Mungkin anda pernah merasakan hubungan anda dan pasangan suam-suam kuku. Apakah anda pernah merasakan pasangan anda kurang memberi perhatian kepada anda?
Ya, situasi ini bukanlah janggal berlaku kerana setiap pasangan memiliki rasa bosan dalam hubungan cinta mereka.
Lalu, bagaimana cara agar si dia dan anda selalu saling rindu merindu dan selalu ingat antara satu sama lain meskipun berada jauh antara satu sama lain?
Mudah saja. Hanya dengan kekuatan doa maka kita mampu membuatkan pasangan selalu mengingati kita walau di mana jua kita berada.
Doa ini boleh diamalkan agar pasangan selalu merindukan anda. Pasangan yang selalu merindu akan selalu ingin bertemu dan di situlah rasa cinta kasih semakin erat terjalin.
Doa ini mudah anda amalkan setiap hari. Cukup melafazkan doa agar si dia ingat kepada kita. Anda akan dapat merasakan manfaat/barakah dari doa ini.
Lafaz Doa Agar Si Dia Ingat Kepada Kita
(WALQOYTU ALAYKA MAHABBATAM MANNA WALITUSNA A’ ALA AIN)
Maksudnya:
“Aku limpahkan kepadamu kasih sayang yang berasal dariNya, agar engkau diasuh di bawah pengawasanNya.”
Cara Mengamalkannya:
Setelah mengetahui lazaf doa agar si dia selalu teringat kepada kita, ketahui tata cara mengamalkannya. Rasailah barakah daripada amalan doa tersebut.
CARA MENGAMALKAN DOA INI:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktunya.
2. Setelah solat, bacalah doa agar si dia ingat kita terus sebanyak 33 kali sebagai wirid doa.
3. Niatkan dalam hati agar pasangan anda selalu setia, selalu rindu dan selalu mengingati anda di mana saja dia berada.
4. Mintalah yang terbaik semoga pasangan anda saat ini adalah jodoh terbaik bagi anda.
Apabila anda mengamalkan doa ini secara rutin dan istiqamah maka Insya Allah anda akan dapat merasakan hikmahnya yang begitu besar.
Pasangan akan selalu ingat, selalu rindu dan tak mampu jauh dari anda.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bagaimana Nak Pastikan Mimpi Seseorang Itu Benar? Ini 3 Nasihat Rasulullah Tentang Mimpi
Mimpi ialah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan, atau deria lain ketika tidur terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.
Tidak semua mimpi itu benar kerana ada individu yang terpedaya dengan bisikan syaitan namun dirinya mentafsirkan mimpi itu sebagai benar dan kemudian berkongsi dengan orang ramai. Bahkan sebelum ini negara dikejutkan dengan penahanan tetua Perjalanan Mimpi Yang Terakhir atas nama Sittah Annur yang kini dibebaskan atas jaminan polis berikutan mimpi dikongsinya di media sosial.
Bagaimana mahu memastikan bahawa mimpi seseorang itu benar? Ikuti kupasan Dr Ahmad Sanusi Azmi mengenai mimpi yang dinasihati Rasulullah.
- Tular baru-baru ini tentang seorang wanita yang mengakui pernah berjalan di sekeliling Arasy Allah, melihat ketinggian Allah, bercakap dengan malaikat malah Allah dikatakan memberitahu dirinya tentang zikir tertentu dan sebagainya. Ketahuilah bahawa Rasulullah pernah berpesan kepada kita bahawa mimpi ini ada tiga jenis.
- Dalam sebuah riwayat yang direkodkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah bersabda:
وَالرُّؤْيَا ثَلاثَةٌ : فَالرُؤْيَا الصَّالِحَةِ بُشْرَى مِنَ اللَّهِ وَرُؤْيَا تَحْزِينٌ مِنَ الشَّيْطَانِ وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ ، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ وَلا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ
“Dan mimpi itu tiga jenis, mimpi yang soleh iaitu berita gembira dari Allah. (Kedua) mimpi yang datang dari syaitan untuk mengundang rasa sedih manusia dan (keitga) mimpi yang datang dari dalam diri manusia sendiri. Sekiranya seseorang itu ternampak dalam mimpinya sesuatu yang tidak disukainya, maka bangunlah dan dirikanlah solat dan jangan diceritakan mimpi tersebut kepada manusia.” (HR Muslim)
3.Dalam hadis ini Rasulullah menjelaskan bahawa ada mimpi yang datang dari Allah. Ia seperti yang berlaku dalam peristiwa Nabi Yusuf dan mimpi Nabi Ibrahim. Mereka datang dengan syariat yang benar.
4. Manakala yang lebih membimbangkan adalah mimpi yang datang dari syaitan untuk menakut-nakutkan manusia bahkan menyesatkan manusia. Sudah menjadi tabiat syaitan itu untuk menjauhkan manusia dari al-Quran dan hadis. Kata Sheikh Salman Audah:
أحياناً الرؤيا في المنام قد تكون من الشيطان بحيث يترتب عليها اعتقاد عند الإنسان
“Dan terkadang mimpi dalam tidur itu datang dari syaitan di mana ia merencana sesuatu yang boleh membawa iktikad (kepercayaan) di sisi manusia.”
- Seorang Arab Badawi pernah melihat mimpi yang buruk dalam tidurnya lalu dia mengadukan perkara ini kepada Rasulullah. Rasulullah lantas berpesan bahawa mimpi yang buruk jangan diceritakan dan jangan dilayan mainan syaitan dalam mimpi. Sabda Rasulullah:
لَا تُحَدِّثِ النَّاسَ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِي مَنَامِكَ
“Jangan ceritakan kepada manusia tentang permainan syaitan dalam mimpi kamu.” (HR Muslim)
- Dan andai sekiranya seseorang itu melihat mimpi yang baik, dia dinasihatkan agar hanya menceritakannya kepada orang yang dipercayainya sahaja atau meminta pandangan dan nasihat daripada orang alim yang mempunyai ilmu yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Sabda Rasulullah:
لاَ تُقَصُّ الرُّؤْيَا إِلاَّ عَلَى عَالِمٍ أَوْ نَاصِحٍ.
“Jangalah kamu menceritakan mimpi kamu melainkan kepada orang yang alim atau orang yang nasih (yang memberi nasihat kepada kebaikan). (HR al-Tirmizi)
- Sebagai orang awam, bagaimana pula kita boleh mengetahui samada mimpi seseorang yang menceritakan kepada kita itu adalah mimpi yang benar? Dalam perkara ini kita boleh menilai sosok peribadi seseorang itu sendiri. Seandainya dia orang yang soleh dan sentiasa berkata benar dan jujur, maka ada kebarangkalian mimpinya itu adalah benar. Namun andai sekiranya dia tidak menampakkan ciri orang yang soleh, dan mengajak manusia kepada kesesatan, maka ada kebarangkalian dia berdusta.
- Mimpi juga bukanlah sesuatu yang boleh dibangunkan daripadanya hukum syariat. Sesungguhnya syariat Allah telah sempurna. Ini dijelaskan berdasarkan firman Allah dalam firmannya:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” (Surah al-Maidah: 3)
- Atas dasar itu Sheikh Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa pensyariatan melalui mimpi hanya dikhususkan kepada para Nabi sahaja. Kata beliau:
لا اعتماد على رؤية المنام في غير حق الأنبياء عليهم الصلاة والسلام
“Tiada sandaran buat kita untuk menerima mimpi (sebagai penghujahan) melainkan hak yang ditentukan kepada para Nabi AS.
- Oleh yang demikian, kita hendaklah meneliti dahulu cerita mimpi yang disampaikan kepada kita. Bertanyalah kepada orang yang soleh lagi alim sekiranya disampaikan kepada kita tentang sesuatu mimpi dan berpegang teguhlah kepada ajaran al-Quran dan hadis yang telah sempurna, sebagai panduan buat diri kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Hukumnya Jual Durian Sekali Dengan Kulit. Untuk Yang Was-Was Wajib Ambil Tahu!
SOALAN:
Jualan durian pada hari ini diperhargakan secara timbang kilo. Kadangkala, isinya tidak berbaloi dengan berat kulit. Berbeza dengan buahan lain, isi durian tidak berpadanan dengan kulitnya.
Adakah kaedah jualan durian (timbang kilo) termasuk jual beli yang dilarang kerana melibatkan unsur-unsur gharar (penipuan)?
JAWAPAN:
الحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى نَبِيَّنا مُحَمَّدٍ؛ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين
*Gharar* sebagaimana yang dicatat di dalam kitab *Mukjam Isra* ( ISRA COMPENDIUM ) ialah sesuatu yang tidak diketahui keadaannya yang sebenar. *Contoh* gharar dalam belian ialah membeli ubi kayu yang masih berada di dalam tanah, yang hanya dapat dilihat sebahagiannya sahaja. Pembeli tidak mengetahui adakah ubi kayu tersebut elok semuanya atau sebahagian sahaja.
*Gharar* terbahagi kepada *tiga keadaan*;
1. *Gharar yang banyak* . Ijmak fuqaha memutuskan *tidak sah* jualbeli yang unsur ghararnya banyak.
2. *Gharar yang sedikit*. Ijmak fuqaha memutuskan *sah jualbeli* melibatkan gharar yang sedikit serta tidak dapat dielakkan.
3. *Gharar yang pertengahan*. Fuqaha berbeza pendapat adakah gharar pertengahan menyebabkan jual beli sah atau sebaliknya.
Berkaitan menjual *durian di dalam kulitnya*, *Syeikh Ahmad Khotib* pernah ditanya berkenaan hukum menjual buah durian yang masih berada di atas pokok yang sudah penuh isinya, sebahagiannya sudah masak dan sebahagiannya masih putik. Beliau memberi jawapan berikut:
*Sah* menjualnya kerana yang dimaksud daripadanya tertutup dengan lebatnya yang bermula kekal isinya padanya setengah daripada muslihatnya ( maslahat durian ) . Tetapi jika dilihat segalanya ( maka sahlah-penulis ). Dan *jika ada yang tersembunyi* daripadanya maka *tiadalah sah* menjualnya. Wallahua’lam.
Lihat *Kitab Masail dan Qawaid* himpunan *Ishak Adam* Tualang Kedah di Mekah al Mukarramah ( 1967).
Jawapan ini memberi faham bahawa sejak dahulu buah durian dijual dalam kulitnya yang jika tanpa kulit isinya menjadi cepat rosak atau mutunya menjadi berkurangan.
Jelas di sini menjual durian di dalam kulitnya adalah sah dan gharar yang terdapat padanya adalah gharar yang sedikit.
Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian oleh pembeli, pembeli mestilah mempunyai maklumat tentang durian yang berada di dalam kulit yang membolehkannya membuat anggaran kasar tentang mutu dan bilangan isinya serta jenisnya.
Jika pembeli tidak mempunyai pengetahuan tentang isi durian yang berada di dalam kulit, maka pembeliannya tidak sah kerana antara syarat sah jual beli ialah penjual dan pembeli mengetahui tentang barang jualan.
Begitu juga penjual mesti jujur memberi penjelasan kepada pembeli tentang durian yang dijualnya supaya jualannya sah.
*Berkenaan jualan secara timbangan* pula, ianya *tidak termasuk* gharar yang dilarang *jika penjual dan pembeli mampu* membuat anggaran kasar tentang isi durian tersebut.
Sebaliknya *jika pembeli atau penjual tidak mempunyai pengetahuan, dan tidak mampu membuat anggaran kasar* maka jualbeli durian secara timbangan adalah tidak sah kerana tidak memenuhi syarat sah jualbeli iaitu terdapat padanya *gharar yang banyak.*
Bagi pembeli yang merasa ragu tentang sah jualbeli durian secara timbangan, hendaklah menjauhi diri daripada terlibat dengan pembelian durian secara timbangan.
وصَلَّى اللهُ على مُحَمَّدٍ وعلى آلهِ وصَحْبهِ الأَكْرَمِينَ والحمدُ لله رَبِّ العَالِمينَ
INTAHA
وَاللَّهُ أَعْلَم
Pusat Talaqqi Batu Rakit
fb.com/PTBR.Official
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Menyentuh Hati. Imam Muzammil Hasballah & Makmun Mengalir Air Mata Sampaikan Doa Buat Kesejahteraan Muslim Uighur!
Sebelum ini kita biasa mendengar dan melihat penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di Palestin.
Negara mereka ini tidak habis-habis dizalimi dan ditindas oleh kaum Yahudi Israel yang mahu menghapuskan bangsa Islam di atas muka bumi ini.
Rupanya bukan di situ sahaja negara Islam ditindas tetapi juga di negara lain. Dan paling viral sekarang ini ramai memperkatakan tentang penindasan etnik Uighur di wilayah Xinjiang yang ditindas oleh kerajaan China.
Dikatalan penduduk Muslim di sana tidak diiktiraf oleh kerajaan Cina yang memegang tampuk pemerintahan ke atas jajahan berkenaan.
Banyak kezaliman yang dilakukan ke atas kaum Muslim Uighur antaranya dinafikan hak sebagai orang Islam di wilayah bergolak ini
Namun Muslim di sana mendapat sokongan dari pelbagai pihak, terutama di negara Islam sendiri. Masing-masing memberi sokongan tidak berbelah bagi dan terus berdoa agar Allah melindungi umat Islam Uighur daripada terus ditindas.
Terbaru, menerusi video memaparkan sekumpulan jemaah yang di imamkan oleh penghafaz Quran Muzammil Hasballah telah membacakan doa buat para umat Islam yang ditindas, dalam keadaan yang begitu sebak.
Begitu mendalam dan bersungguh-sungguh doa yang baca, sehingga jemaah yang lain juga turut menitiskan air mata meminta pertolongan yang Maha Esa untuk memberi perlindungan kepada umat Islam yang ditindas.
Jika didengar bacaan doanya, nyata membuatkan jiwa bergetar, menahan emosi mengenangkan nasib para Muslimin yang kini bermatian-matian memperjuangkan akidah mereka.
Doa yang dibaca ini turut mendapat perhatian warganet di laman sosial Facebook Rabiatul Adawiyah dan video ini ditonton lebih sejuta. Masing-masing turut mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana.
Hazelnut Love Allahukbar sebaknya ya allah lindungilah umatmu disana jauhkanlah mereka dri kesengsaraan sesungguhnya kau Maha mendengar Maha mengasahani dan maha segalanya2 aminnn..
Ambuyat Laici Amiinn. Smoga rakyat uyghur tabah dlm ujian dn Allah masukkn kesmuanya kedalam syurga..jannah.
Aamiinn
Fatimah Ismail Aamiin ya Rabbal Alamin…ya Allah kau lindungilah saudaraku daripada mereka yang zalim
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI