‘Syahril lakukan solat istikarah sebelum buat keputusan.’ Pelajar cemerlang 11A terima 10 tawaran sambung belajar. Bertuah sungguh empunya badan, bukan satu tetapi 10 tawaran yang diterima.
Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah membuat pilihan apatah lagi melibatkan 10 tawaran. Kita sendiri pun kadang-kadang susah membuat pilihan, apa lagi melibatkan masa depan.
Syahril Lakukan Solat Istikarah
Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A yang tular menjaga ibu sakit, Muhammad Syahril Saidi menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajaran termasuk biasiswa.
Jelas Syahril, 18, dia perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.
Menurutnya, setakat ini dia mahu meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok, Kelantan untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.
“Saya akan buat perancangan, langkah demi langkah untuk pilih mana yang terbaik. Tawaran memang banyak daripada pelbagai agensi, saya ucapkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bagi tawaran biasiswa.
Ads
“Doakan saya dan keluarga, semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan jadi pemimpin Islam yang benar-benar membawa kebenaran,”katanya.
Jelas pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang ini, tidak sepatutnya dia seorang sahaja diraikan atas kejayaan dalam SPM, tetapi individu di sekeliling yang banyak membantunya seperti abang, kakak, ibu bapa saudara dan guru-gurunya yang mengetahui kesusahan hidupnya sebelum ini.
Pelajar Cemerlang 11A
Menurutnya, mereka adalah insan di sebalik tabir yang mendorong kejayaannya terutama arwah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang baru meninggal dunia, Sabtu lalu.
“Banyak yang arwah umi pesan pada saya, tapi biarlah jadi simpanan peribadi saya,” katanya yang turut menerima tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa bank.
Sementara itu, bapa saudara Syahril, Rosmazuki Mat Jusoh, 45, berkata dia mengagumi kecekalan hati anak-anak saudaranya yang menjaga ibu mereka selepas kematian bapa mereka, Saidi Mat Jusoh sejak 11 tahun lalu.
Ads
Katanya, arwah ibu bapa mereka sering mengajar anaknya supaya tidak menyusahkan orang lain.
Terima 10 Tawaran Sambung Belajar
“Saya juga ingin berterima kasih kepada seorang Cikgu Shafie Sidik, antara individu paling banyak membantu mereka, tak ada budi yang kami dapat balas,” katanya.
Akhlak baik Syahril, abang serta kakak-kakaknya turut mengundang simpati orang ramai sehingga ada mahu mengambil mereka sebagai anak angkat selain sering membawa makanan, keperluan harian dan membantu keluarga ini selepas ibu mereka diserang penyakit angin ahmar pada 2019.
Kesusahan dan pengorbanan remaja ini terbongkar selepas dia berjaya menjadi pelajar tunggal sekolahnya mendapat 11A dalam SPM 2022 yang diumumkan Khamis lalu.
Bagaimanapun, ibunya yang sakit meninggal dunia pada Sabtu lalu dan solat jenazah diimamkan Syahril.
Ads
Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati.
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakan amal ibadah. Lakukanlah amalan yang baik dan Allah akan melipat gandakan pahala jika kita melakukannya.
Walaupun ramai yang mengeluh mengatakan bulan puasa ini kita akan jadi penat dan tidak boleh buat kerja lain tetapi kali ini situasinya berlainan.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada istilah penat malah kita punya lebih banyak masa untuk melakukan amalan kebaikan.
Gambar sekadar hiasan.
“Itu adalah tanggapan yang salah (penat) sebenarnya. Sebagai orang Islam kena kuat pada bulan Ramadan.
“Kita kena ingat dalam Islam setiap amalan dengan kadar kesusahan yang kita dialami. Kita penat atau susah itulah pahalanya.
“Banykkan buat amalan soleh pada bulan Ramadan, insya-Allag akan beri manfaat di dunia dan juga di akhirat,” ujar Pendakwah Selebriti, PU Riz dalam Tazkirah Ramadan.
KASHOORGA: Jangan lupa ikuti secara Eksklusif Ramadan Kashoorga Tazkirah & Azan LIVE di palatform Digital Facebook setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini sudah masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Walaupun tahun ini situasi Ramadan agak berlainan, tetapi yang penting menunaikan ibadah ini dengan penuh istiqamah.
Dalam kita berpuasa, jangan sesekali abaikan amalan wajib lain terutamanya solat. Tidak ada gunanya seharian berpuasa tetapi tidak bersolat. Ini kerana solat itu lebih utama kerana merupakan tiang agama.
Pendakwah Bebas, PU Riz dalam Tazkirah Ramadan memberitahu kedua-duanya adalah wajib untuk dilakukan.
“Solat dan puasa itu kedua-duanya perlu dilaksanakan. Tetapi bila kita tinggal salah satu terutama solat kerana solat itu adalah satu amalan yang membezakan orang Islam dengan bukan Islam.
“Kalau puasa orang Yahudi pun puasa juga. Kalau amalan solat macam kita buat ini, hanya orang Islam yang melakukannya.
“Jadi wajib kita laksanakan kedua-duanya, solat dan puasa dan semogą kita mendapat manfaatnya,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam dunia yang menuju semakin menuju ke penghujungnya ditambah ujian wabak penyakit Covid-19 yang mengakibatkan ribuan sudah meninggal dunia, sudah pasti kita mahukan pengakhiran yang baik dalam kehidupan kita.
Justeru itu, semakin ramai yang “mencari” ilmu-ilmu sebagai bekalan di akhirat kelak di mana menuntut ilmu diperlukan oleh manusia untuk mencapai kebaikan di dunia mahu pun di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah yang bermaksud: “Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya ” (Surah al-Taubah ayat 122) dan sabda Nabi SAW: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (Hadis riwayat al-Imam Ibnu Majjah).
Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan, maka jelas tuntutan mencari ilmu itu adalah wajib bagi seluruh umat Islam baik muslimin mahupun muslimat.
Dalam pada itu, dari satu perkongsian ilmu oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Zainul Asri Haji Mohamad Romli yang merupakan Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi Kedah mengenai “doa mahal” iaitu doa agar sempat bertaubat sebelum mati.
Jelas Tuan Guru Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, doa ini diajarkan oleh gurunya dan sejak itu dirinya tidak pernah terlupa untuk membacanya.
Doanya juga amat ringkas dan boleh kita amalkan bersama-sama.
Doanya berbunyi begini:-
Allahummarzuqna qoblal mauti taubah
(Wahai tuhan tolong rezeki pada kami, sebelum kami mati kami sempat bertaubat).
Wa’indal mauti syahadah
(Ketika kami mati kami mendapat kesyahidan)
Waba’dal mauti jannatan wana’ima
(Selepas kami mati, kami mendapat syurga dan nikmat syurgaMu)
Bacalah doa selepas solat dan boleh juga sebelum kita melelapkan mata. Semoga kita semua meninggal dalam khusnul khotimah. Aamiin. Sumber : Tik Tok Kasturi_878
Berat lakukan ibadah dalam bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk kita sepanjang bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan...