Satu hal amat penting setelah hidup berumahtangga pasangan bekerja ialah perlu ada toleransi tinggi; belajar dan terima kekurangan masing-masing. Jangan menuntut yang bukan-bukan atau mencari kesempurnaan.
Apabila ada kekurangan, maka kedua-duanya perlu berusaha perbaiki kekurangan itu. Ini adalah ‘syarat’ wajib terima. Seringkali perceraian terjadi apabila ‘syarat’ ini gagal dihadam baik suami atau isteri.
Contoh paling jelas ialah apabila masing-masing sibuk mempertikaikan tugas dan tanggungjawab menguruskan hal ehwal rumahtangga. Masing-masing sibuk mempertahankan hak tetapi lupa nak menguruskannya.
Tak dinafikan, apabila kedua-duanya bekerja, masing-masing kepenatan apabila sampai di rumah. Dalam situasi ini, pembahagian tugas di rumah perlu dirancang bijak dan adil.
Pertengkaran amat mudah terjadi hanya kerana ada istilah kuno yang diguna pakai; “Kerja aku ini sahaja, kerja kau kena buat semua tu”
Apabila ini terjadi, timbul ketidak puasan hati salah seorang. Kita ikuti nukilan Dr. Mohd Norhusni Mat Hussin, pensyarah Kanan di Jabatan Syariah & Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya tentang isu mempertahankan hak dan menguruskan hak suami isteri ini.
Ads
Pertikaian Tugasan Di rumah
“Viral di Facebook berkenaan berlakunya perceraian akibat suami yang berat tulang, tidak membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Timbul pula komen-komen yang menyatakan bahawa tugas mengemas rumah, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya bukan tugas isteri tetapi tugas suami,” ulasnya
“Malah, ada yang menambah bahawa suami wajib mencari pembantu rumah untuk meringankan beban isteri. Kalau wajib, tak buat maka berdosalah jawabnya.
“Kenyataan ini betul tapi tidak sepenuhnya tepat pada semua keadaan. Saya pernah menghuraikan isu ini dengan panjang lebar semasa forum anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia pada Ramadhan yang lepas”
Ads
Tugas Urus Rumahtangga Adalah Tugas Suami Sahaja?
Meneruskan catatan, dia menyatakan bahawa, adalah sesuatu yang tidak adil andainya seorang suami yang bekerja sehingga lewat petang atau malam terpaksa pula menguruskan rumah tangga, termasuk mengemas, memasak, menyidai kain dan sebagainya apabila pulang ke rumah.
Isteri pula suri rumah tangga sepenuh masa dan tidak berpenat tanpa melakukan apa-apa tugasan hanya dengan alasan “kononnya dalam agama” tugas menguruskan rumah tangga adalah tugas suami.
Dalam sebuah hadis yang panjang, saat Fatimah pergi mengadu kepada Rasulullah (Rasulullah tiada di rumah pada waktu itu) memohon diberikan pembantu rumah kepadanya, lantaran kepenatan dan keletihan Fatimah menguruskan kerja-kerja rumah, tidak pula Rasulullah menyuruh supaya Saidina Ali yang melakukan kerja-kerja rumah tersebut atau mengarahkan Ali mencari seorang pembantu rumah buat Fatimah.
Sebaliknya baginda mengajar zikir buat ketenangan Fatimah yang sentiasa keletihan menguruskan rumah tangga (hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Dengan kata lain tugas-tugas dalam kehidupan berkeluarga telah disusun dengan baik oleh agama kita.
Ads
Tip Bahagia Pasangan Bekerja
Keadaan ini mungkin berbeza kalau suami dan isteri sama-sama bekerja. Di sinilah perlunya tasamuh (toleransi yang tinggi antara suami dan isteri). Kerja rumah seharusnya dikongsi bersama pasangan bekerja ini.
Kalau isteri memasak, suami uruslah anak-anak, isteri mengemas, suami membasuh baju dan sebagainya. Janganlah suami pula beraja di mata bersultan di hati meskipun suami wajar dilayani oleh isteri. Apabila sama-sama penat, maka wajarlah kepenatan itu dikongsi bersama.
Menuntut Hak & Mempertahankan Hak
Begitulah rumah tangga. Ianya bukan sekadar menuntut atau mempertahankan hak masing-masing, tetapi bagaimana kebijaksanaan menguruskan hak tersebut. Suami dan isteri adalah manusia biasa dan hidup di dunia yang sifatnya tidak sempurna.
Tentu sekali akan banyak kelemahan dan kekurangan. Perkahwinan adalah belajar menerima kekurangan dan bukannya medan menuntut kesempurnaan. Kekurangan atas sifat sebagai manusia biasa dan bukannya kesempurnaan macam dalam drama!
Itulah rumah tangga yang kekal dengan mawaddah, sakinah dan dalam barakah Allah sentiasa. Ianya bukan sekadar mempertahankan hak tetapi belajar bagaimana menguruskan hak itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
*Tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher. *Menutup bahagian leher dan juga dada. *Memakai tudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga menyebabkan rambut masij kelihatan. *Tidak berlebih-lebihan. Tudung yang sederhana itu lebih baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak dahulu lagi, usahawan Sajjad agak terkenal dengan kontroversi. Semuanya berkaitan dengan isu jantinanya yang tidak pernah selesai. Namun baru-baru ini, sekali lagi Sajjad menjadi tumpuan selepas mendapati dirinya digari dan menangis di instagramnya. Ia berikutan dakwaan dikasari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyiasat berikutan aduan dan dakwaan mengenai dirinya berpenampilan wanita. Masa yang sama, Sajjad berkata, dia turut berbuat kebaikan
Ikuti penjelasan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Dr Ahmad Sanusi Azmi yang menulis isu ini, antara Sajjad dan JAIS, adakah sedekah menghalalkan dosa di fbnya.
1.Pihak JAIS telah mengesahkan bahawa mereka telah memanggil Encik Sajjad sebagai proses siasatan di bawah Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor yang menyentuh soal menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
2. Berdasarkan laporan yang diterima, pihak JAIS hanya bertugas menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima pada tahun 2018 dan 2020. Malah apa lebih serius, peruntukan seksyen 10 tersebut menyentuh soal penghinaan terhadap Islam. Jadi, En Sajjad seharusnya memberikan kerjasama penuh terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan isu penghinaan terhadap Islam.
3. Pihak En Sajjad pula memberikan respon bahawa beliau telah dikasari sehingga mengungkit kebaikan menganjurkan majlis amal buat pelajar tahfiz. Benar, dalam hadis Rasulullah menjelaskan bahawa amalan yang baik akan menghapuskan dosa, tetapi seseorang itu juga dituntut untuk meninggalkan dosa dan bertaubat agar amalan mereka diterima Allah.
4. Seorang Muslim tidak boleh mendakwa telah banyak bersedekah sedangkan dalam masa yang sama dia turut melakukan perkara yang dicegah yang membawa kepada dosa. Apakah bersedekah kepada pelajar tahfiz membolehkan kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah?
5. Satu perkara yang sering diperkatakan tentang En Sajjad adalah isu pemakaian ala wanita yang ditegah keras oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah:
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari).
Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat di dalam hadith ini.
6. Perlakuan dosa terlaknat seperti ini hendaklah diiringi dengan sesalan taubat untuk meninggalkan dosa tersebut. Ia bukan sekadar disucikan dengan memberi makan kepada pelajar tahfiz. Ini selaras dengan firman Allah:
“Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka.”
7. Menurut al-Imam Ibn Asyur, ayat ini menjelaskan bagaimana seorang muslim seharusnya tidak mencampurkan amalan yang soleh dengan amalan dosa dan maksiat. Mereka yang melakukan sedemikian seharusnya meninggalkan dosa-dosa yang mereka lakukan. Kata Ibn Asyur:
فالاعتراف بالذنب كناية عن التوبة منه ، لأن الإقرار بالذنب الفائت إنما يكون عند الندم والعزم على عدم العود إليه
“(Ayat al-Quran tentang) mereka yang mengakui dosa mereka ini adalah sebuah perumpaan mengenai orang yang bertaubat dari dosa mereka. Kerana pengakuan mengenai dosa yang lalu menunjukkan sikap penyesalan dan (mereka seahrusnya) berazam untuk tidak kembali kepada dosa.” (Tafsir IbnAsyur)
8. Namun apabila seseorang itu memcampurkan perbuatan baik dengan dosa, dan kemudian terus konsisten melakukan dosa, ia jelas bercanggah dengan ayat al-Quran di atas yang menuntut kaum muslimin untuk bertaubat meninggalkan dosa mereka dan mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka.
9. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah ancaman Allah untuk tidak menerima sumbangan sedekah orang yang fasik. Firman Allah:
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, (sumbangan kamu) tidak akan langsung diterima, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik". Semoga Allah membimbing kita.
Apa yang penting, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Seharusnya kita hidup berlandaskan Al-Quran dan Hadis. #SinarUntukMalaysia
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Ya Allah, lindungilah suamiku dari segala bahaya dan musibah apa pun di luar sana ketika dia menjemput rezekiMu.
“Ya Allah luaskan rezeki suamiku, tambahkan berkah dan barokah dan lancarkanlah rezekinya. Ya Allah, kirim malaikat penjagaMu untuk menjaga dirinya dari segala pandangan- pandangan yang buruk dari makhlukMu laki- laki mahupun perempuan yang membuat luntur keimanannya.
“Ya Allah, selamatkan perjalanan suamiku dan kembali ke rumah dalam keadaan tubuh badan sihat walafiat…”
Iring Suami Yang Keluar Bekerja
Doa ni saya jumpa di instagram hari tu. Moga jadi amalan.
Back to normal routine setelah seminggu bercuti.
Kashoorga : Insyallah mudah-mudahan Allah melindungi pasangan kita. Amin.
Zakat fitrah untuk anak remaja yang masih bersekolah tapi sudah ada pendapatan sendiri perlu dibayar oleh bapa atau ditunaikan sendiri oleh anak?Ramai remaja hari...