Memilih untuk mendirikan rumahtangga adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah yang sangat dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang telah cukup syarat dan berkemampuan daripada pelbagai aspek.

Ada 5 rukun nikah wajib diketahui iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi serta ijab dan kabul.

Antara perkara paling penting dalam urusan pernikahan ialah kehadiran wali. Jika ayah masih ada, maka ayahlah menjadi walinya dan jika ayah sudah meninggal dunia maka tanggungjawab itu jatuh kepada datuk (iaitu bapa kepada ayah) dan selepas itu barulah adik lelaki seibu seayah yang sudah baligh.

Dalam satu perkongsian dari Muzakarah Jawatankuasa MKI Kali Ke-111 yang bersidang pada 8-10 November 2017 berdasarkan kajian dan kertas yang dibentangkan, mendapati bahawa:

IKLAN

i. Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap susunan wali pernikahan yang diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat tiga isu perbezaan pada susunan sesetengah wali, istilah yang digunakan, dan penetapan sesetengah wali dalam senarai.

ii. Isu pertama ialah perbezaan dalam penetapan cucu saudara (anak lelaki kepada anak saudara lelaki) dalam senarai wali, di mana sesetengah pihak menyenaraikannya dalam satu kategori khas, manakala sesetengahnya pula tidak menyenaraikannya dalam satu kategori khas. Setelah membuat penelitian terhadap perbezaan tersebut, didapati bahawa perbezaan hanya timbul dari sudut perincian susunan wali sahaja dan tidak mengubah susunan wali sebagaimana yang sebenarnya.

iii. Isu kedua ialah perbezaan antara negeri-negeri pada susunan antara datuk saudara dan sepupu. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung turutan susunan antara sepupu dan datuk saudara, didapati bahawa sepupu sepatutnya didahulukan daripada datuk saudara.

IKLAN

iv. Isu ketiga ialah perbezaan antara negeri-negeri berkenaan kedudukan moyang saudara dalam susunan wali. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung kedudukan moyang saudara didapati bahawa susunan yang tepat ialah moyang saudara diletakkan selepas ketiadaan anak dan cucu kepada datuk saudara.

Susunan Kedudukan Wali Wajib Bakal Pengantin Kena Tahu! Jika Bapa Meninggal, Siapa Selepasnya Jika Kita Tiada Adik Beradik Lelaki?

IKLAN

4.1.4 Sehubungan dengan itu, Muzakarah bersetuju menerima cadangan susunan wali seperti berikut :-

(1) Bapa الأب
(2) Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas الجد أبو الأب
(3) Saudara lelaki seibu sebapa الأخ للأب والأم
(4) Saudara lelaki sebapa الأخ للأب
(5) Anak saudara lelaki seibu sebapa ابن الأخ للأب والأم
(6) Anak saudara lelaki sebapa ابن الأخ للأب
(7) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب والأم
(8) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب
(9) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa العم للأب والأم
(10) Bapa saudara sebelah bapa sebapa العم للأب
(11) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu) ابن العم للأب والأم
(12) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu) ابن العم للأب
(13) Anak sepupu seibu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب والأم
(14) Anak sepupu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب
(15) Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب والأم
(16) Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب
(17) Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ابن عم الأب للأب والأم
(18) Anak lelaki datuk saudara sebapa ابن عم الأب للأب
(19) Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب والأم
(20) Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب
(21) Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب والأم
(22) Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب
(23) Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن عم الجد للأب والأم
(24) Anak lelaki moyang saudara sebapa ابن عم الجد للأب
(25) Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن ابن عم الجد للأب والأم
(26) Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa ابن ابن عم الجد للأب

4.1.4 Muzakarah juga berpandangan cadangan susunan wali ini harus dirujuk dan tertakluk kepada enakmen pentadbiran undang-undang keluarga di negeri masing-masing . Sumber : Portal Rasmi JAKIM

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI