Syahdunya, Lihat Orang Ramai Melambai Tangan Beri Penghormatan Petugas Hospital Di Wuhan Yang Dibenarkan Pulang

Share

Seperti yang kita tahu, virus COVID-19 ini bermula di wilayah Wuhan China. Negara China antara yang terjejas teruk akibat pandemik koronavirus yang sangat merbahaya ini.

Namun hari ini kita boleh lihat bandar Wuhan tidak lagi mencatat kes baru COVID-19 dalam masa 24 jam buat pertama kali sejak melaporkan kes pertama pada bulan Disember.

Jika sebelum ini, wabak berkenaan telah menjangkiti lebih 250 ribu orang di seluruh dunia dan membunuh lebih dari 11 ribu orang.

Dan kini tular sebuah video memaparkan sekumpulan petugas perubatan daripada pelbagai dareah di China sudah mula pulang meninggalkan Wuhan untuk ke tempat asal masing-masing dan bertemu keluarga.


Namun begitu paling menyedihkan apabila ketika kenderaan yang membawa semua kakitangan perubatan yang bertugas di Wuhan pulang ke daerah masing-masing, dilihat orang awam melambai dan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas.

Jika diperhatikan, sepanjang perjalan orang awam mengiringi kepulangan para petugas yang sebelum ini bertungkus lumus merawat dan cuba membendung wabak berkenaan.

Ternya petugas ini juga turut mengalirkan air mata Melihat jasa mereka menabur bakti dikenang oleh masyarakat di sana.

Malah terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka kerana akhirnya dapat pulang ke rumah bertemu keluarga masing-masing setelah lama terpisah demi tugas.

Jumaat lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bahawa pusat gempa asal di China mengenai wabak ini berkata tiada laporan kes baru dicatatkan.

Dan senario ini memberi harapan seluruh dunia untuk memerangi pandemik virus yang meragut ribuan nyawa seluruh dunia.

Published by
Siti Zurina Mat Saman