Sesungguhnya hidup kita di dunia ini adalah untuk diuji. Tujuannya ialah mengukur sejauh manakah tahap iman dan kesabaran yang ada pada diri seseorang itu. Sifat sabar yang ada pada diri seseorang itu menjadikan diri lebih kuat dan tabah.
Ya! Sabar itu mudah disebut di bibir tanpa menghadirkan rasa simpati yang tinggi dalam hati. Tanpa disedari, sabar itu sebenarnya suatu sifat yang menuntut kepada mujahadah dan ketahanan pada aras tinggi.
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 2999)
Ads
Pengajaran:
1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
Ads
2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak reda walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.
Ads
3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.
Ayuh kita usahakan agar memiliki sifat SYUKUR dan SABAR dalam hidup ini.
Sumber: Imam Muda Azlan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika seseorang itu pernah melakukan dosa besar dan menyesalinya, apakah yang perlu dilakukan olehnya bagi menghapuskan dosa tersebut termasuk juga dengan dosa kecil?
Orang yang pernah melakukan dosa besar hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.
Antara cara atau syarat bagi mereka yang benar-benar bertaubat kepada Allah ialah:
1. Bertaubat hanya kerana Allah SWT, bukan kerana manusia.
2. Betul-betul menyesali dan benci akan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.
3. Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa.
4. Sekiranya melakukan kesalahan terhadap manusia, hendaklah memohon maaf kepada orang tersebut.
5. Dirikan solat sunat taubat untuk menyempurnakan lagi taubat kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan DIA Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka luas kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat. Sekiranya orang kafir tertarik dan kembali kepada Islam, maka segala dosa yang pernah dilakukannya diampunkan sama sekali.
Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (al-Baqarah: 222)
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” (Riwayat Muslim)
Manakala dosa kecil pula boleh diampunkan dengan memperbanyak istighfar, menyempurnakan wuduk untuk mendirikan solat, berjalan menuju ke masjid untuk solat dan amalan-amalan yang lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pernikahan adalah satu perkhabaran yang menggembirakan. Sepatutnya ia diraikan sebagai usaha memaklumkan kepada kaum kerabat, jiran tetangga dan sahabat bahawasanya satu ikatan suci telah terpeteri.
Dalam Islam, hal pernikahan tak boleh ditutup atau dirahsiakan, malah tiada istilah nikah secara sembunyi, ia haruskan dihebahkan. Rasulullah SAW bahkan menggalakkan agar majlis dijalankan dengan sedikit hiburan yang tidak melanggar syariat Islam agar yang hadir turut sama bergembira.
Namun ada juga di kalangan masyarakat yang mahu berita ini disembunyikan daripada pengetahuan umum dan penuh misteri. Ada perkara perlu dirahsiakan tetapi ada perkara perlu diumumkan bagi mengelakkan banyak tanda tanya dan fitnah.
Rasulullah SAW bersabda,
“Umumkanlah acara pernikahan, selenggarakanlah di masjid dan bunyikanlah tabuh,” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Kumandangkanlah acara pernikahan dan rahsiakanlah peminangan,” (HR Ummu Salamah ra).
Berdasarkan beberapa pertimbangan, urusan peminangan (bertunang) elok dirahsiakan berbanding pernikahan. Proses peminangan biarlah keluarga dekat sahaja yang tahu untuk mengurangkan rasa malu dan tekanan sekiranya pernikahan tidak jadi kelak. Kita tidak mahu orang berfikiran negatif terhadap keluarga perempuan apabila mengetahui isu putus tunang.
Menghalang fitnah.Dengan bersikap telus, kenalan pengantin dan keluarganya sedia maklum. Jika si pengantin baru itu berduaan, baik di tempat sepi mahupun di tengah keramaian, orang yang mengenalnya sudah tahu mereka adalah pasangan suami isteri. Sebaliknya, jika dirahsiakan, akan terjadi gosip, umpatan fitnah tersebar kerana orang tidak tahu duduk perkara sebenar.
Mendapat doa ramai. Semakin ramai yang tahu dan menyaksikan majlis perkahwinan itu, maka potensi fitnah akan terhapus, yang mendoakan pun ramai selain pernikahan juga adalah satu ibadah.
Menggalakkan pernikahan halal. Akan lebih amai yang dari enggan bernikah terbuka hati saat melihat pengantin dinikahka.
Syi’ar Islam. Kehadiran ramai tetamu di majlis pernikahan, akan menambah marak syi’ar Islam. Yang tak tahu, bagaimana acara pernikahan dalam Islam, akan menjadi tahu terutama untuk yang belum pernah menikah, dapat belajar dengan mengikuti proses acara pernikahan itu.
Keputusan menikah diam-diam, akan timbulkan spekulasi dan gosip yang mana ini semua menambah dosa-dosa kita. Keadaan akan lagi parah apabila saat diketahui yang isteri hamil; walaupun mengaku sudah menikah, tapi acara pernikahannya tak pernah diketahui sesiapa. Jadi bagaimana?
Fitnah demi fitnah akan berleluasa dan lebih teruk lagi apabila pasangan terpaksa memikirkan pembohongan demi pembohongan kerana ingin merahsiakan pernikahan. Tak penat kah?
Ketahuilah bahawasanya, Islam sangat memuliakan majlis pernikahan dan menganjurkannya untuk disyi’arkan (diramaikan dan dihebahkan) Jangan dirosakkan syiar ini dan menjadikannya misteri.
Mengumumkan pernikahan dalam erti menyaksikannya adalah wajib menurut jumhur ulama, dan merupakan salah satu syarat sahnya nikah, berdasarkan sabda Nabi SAW:
“Tidak ada pernikahan kecuali dengan adanya wali dan kedua orang saksi yang adil”. (HR. al Baihaqidari hadits Imran dan ‘Aisyah, dan disahihkan oleh al Baani dalam Shahih alJami’: 7557)
Sebahagian ulama telah menganjurkan untuk menyembunyikan proses pertunangan, kerana bimbang ada orang-orang yang mempunyai rasa hasad (dengki) yang mahu merosak hubungan antara pihak lelaki dengan keluarga pihak perempuan.
Sebagaimana yang disebutkan dalam“Hasyiyah al ‘Adwi ‘ala syarhin mukhtashar kholil”: 3/167.
Rasulullah SAW bersabda;
“Mintalah bantuan untuk menjayakan hajat (bertunang) dengan sembunyi-sembunyi, kerana setiap orang mempunyai nikmat akan diri orang lain”. (HR. Thabrani dan disahihkan oleh al-Baani dalam Shahih al Jami’)
Hal ini tidak hanya berkait dengan masalah khitbah (lamaran), bahkan sebaiknya bagi setiap orang untuk tidak menampakkan nikmat yang Allah berikan di depan orang yang menaruh rasa dengki.
“Amalkan bersama. Bacaan nya simple dan mudah. Jangan di abaikan walau sesaat. Kita memang tak akan lari dari dosa. Ada sahaja cara dan peluang untuk mengumpul dosa. Tapi Allah Maha Menerima Taubat.
“Setiap pagi, tarik nafas dalam dalam. Letak tangan di dada. Bacakan zikir ini berulang kali. Inshaallah, dengan solat yang dijaga, dengan sedekah yang dilaksana, dengan hubungan ibu ayah yang sentiasa dipeliharq, hati akan benci dengan maksiat.
“Badan akan letih dan malas untuk buat maksiat. Bila maksiat dapat ditinggalkan, barulah doa senang dimakbulkan, barulah rezeki datang mencurah curah, barulah bencana dan bala akan segera dihilangkan.
“Sebarkan pada semua. Moga zikir dan amalan baik dari para ulama dapat memandu jasad dan roh kita ke SYURGA Allah Swt. Kita amalkan bersama
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...