Nikah dulu baru bercinta menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah adalah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya namun tidak berakhir di jenjang pelamin.
Mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.
Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.
Namun pada masa kini istilah bercinta selepas nikah ini lebih kepada hubungan yang dihalalkan dengan cepat tanpa melalui proses cinta yang panjang sebelum bernikah.
Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Salman di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018 lalu.
Tidak seperti pasangan lain yang mengambil masa lama untuk bercinta, Hamidah dan pasangannya mengambil pendekatan bercinta selepas nikah. Kini pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahayamata.
Dalam kapsyen di Instagramnya, Hamidah sempat meluahkan isi hatinya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)
Cinta selepas nikah bukan sahaja lebih indah tetapi juga menjadikan pasangan suami isteri bersama-sama menambah pahala. Jika sebelum ini hanya beribadat seorang tetapi apabila sudah berumah tangga, amal ibadat boleh dilakukan bersama.
Tatkala Hamidah kehilangan lelaki yang amat disayangi iaitu ayahnya, Allah hadirkan seorang lelaki yang kini menjadi imamnya. Kehadiran suami dalam hidup Hamidah menyempurnakan kehidupannya.
Da’i Hamidah telah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga, 2015.
Didoakan moga mahligai yang dibina kekal hingga ke Jannah.
Sumber: Instagram Da’i Hamidah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lelaki Tak Pandang Wanita Itu Cantik Atau Tak, Tapi Kena Ada 8 Sifat Ini Untuk Jadi Isteri Idaman
Tidak dinafikan kaum lelaki dikatakan agak cerewet untuk memilih pasangan hidup mereka.
Bukan kecantikan ang dilihat semata-mata, tetapi ada beberapa perkara lain yang dilihat oleh kaum lelaki sebelum bersedia menjadikan wanita itu sebagai isterinya.
Berikut dikongsikan beberapa sifat wanita yang menjadi buruan oleh lelaki.
Semoga menjadi panduan kepada wanita-wanita di sana untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan anda sebagai persiapan menjadi isteri yang berbudi dan menjadi kebanggaan para suami.
1. Sangat Memahami
Kaum lelaki semestinya mengidamkan wanita yang sentiasa memahami diri, hobi dan kehendak mereka malah mereka akan berasa amat senang untuk mendampingi wanita yang mempunyai sifat seperti ini.
Pada masa yang sama, kaum lelaki juga harus memahami tentang wanita yang di sayanginya dengan memberi tahu si dia terlebih dahulu jika anda ingin melakukan sesuatu aktiviti yang mengambil masa lama supaya tidak menimbulkan curiga dihatinya.
2. Bersifat Kebudak-budakkan /Manja
Kebanyakan lelaki tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat manja dan kebudak-budakan kerana mereka berasa terhibur dengan telatah anda. Tapi jangan manja yangmelampau sangat sampai buat mereka menyampah dengan anda.
3. Menjadi Diri Sendiri
Lelaki tidak gemar wanita yang bersifat kepura-puraan. Tidak perlu memakai mekap yang tebal dan pakaian yang cantik, berlakon sopan didepannya semata-mata untuk memikat dia. Wanita lebih tertarik , jika wanita itu menjadi dirinya sendiri.
4. Tidak Banyak Karenah
Lelaki suka mendekati wanita yang tidak banyak songeh. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.
5. Suka Kanak-kanak
Wanita yang mempunyai sifat ini, amat disenangi oleh lelaki. Ini kerana merekaber pendapat, wanita yang mempunyai naluri keibuan yang tinggi, penyabar, ceriadan kreatif mampu untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya kelak.
6. Pandai Jaga Diri
Lelaki suka dengan wanita yang mampu menjaga dirinya sendiri. Dia mampu menjaga maruah dirinya sendiri. Tahu mana yang perkara yang baik dan perkara buruk dan tidakakan sekali-kali membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
7. Bijak Bergaul & Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki lebih – lebih lagi dengan orang yang lebih tua darinya. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikandiri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau dikampung. Kadang kala, wanita yang mempunyai sifat sebegini lebih disayang olehkeluarga sebelah lelaki lebih dari lelaki itu sendiri.
8. Pendengar Yang Baik & Pandai Berkata
Lelaki tertarik dengan wanita yang bijak berkomunikasi. Dia boleh diajak bersembang, walaupun pun topik yang dibualkan lebih kepada topik kegemaran kaum lelaki contohnya seperti sukan.
Selain itu juga, dia mampumenjadi pendengar yang baik jika pasangannya mempunyai masalah dan mampumemberikan pendapat dan respon yang baik. Wanita seperti ini juga bijak mengalihkan perbualan yang serius kepada yang lebih menarik. Pasti membuat lelaki rasa selasa dan sentiasa ingin berada di sampingnya.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Untung Besar Kalau Bercinta Selepas Nikah. Halal & Banyak Kejutan
Islam menganjurkan nikah kepada pasangan lelaki dan perempuan yang cukup syaratnya bagi menyempurnakan suruhan agama.
Bernikah adalah lesen mendapatkan kebahagiaan cinta dan kasih sayang selain sebagai menghalalkan ikatan hubungan dua jiwa.
Bercerita tentang nikah, dalam zaman moden hari ini, ramai pasangan muda lebih selesa untuk bercinta sebelum nikah dengan alasan ingin mengenali hati budi sebelum berumahtangga.
Namun, bukan perkara mustahil atau pelik apabila ada pasangan memilih untuk bercinta selepas nikah.
Ini selari dengan hukum Islam agar terpelihara daripada perbuatan mungkar sehingga terjadinya zina jika pasangan bujang ini lalai dan hanyut dikawal nafsu dan lelaki pula tidak memelihara pandangan mata manakala perempuan tak prihatin menjaga auratnya.
Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran an Nur: 30
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS An-Nur : 30)
Berkasih (dating) sebelum bernikah adalah haram di dalam Islam kerana terkadang jika ada laki-laki dan wanita yang berdua-duaan dan berpandang-pandangan maka diantaranya akan ada godaan yang lebih.
Untuk itu, menjaga aurat dan kemaluan adalah suatu yang wajib. Kesimpulannya, Islam jelas tidak menganjurkan gaya hidup bercinta sebelum nikah.
Pasti ramai yang tak setuju, namun mampukah kita menjaga batasan saat keluar ‘dating’ bersama?
Untuk justifikasi, apa kata kita selami satu persatu kenapa bercinta selepas nikah ini membawa keuntungan besar dan kebahagiaan buat pasangan. Dunia dapat, akhirat pun selamat.
1. Selamat Dari Dosa Zina
2. Hidup Penuh Kejutan; Terasa Bahagia Dan Tak Bosan
Ini lah masanya pasangan akan lebih kenal mesra antara satu sama lain. Setiap hari dijalani dengan penuh kejutan.
Berbanding jika bercinta sebelum bernikah, pasangan sudah kenal dan merasa cepat bosan kerana sudah mengetahui sikap pasangan semasa bercinta dahulu.
Bagi pasangan yang baru menikah tanpa bercinta tentu akan merasakan nikmatnya kebahagiaan bersama tanpa bosan kerana baharu nak lalui keindahan masa bercinta dan berkasih sayang. Ini baru betul-betul merasa pasangan pengantin baru.
Memang benar, pastinya akan ada berlaku konflik dalam keluarga namun, akan selalu ada jalan keluar asalkan cinta dan kasih sayang selalu tumbuh mekar dalam pasangan.
3. Menikmati Indahnya Masa ‘Berkenalan’ Setelah Menikah
4. Nikmat Berkasih Sayang Secara Halal
Artikel berkaitan:Nikahi Wanita Itu Kerana Empat Perkara, Harta, Keturunan, Cantik & Agama, Tapi Pilihlah Agama
Artikel berkaitan:Ini Hukumnya Patut Tahu Bila Suami Berkata Menyesal Bernikah Dengan Isteri
Kashoorga: Walaubagaimanapun, jangan lah disebabkan keuntungan ini, kita terburu-buru hendak bernikah. Perlu ada usaha awal untuk kenal pasti kriteria bakal suami atau isteri yang baik menurut Islam. Memang tak mudah dan harus mengerti terlebih dahulu apa matlamat untuk bernikah. Ingat ya bukan semberono sahaja buat keputuan bernikah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Wanita ‘Dicipta’ Dari Tulang Rusuk Lelaki, Simbolik Wanita Tidak Sempurna
Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
Rangka tulang rusuk itu telah direka khas oleh Allah SWT untuk melindungi dan menjaga jantung dab struktur-struktur di sekitarnya. Tulang rusuk yang melengkung dan bengkok telah dibentuk untuk fungsinya yang menyembunyikan. Dan seperti tulang rusuk yang melindungi jantung, wanita juga diciptakan untuk melindungi dan menjaga manusia.
Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menggangu jirannya. Dan berbuat baiklah kepada wanita, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau cuba meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Jadi kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita.” (HR Bukhari),
Perbandingan yang dibuat antara wanita dan tulang rusuk adalah peringatan yang indah bahawa wanita diciptakan tak sempurna. Ada hari yang mereka diberi “cuti”, bila emosi mereka tertanggung dan mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja harian.
FITRAH WANITA
Tapi semua ini adalah sebahagian dari fitrah wanita, dan wanita diciptakan sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga utama. Emosi wanita membantu mereka untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik, dan emosi itu juga membantu bila logik akal dan tak mampu bersabar.
Sebagai suami, anda perlu faham bahawa isteri anda takkan jadi sama seperti yang anda mahukan. Dia ada caranya sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara, yang tak selalunya sama dengan cara yang anda suka. Tapi yakinlah bahawa dia diciptakan cukup sempurna untuk tugasnya dan untuk anda, pasangan hidupnya.
Nabi Muhamad SAW menasihat kita untuk tidak cuba membaiki “kesalahan” isteri masing-masing atau ubah caranya. Nabi SAW menyarankan supaya kita menerima isteri seadanya dan terima bahawa dia ada banyak sifat yang berlainan dari lelaki.
Ini tak bermaksud bahawa lelaki lebih baik dari wanita atau wanita lebih baik dari lelaki tapi seperti tulang rusuk, lelaki dan wanita telah diciptakan sempurna untuk tujuan masing-masing. Wanita atau lelaki takkan lengkap tanpa satu sama lain. Mana isteri lemah, suaminya kuatkan. Mana suaminya kurang, isterinya lebih.
ISTERI ITU NIKMAT UNTUK SUAMI
Rasulullah SAW menyifatkan manusia seperti gelas yang halus, yang seharusnya dijaga dengan cinta dan kasih sayang. Isteri adalah salah satu nikmat dari Allah SWT, pasangan untuk anda sama-sama cari ketenangan.
Oleh itu, jangan berkeras dengan isteri anda. Terima perbezaanya sebagai fitrah dan ingat bahawa sifat-sifatnya inilah yang buat dia sempurna untuk tugasnya.
Jangan paksa dia ikut kehendak anda kerana wanita susah menerima kata-kata kesar dan arahan. Mereka lebih mudah membalas kebaikan dan kasih sayang.
Cuba sehabis baik untuk lupakan kesalahan dia yang nampak di mata anda, dan fokus kepada kebaikannya.
Paling penting, kasihani dia kerana bila anda cuba “meluruskan” dia, sama seperti tulang rusuk, ia akan patah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI