Solat Istikharah cukup popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perkara yang menggeletek jiwa kita adalah Istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.

Sedangkan Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.

Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.

Namun apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.

Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.

Mengapa di nyatakan demikian?

IKLAN

Syarat Solat Istikharah Mestikah Melalui Mimpi Atau ‘Nampak’Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, Istikharah juga mampu manjadi satu fitnah jika disalah gunakan. Bagaimana?.

Beberapa situasi yang biasa berlaku.

Contoh 1

Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan. Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang. Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.

IKLAN

Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk Istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.

Contoh 2

Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri. Akhirnya dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Namun Fulanah binti Fulan menolak. Bagaimanapun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama berdalilkan Istikharahnya. Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.

Contoh 3

IKLAN

Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Bagaimanapun Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya. Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.

Kesimpulannya jawapan doa Istikharah itu tidal selalunya dalam bentuk mimpi. Kadang-kadamg ia berupa keyakinan dan kemudahan-kemudahan dalam melakukan sesuatu. Kita harus pandai-pandai memahami jawapan atas doa kita sendiri.

Sumber kredit: Jentik Hati

VIDEO KASHOORGA:

https://www.youtube.com/watch?v=BObtDunpLc0&t=7s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI