Dalam dunia yang menuju semakin menuju ke penghujungnya ditambah ujian wabak penyakit Covid-19 yang mengakibatkan ribuan sudah meninggal dunia, sudah pasti kita mahukan pengakhiran yang baik dalam kehidupan kita.
Justeru itu, semakin ramai yang “mencari” ilmu-ilmu sebagai bekalan di akhirat kelak di mana menuntut ilmu diperlukan oleh manusia untuk mencapai kebaikan di dunia mahu pun di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah yang bermaksud: “Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya ” (Surah al-Taubah ayat 122) dan sabda Nabi SAW: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (Hadis riwayat al-Imam Ibnu Majjah).
Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan, maka jelas tuntutan mencari ilmu itu adalah wajib bagi seluruh umat Islam baik muslimin mahupun muslimat.
Dalam pada itu, dari satu perkongsian ilmu oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Zainul Asri Haji Mohamad Romli yang merupakan Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi Kedah mengenai “doa mahal” iaitu doa agar sempat bertaubat sebelum mati.
Jelas Tuan Guru Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, doa ini diajarkan oleh gurunya dan sejak itu dirinya tidak pernah terlupa untuk membacanya.
Doanya juga amat ringkas dan boleh kita amalkan bersama-sama.
Doanya berbunyi begini:-
Allahummarzuqna qoblal mauti taubah
(Wahai tuhan tolong rezeki pada kami, sebelum kami mati kami sempat bertaubat).
Wa’indal mauti syahadah
(Ketika kami mati kami mendapat kesyahidan)
Waba’dal mauti jannatan wana’ima
(Selepas kami mati, kami mendapat syurga dan nikmat syurgaMu)
Bacalah doa selepas solat dan boleh juga sebelum kita melelapkan mata. Semoga kita semua meninggal dalam khusnul khotimah. Aamiin. Sumber : Tik Tok Kasturi_878