Sesungguhnya hidup kita di dunia ini adalah untuk diuji. Tujuannya ialah mengukur sejauh manakah tahap iman dan kesabaran yang ada pada diri seseorang itu. Sifat sabar yang ada pada diri seseorang itu menjadikan diri lebih kuat dan tabah.

Ya! Sabar itu mudah disebut di bibir tanpa menghadirkan rasa simpati yang tinggi dalam hati. Tanpa disedari, sabar itu sebenarnya suatu sifat yang menuntut kepada mujahadah dan ketahanan pada aras tinggi.

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 2999)

IKLAN

Pengajaran:

1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

IKLAN

2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak reda walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.

IKLAN

3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.

Ayuh kita usahakan agar memiliki sifat SYUKUR dan SABAR dalam hidup ini.

Sumber: Imam Muda Azlan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI