Komunikasi positif merupakan asas utama dalam sebuah perkahwinan yang teguh.
Apabila suami isteri gagal berkomunikasi dengan baik maka perjalanan sesebuah rumah tangga itu akan terganggu.
Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan.
Walau bagaimanapun hari ini suami isteri sentiasa sibuk dengan tugas harian. Natijahnya komunikasi antara suami isteri menjadi hambar gara-gara masing-masing tiada masa untuk berbicara.
Saya pertama kali alami sendiri semasa masih kecil lagi. Saya masih ingat arwah Ayah saya dan Umi saya ber Pillow Talk hampir setiap malam sebelum tidur.
Mereka akan berbincang serta berbicara mengenai anak-anak, tempat kerja dan perkara antara mereka berdua. Walaupun sewaktu itu saya kecil lagi, tapi saya masih ingat tentang keadaannya.
Ada kalanya mengenai kerisauan pasal saya dan abang-abang saya. Perangai kami, apa yang kami telah buat, impian-impian dan angan-angan mereka terhadap kami dan lain-lain lagi.
BINCANG CARA SANTAI TAPI PADAT
Masa itu saya tak faham. Kenapa Dad dan Umi ni bercakap dalam gelap? Hari ini, semasa saya terdetik untuk menulis mengenai hal ini barulah saya teringat dan faham apa yang mereka pernah lakukan dahulu.
Pillow Talk ini adalah perbincangan kecil, bebas, ringkas, santai, adakalanya menjadi berat, adakalanya menjadi panjang, tetapi selalunya ringkas santai dan padat.
Ads
Di mana? Seperti namanya, pillow yang ertinya bantal, sudah semestinya di katil.
Bila? Selalunya sebelum tidur. Apabila aktiviti atau apa yang telah berlaku seharian terhenti dan kita hampir untuk memulakan hari baru selepas selesainya tidur nanti.
APA YANG DIBINCANGKAN? BOLEH BERBICARA APA SAHAJA. CONTOHNYA:
➡️ Mengenai anak-anak. Masalah dan penyelesaian.
➡️ Mengenai kerja. Luahan, kebimbangan, kegembiraan atau sekadar bercerita.
➡️ Perhubungan. Masalah, motivasi, penghargaan, cinta. Perkara yang mengingatkan mengenai pasangan.
➡️ Borak kosong. Angan-angan, lawak, cita-cita.
➡️ Permintaan atau peringatan mengenai sesuatu perkara yang perlu dilakukan.
Ads
➡️ Sesuai juga digunakan untuk memujuk atau menyatakan harapan.
Kadang-kala, Pillow Talk juga bagus untuk bertanya apa-apa kerana keadaan masa itu yang selesa dan tenang. Contohnya :-
▶️ Soalan tentang pakaian yang pasangan suka lihat kita pakai. Tudung ke, baju ke, pakaian di luar atau di rumah ke?
▶️ Soalan mengenai kekurangan diri yang boleh diperbaiki.
▶️ Soalan mengenai benda yang disukai atau tidak disukai.
▶️ Soalan tentang masa depan keluarga atau kerjaya.
Kenapa Pillow Talk ini penting?
Ads
1. Mengakhiri hari dengan tenang dan baik 2. Menjadikan perhubungan lebih terbuka. 3. Memperbaiki komunikasi sesama pasangan. Keadaan yang gelap membantu untuk lebih terbuka. 4. Menambah kemesraan sesama suami isteri. 5. Mengurangkan tekanan. 6. Menambah kepercayaan dengan pasangan. 7. Mendalami hati pasangan. Kadang-kala pasangan malu untuk cakap atau berterus- terang semasa keadaan terang benderang.
Bagaimana untuk mula buat Pillow Talk jika tak pernah buat sebelum ini? Mudah sahaja. Setkan dalam minda yang Pillow Talk ini santai sahaja. Jangan ada tekanan.
↪ Baring bersama di katil atau tilam.
↪ Sangat sesuai jika dalam posisi “cuddle”. Lebih mesra . ↪ Selalunya dilakukan sebelum tidur. Jangan tunggu sampai terlalu mengantuk. Nanti cakap sorang-sorang pulak.
↪ Bercakap sambil membelai atau memeluk pasangan amat digalakkan.
↪ Pejamkan mata dan berbicara dari hati.
↪ Buat semasa anak dah tidur. Kalau tidak diorang akan dengar. Macam saya dulu. Hahaha..
Semoga tajuk kali ini memberi manfaat untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga.
Kongsilah supaya lebih banyak keluarga yang mengamalkan Pillow Talk ini.
Seorang ibu sebolehnya mahu yang terbaik untuk anaknya. Sebab itu seorang ibu akan sentiasa menegur dan memberi nasihat terhadap mana-mana tindakan anak yang dilihat tidak kena di matanya.
Kadang-kadang hampir setiap hari ada saja teguran yang diberikan oleh sang ibu hingga ada yang berasa rimas.
Namun begitu seorang anak perlu berlapang dada menerima teguran dan nasihat, jangan sesekali memberontak atau melawan jika nasihat dan teguran yang diberi tak dapat diterima sehingga menyebabkan ibu berkecil hati.
Apatah lagi sehingga melukakan hati ibu dan dan mengucapkan kata-kata seperti ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’.
Hati hati jika ibu keluar ayat ini
Menurut Ustazah Asma’ Harun jika ibu mengeluarkan kata-kata ini maka berhati-hatilah.
Ujar beliau sememangnya sifat seorang ibu sentiasa ingin memberi nasihat dan teguran.
“Ketahuilah bahawa sekiranya seorang anak menghalang ibunya untuk memberi nasihat, maka putuslah rahmat dalam hidupnya, ungkapnya.
“Apabila seorang ibu cakap ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’, berhati-hatilah.
“Kalau seorang ibu mula diam, mula tak bersuara, mula tidak mahu berkata apa-apa lagi untuk kehidupan anaknya, maka sebenarnya anak ini telah terputus laluan ataupun perantaraan rezeki daripada ALLAH, rahmat daripada ALLAH dan pertolongan daripada-NYA,” katanya dalam satu video yang dimuat dalam laman sosial Facebook miliknya.
Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang sudah tua, Ustazah Asma’ menitipkan pesanan berharga buat renungan bersama.
Beliau menjelaskan, semua itu ujian buat kita kerana pada usia sebegitu, adakalanya ada sahaja suatu perkara yang tidak ‘kena’ pada mata mereka, menyebabkan orang tua kita bersuara.
“Ada sahaja benda salah dan hendak ditegur. Renungkanlah, bagaimana kita masih kecil dulu, ibu dan ayah sabar melayan kita, ulang salah yang sama walaupun sudah ditegur setiap hari.
“Begitulah yang berlaku kepada kita esok apabila tua. Bila kita tua, sampai masa akal kita mula ‘separuh’.
“Sebab itu hari ini bekalan kita sabar dengan anak. Walaupun kita diuji dengan anak, menantu atau cucu, jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka,” ujarnya.
Berita ini disahkan sendiri oleh ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed apabila muat naik foto dan kemas kini di akaun Instagramnya semalam.
Menurut ibu Nelofa, sebagai ibu, beliau cukup bahagia kerana anaknya itu sudah menemuka insan istimewa yang bakal membimbing ke jannah.
“Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..
“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn
“@neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,”
Dikatakan juga majlis merisik oleh keluarga Pendakwah Bebas, PU Rizz dilakukan selepas menunaikan solat Asar bersama.
Dalam majlis serba ringkas itu, Neelofa dikatakan menerima sebentuk cincin tanda diri sudah disunting.
Pasangan sama cantik sama padan ini juga sebelum ini tidak menolak atau mengiakan status mengenai hubungan mereka.
Biarpun belum ada penjelasan dari empunya diri, namun keduanya dikatakan akan menikah sekitar Mac 2021.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.
PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.
Dalam pada itu, dalam perkongsian di laman Instagram Neeloga juga turut menerima ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan kelak akan dipermudahkan dari rakan selebriti lain.
Sekaligus mengiakan dirinya memang sudah dirisik oleh keluarga jejaka pilihannya.
nabila.razali Alhamdulillah congratulations my dear
ramonazamzam Alhamdulillah Congrats Lofa, can’t wait for the big day!!
mawarashid Cngrats kak so happy for you both. Cinta sampai syurga
zizanrazak869 Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya.
sharifahshahora Congrats @neelofa semoga urusan yang baik ini dipermudahkan
yatthamzah_suci MashaaAllah TabarakALLAH dear.. Congratulations from me & fam. May Allah ease everything and a beautiful & blissfull blessed marriage will be yours In shaa Allah.. @neelofa
Sebaik muat naik foto bersama, ibu Neelofa juga turut membuat status di Instagram memberitau sepanjang perjalanan mengandungkan anaknya selama sembilan bulan itu dapat merasakan suatu yang luar biasa.
Kelahiran bayi perempuan ini sangat membahagiakan dirinya, malah memeluk dirinya itu juga memberi kepuasan dan tetap menganggap Neelofa seperti anak kecil di matanya.
“Wahai anakku..
“Ketika aku mengandungkan mu, aku dapat rasakan yg sesuatu luarbiasa.. perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahir mu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu membuat aku sentiasa rindu pada mu.. wahai anak ku..
“Kau tetap anak kecil di mata ku yang tak jemu aku membelai dan mencium mu.. kau lah cinta hati ku @neelofa
Kashoorga mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan dan keduanya akan kekal menemui cinta abadi till jannah.
Semalam, Kashoorga berkongsi satu doa yang diijazahkan oleh Ulama Tertua Malaysia, Tok Ayah Isa Yahya yang berasal dari Kampung Bendang, Gerik, Perak.
Antara individu yang terawal berangkat ke Makkah pada usia mudanya, ulama tertua yang dipercayai berusia 104 tahun ini dilihat dalam keadaan uzur dan hanya mampu terbaring di rumahnya.
Sebagai permata yang tidak ternilai dengan ilmu dimilikinya, dalam keadaan dirinya agak uzur (diberitakan gering), individu yang menziarahi ulama ini meminta doa dari kita semua agak mendoakan kesihatan wali Allah ini seperti dikongsikan oleh akaun Tik Tok @NurMuhammad hari ini.
Namun dalam keadaan dirinya yang agak uzur, sekali lagi wali Allah ini “membetulkan” bacaan doa diijazahkannya iaitu “Allahummagh”firli ummati muhammadin warhamhum rahmatan ‘ammah” kepada individu yang merakamkan keadaan terkini dirinya itu.
Doa ini hendaklah dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan Maghrib dalam sujud akhir kita manakala bagi solat fardu yang lain, dibaca sekali sahaja.
Dari penerangan doa diijazahkan oleh Wali Allah ini ialah, sesiapa yang mengamalkannya keluar daripada dosanya seperti pada hari dia diberanakkan oleh ibunya. Sesiapa yang mengamalkannya juga pahala yang diperolehi adalah sebanyak ummat Nabi Muhammd SAW, jika ia dibaca 10 kali, pahalanya sangat besar. Allahuakbar.
Marilah kita semua mendoakan agar ulama ini dipanjangkan usianya kerana ada di sebut tanda-tanda akhir zaman itu akan terjadi , apabila semakin ramai orang alim meninggalkan dunia yang fana ini.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...