“Susah Di Alam Kubur Kerana Menyanyi Je”, Ustaz Pesan Jangan Nilai Ibadah Orang. Doa Baik-Baik

Share

Semalam dunia seni dikejutkan dengan berita pemergian artis serba boleh, Adibah Noor kerana kanser rahim. Berita agak mengejutkan itu pasti sukar diterima rakan artis yang baik dengan arwah dan peminat. Segalanya tak terduga sebagaimana sudah tertulis ajal maut kita.

Di sebalik pemergian insan disayangi ramai ini, ada segelintir masyarakat yang menghukum termasuk mempertikaikan soal aurat selain mengatakan arwah akan susah di alam kubur kerana ketika hayat hanya menyanyi sahaja.

Betapa “nazaknya” pemikiran sesetengah individu yang menilai manusia hanya dari segi luarannya. Jika diambil kisah Amru bin Tsabit yang masuk syurga walau tak pernah solat seumur hidupnya selepas terbunuh dalam Perang Uhud, pasti kita akan belajar bahawa masuk syurga itu atas rahmat Allah taala.

Seperti kata Rasulullah di saat memaklumkan Amru masuk syurga bukan kerana amalannya tapi pahalanya banyak kerana berjuang di jalan Islam dalam Perang Uhud dan kerana itulah dirinya masuk syurga walau tak pernah solat seumur hidupnya.

Bacalah perkongsian dari Ustaz Mohammad Asraff Ayob di fbnya yang menepis tanggapan rakannya mengenai arwah akan “susah” di alam kubur kerana semasa di dunia asyik menyanyi saja. Jangan pernah menilai orang lain, hari ini Allah masih memelihara dosa dan aib kita tapi itu tak bermakna kita sempurna.

Baca perkongsiannya :-

Saya cepat menepis pandangan seorang rakan tentang ADIBAH NOOR :-

“Susah dia kat alam kubur tu..banyak menyanyi je masa hidup..”.

Saya terangkan:- Ish… Jangan cakap macam tu… Syeikh, yang Rasul ajar kita, bila seorang muslim meninggal, elok kita doakan baik-baik. Mohon Tuhan ampuni khilafnya, sayanginya & sambut dgn baik di alam sana.

Sebab hakikatnya semua orang tak kira lebai ke, ustaz ke, peguam ke, doktor ke, suri rumah ke, semua kita ada amal soleh & amal salah. Kita ni pun tak tahu lagi bagaimana akhir hayat nanti, husnul khatimah ke tidak.

Jadi, dari banyak judge orang & berprasangka, lebih baik kita doakan atau diam je.

Allahyarham Adibah tu setahu saya, suka bantu rakan & tak lokek kongsi rezeki. Bayangkan dulu seorang wanita yg banyak buat dosa besar pun dimasukkan ke syurga just ‘belanja’ anjing minum, inikan pula beliau yg ‘belanja’ rakan pi umrah!

Nampak pengajarannya di situ? Manusia mungkin menilai, ‘habislah pelac*r ni ke neraka.

Tapi penilaian Ilahi : Atas asbab satu amal solehnya Tuhan anggap ikhlas, melayang ia ke syurga…

Masyaallah, luasnya pintu Rahmat, kasih sayang & love Tuhan.

Back to allahyarham tadi, jika aibnya diketahui, kita ambil iktibar & doakan agar diampuni.

Elakkan mengecam. Elakkan mengata. Elakkan menghukum sebab, kita yang ‘so called’ orang agama ni pun ada aib & dosa jugakan?

Maknanya kita ni takdelah suci sangat. Selama ni beruntung sangat sebab Tuhan bantu ‘cover’ aib dari diketahui. Klu terbuka semua, takde siapa pun nak dengar ceramah kita…

Allahu…

~ Fala tuzakku anfusakum, Huwa aklamu bimanit taqo (surah Najm, 32)
~ jangan cepat menilai dirimu suci, kerana hakikatnya Tuhan sahaja yang Mengetahui siapakah lebih bertakwa.
Al Fatihah (mohon dibaca) untuk allahyarham Adibah Noor. Moga Tuhan melayaninya dengan keampunan & kasih sayang, amin.
Terima kasih kerana kehadiranmu banyak menyerikan hidup kami…

Ust Asraff Ayobb

Published by
almaswa Haji Che Ros