Buat kali ke-9 World #QuranHour dibawakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan berlangsung lagi tahun ini pada 24 Ramadan 1445H bersamaan 4 April 2024.
Bertemakan Ummah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial” berpandukan Surah Al Jumu’ah, World QuranHour akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana Masjid Negara, Kuala Lumpur jam 12 tengah hari.
Misi Surah Al Jumu’ah Ummah #GrandReset yang menjadi kempen #QuranHour sepanjang tahun 2024 ini, akan menjadikan 52 kali Jumaat pada tahun ini sebagai hari untuk melaksanakan Ummah #GrandReset.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutig WUIF MArhaini Yusoff Ummah #GrandReset mensasarkan kepada ‘reset’ kesatuan dan melakukan transformasi sosial bagi umat Islam dengan sasaran 3U: Ulama’, Umara’ dan Ummah sebagai formula menujuk kemenangan akhir zaman.
“Surah Al Jumu’ah memberikan panduan kepada kita bahawa berkumpulnya ummah di masjid mendengar khutbah dan solat kemudian mereka bertebarlah di muka bumi, bagi menjana ekonomi dan kekuatan ummah. Hari Jumaat merupakan hari kebesaran bagi umat Islam dan istimewa di sisi Allah SWT nagi mendidik jiwa untuk membesarkan Allah SWT,”ujar beliau dalam sesi Taklimat Sinergi Media World #QuranHour 1445H/2024.
World #QuranHour yang bakal berlangsung akan menerima kehadiran tetamu kehormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia.
Acara ini akan dipancarkan secara langsung di saluran Astro Oasis selaku penyiar utama.