler (soy based collagen) ke dalam anggota tubuh badan bagi wanita, untuk tujuan perhiasan pada suaminya?
JAWAPAN:
Terdapat beberapa pendapat ulama tentang kaedah kecantikan yang diharamkan dan diharuskan oleh Syarak.
Maksudnya: “Dan diharamkan juga mengerintingkan rambut, melakukan nasyr pada gigi yakni mengasah, dan menghaluskan hujung gigi, mewarnakan (rambut dan anggota badan) dengan warna hitam, memerahkan wajnah (bahagian atas pipi) dengan inai,[3] dan seumpamanya, mewarnakan hujung jari dengan warna hitam, melakukan tanmis yakni mencabut bulu-bulu di muka dan bulu kening yang berlebihan. Namun jika diizinkan oleh suaminya, atau tuannya, maka diharuskan baginya.”
Hukum menyambung rambut juga adalah diharamkan, melainkan jika menggunakan rambut sintentik dan dengan kebenaran suaminya, maka diharuskan.
Ads
PANDANGAN HUKUM
Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah bahawa hukum menyuntik kolagen pada anggota-anggota badan adalah bergantung kepada keadaan:
HARAM menyuntik kolagen pada tubuh badan dengan tujuan menunjukkan kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah.
Ads
Hukumnya menjadi HARUS jika bertujuan untuk mengembalikan kecantikan yang hilang, bukan akibat penuaan yang normal, tetapi berdasarkan pemakanan yang tidak sihat, penyakit, kemalangan, kecuaian menjaga kesihatan dan seumpamanya. Ini berdalilkan hadis sahabat Nabi SAW yang bernama Arfajah yang kehilangan hidungnya akibat peperangan lalu dibenarkan Rasulullah SAW untuk dipasang hidung buatan daripada emas.
HARUS juga hukumnya jika tujuan suntikan kolagen adalah tujuan kecantikan dengan izin suami. Suntikan itu sendiri tidak berdosa kerana Syarak membenarkan bekam dan fasdu (venesectomy – pemotongan pada salur darah) untuk mengeluarkan darah yang berlebihan, yang menggunakan kaedah cucuk dan torehan, atas alasan hajat (seperti rawatan penyakit dan pencegahan).
Begitu juga Syarak mengharuskan tusukan pada telinga bagi tujuan memasang anting-anting, atas alasan kecantikan. Syarak juga mengharuskan pengambilan makanan dan supplement tambahan yang berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Namun suntikan kolagen tersebut mestilah tidak begitu ketara, melebihi khilqah ma`hudah (ciptaan atau rupa paras yang standard), sehingga boleh dianggap mengubah ciptaan Allah.
Semoga penjelasan ini akan memberikan manfaat dan menambahkankan kemesraan antara suami isteri yang menghasilkan tujuan berkelurga yang ditetapkan oleh Islam untuk saling berkasih-sayang. Wallahua’lam.
Sumber kredit: FB: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Buat pasangan yang berkahwin, masing-masing akan memanggil pasangan dengan gelaran yang mereka sukai. Namun ada pasangan yang gemar memanggil pasangan masing-masing dengan panggilan mama, baba, abah dan ibu. Persoalannya bolehkah panggilan itu digunakan untuk pasangan masing-masing. Ini penjelasannya.
SOALAN:
Saya baru melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu, di sini saya ingin bertanya adakah benar haram hukumnya jika suami isteri memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba. Jika benar haram hukumnya, bagaimanakah caranya untuk bertaubat bagi membetulkan kembali kesalahan ini.
JAWAPAN:
Tidak berdosa memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba. Ini adalah kerana Islam tidak meletakkan satu panggilan khusus bagi pasangan suami dan isteri ketika berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun Islam menggalakkan suami isteri memanggil dengan panggilan yang paling disukai oleh pasangan masing-masing. Dengan cara yang demikian, hubungan antara suami isteri akan menjadi mesra dan kehidupan akan bertambah harmonis.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Saya sedang mengambil wuduk, tiba-tiba saya disapa oleh seseorang dari belakang. Bolehkah saya bercakap? Batal atau tidak wuduk saya?
JAWAPAN:
Bercakap semasa berwuduk tidak membatalkan wuduk, sekalipun sah wuduknya ia adalah makruh. Meninggalkan bercakap semasa mengambil wuduk adalah lebih disukai (mustahab) kerana seseorang itu dapat menumpukan perhatiannya pada wuduk kerana ia dikira sebagai ibadah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bapa mentua sama taraf dengan bapa sendiri. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pula hubungan bapa mentua tiri dengan menantu perempuan tiri. Pastinya hubungan tidak sama antara seorang bapa mentua dengan menantu perempuannya. Berikut penjelasannya.
SOALAN: Apakah hukum aurat antara bapa mentua tiri (ayah tiri suami) dengan menantu perempuan tiri?
JAWAPAN: Kedudukan bapa mentua tiri adalah tidak sama dengan bapa mentua. Hubungan bapa mentua dengan menantu perempuannya adalah hubungan mahram manakala hubungan di antara bapa mentua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad), manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara (muaqqat). As-Syarbini di dalam kitab no41 menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu). Wajib bagi perempuan tersebut menjaga batasan auratnya seperti ditetapkan oleh syara’ sebagaimana ketika dia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain. Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan.
Sedikit penjelasan tentang hubungan antara bapa mentua dengan menantu perempuan:
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud, “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mentua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu (isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)
Berdasarkan ayat ini :
1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wuduk dan haram berkahwin antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mentuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut. Anak menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mentua atau bapa mentua kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.
2. Bapa mentua sama taraf dengan bapa sendiri.
Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mentua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain, terbatas daripada pusat hingga ke lutut. Ini bererti menantu perempuan boleh (harus) membuka rambutnya di hadapan bapa mentuanya.
3. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Sumber: Mufti Selangor/JAKIM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berat lakukan ibadah dalam bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk kita sepanjang bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan...