Syeikh Zainul Asri Kongsi Amalan Nak Mudah Rezeki, Selawat Ini Dibaca 10 Kali Selepas Solat Subuh & Asar

Share

Ramai mengimpikan untuk hidup senang. Mempunyai wang yang banyak dengan menyimpul pelbagai impian. Antaranya, pasti ramai yang berangan-angan jika ada wang yang banyak, mereka mahu gunakan duit itu untuk menyenangkan ibu bapa yang selama ini hanya biasa-biasa saja. Dengan wang itu juga mahu diberikan kepada adik beradik, disedekahkan kepada orang ramai yang susah, diwakafkan untuk pembinaan masjid serta pelbagai lagi tersimpul di lubuk sanubari kita. Namun ada kalanya ia hanya sekadar satu impian kerana “kekayaan” itu belum ternampak jelas di depan mata.

99 nama Allah, antaranya disebut sebagai Ar Razzaq iaitu Maha Pemberi rezeki kepada hambanya.  Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37).

Namun bagaimana “menarik” rezeki dinyatakan itu?

Dalam satu perkongsian oleh Syeikh Zainul Asri, pendakwah ini berkongsi satu selawat yang mampu memudahkan rezeki seseorang itu.

Kata Syeikh Zainul Asri, amalan selawat ini perlu dihafal dan bukan ditulis. Ia perlu dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali selepas solat Asar.

“Insya Allah, akan beri rezeki kalau amalkan selawat ini. Ia perlu dihafal katanya, bukan ditulis.

Selawat menarik rezeki ini berbunyi  “Allahuma, soll wasalim ‘ala syaidina Muhammad,

Karimil aba’, wal ummahath.

Bermaksud :- Wahai Tuhan kami, selamatkanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang merupakan semulia-mulia ayah ayah dan ibu-ibu.

Ia perlu dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali selepas solat Asar. Sumber :-Tik Tok @faiz.zz._

 

Published by
Almaswa Che Ros