Memilih untuk mendirikan rumahtangga adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah yang sangat dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang telah cukup syarat dan berkemampuan daripada pelbagai aspek.
Ada 5 rukun nikah wajib diketahui iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi serta ijab dan kabul.
Antara perkara paling penting dalam urusan pernikahan ialah kehadiran wali. Jika ayah masih ada, maka ayahlah menjadi walinya dan jika ayah sudah meninggal dunia maka tanggungjawab itu jatuh kepada datuk (iaitu bapa kepada ayah) dan selepas itu barulah adik lelaki seibu seayah yang sudah baligh.
Dalam satu perkongsian dari Muzakarah Jawatankuasa MKI Kali Ke-111 yang bersidang pada 8-10 November 2017 berdasarkan kajian dan kertas yang dibentangkan, mendapati bahawa:
i. Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap susunan wali pernikahan yang diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat tiga isu perbezaan pada susunan sesetengah wali, istilah yang digunakan, dan penetapan sesetengah wali dalam senarai.
ii. Isu pertama ialah perbezaan dalam penetapan cucu saudara (anak lelaki kepada anak saudara lelaki) dalam senarai wali, di mana sesetengah pihak menyenaraikannya dalam satu kategori khas, manakala sesetengahnya pula tidak menyenaraikannya dalam satu kategori khas. Setelah membuat penelitian terhadap perbezaan tersebut, didapati bahawa perbezaan hanya timbul dari sudut perincian susunan wali sahaja dan tidak mengubah susunan wali sebagaimana yang sebenarnya.
iii. Isu kedua ialah perbezaan antara negeri-negeri pada susunan antara datuk saudara dan sepupu. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung turutan susunan antara sepupu dan datuk saudara, didapati bahawa sepupu sepatutnya didahulukan daripada datuk saudara.
iv. Isu ketiga ialah perbezaan antara negeri-negeri berkenaan kedudukan moyang saudara dalam susunan wali. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung kedudukan moyang saudara didapati bahawa susunan yang tepat ialah moyang saudara diletakkan selepas ketiadaan anak dan cucu kepada datuk saudara.
4.1.4 Sehubungan dengan itu, Muzakarah bersetuju menerima cadangan susunan wali seperti berikut :-
(1) Bapa الأب
(2) Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas الجد أبو الأب
(3) Saudara lelaki seibu sebapa الأخ للأب والأم
4.1.4 Muzakarah juga berpandangan cadangan susunan wali ini harus dirujuk dan tertakluk kepada enakmen pentadbiran undang-undang keluarga di negeri masing-masing . Sumber : Portal Rasmi JAKIM