Syukur mencukupkan keperluan, ‘Kita bukan tak kaya, tapi nafsu nak macam-macam.’ Kadang-kadang apa yang kita miliki lebih daripada cukup. Tapi kita masih mengadu tak cukup itu dan tidak cukup ini.
Padahal kehidupan kita jauh lebih baik, ada keluarga, punyai rumah walaupun kecil, ada pakaian walaupun jenamanya biasa-biasa. Selalunya kita lupa rezeki yang Allah kurniakan setiap hari, kerana kita sibuk bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Ikuti perkongsian Puan Suryani Yaakop ini dan hadam baik-baik mesej yang disampaikan :
Artikel Berkaitan
Mahu Suami Dimurahkan Rezeki & Dilimpahi Harta, Syaratnya Isteri Harus Lakukan 5 Perkara Ini
Hari itu berborak dengan kawan.
Dia kata duit tak ada. Tak cukup. Nak duit banyak. Bahasa kita biasa-biasalah tu. Cerita rakyat marhaen.
Tapi kemudian saya teringat masa makan sarapan tadi. Dia bawa spagetti. Dalam spagetti tu ada sotong. Ada udang. Dan banyak. Dapatlah dia jamu kami makan dengan spagetti tu. Buat tenaga sebelum kerja.
Jadi saya beritahu dia. Bukan tak cukup. Cukuplah tu. Kalau tak, takkan boleh bawa spagetti sampai dua binatang dia letak dalam tu. Binatang mahal pulak tu.
Duit dan harta ini memang susah nak cukup. Kita sentiasa rasa tak cukup. Cuba tanya orang kaya. Dia pun rasa tak cukup.
Untuk kita 500 itu sikit. Untuk orang kaya 1.2 juta itu sikit. Kalau tak, tak adalah dia buat bisnes macam-macam lagi. Nak tambah lagi. Nak bagi banyak lagi.
Kadang untuk itu sampai sanggup buat benda salah. Buat benda tak semenggah. Benda menjatuhkan maruah. Benda dimarah Allah.
Sebab sifat kita manusia pada duit dan harta memang begitu. Kalau tak tidaklah kalau ada satu gunung emas, kita akan minta satu lagi. Tuhan tahu dah. Memang macam itulah. Kita. Manusia.
Kemudian saya tanya dia. Ada rumah. Punya kereta. Ada pakaian. Punya makan. Ada dia kata. Pernah pinjam beras pada jiran. Ha ni tak ada.
Makanya awak kaya. Lebih dari kaya. Sebab awak ada semua. Dan mampu pulak sedekah pada kami ini lagi. Sedekah spagetti.
Kadang bukan kita tak kaya. Bukan hidup ini tak mencukupi. Tapi nafsu kita tak terpenuhi.
Saya tak kata jangan jadi kaya. Bagus. Jadi lah. Memang elok. Boleh bagi banyak lagi.
Saya tak kata jangan cari duit. Saya pun kerja. Nak cari rezeki sendiri. Hendak bagi yang terbaik pada anak. Nak hantar sekolah dan aktiviti yang bagus untuk dia. Hendak beli buku. Nak bagi dekat sesiapa saya suka. Bila-bila saya mahu. Jadi cari rezeki.
Saya tak kata jangan ada cita-cita. Jangan upgrade diri. Silalah. Jadi manusia kalau tak nak upgrade diri sendiri baik jadi batu.
Cumanya saya selalu pesan pada adik-adik. Pada kawan-kawan. Pada anak-anak.
Baca Di Sini
Untungnya Bila Isteri Rajin Solat Dhuha & Suka Bersedekah, Rezeki Yang Datang Berlipat Ganda
Rahsia Kalau Nak Sentiasa ‘Dikejar’ Rezeki, Lakukan 4 Amalan Ini Tanpa Jemu
Hiduplah kerana nak menyedapkan dan meningkatkan diri kamu untuk mata kamu. Bukan untuk menyedapkan dan meningkatkan diri kamu di mata orang.
Sebab kalau macam itu kamu akan sakit.
Pakai kereta kecil. Malu. Duduk rumah kecil. Segan. Pakai baju jenama daily-daily. Tak gah. Pakai kasut abibas. Low class. Jangan. Sakit.
Sakit hati dan sakit poket.
Selama mana kamu hidup sebab hendak menyedapkan mata orang, kamu sakit. Tapi kalau kamu nak menyedapkan pandangan kamu. Dan pandangan Tuhan pada kamu. Insyallah. Tuhan suka. Dan Tuhan tambah. Allah auto tingkatkan kamu di mata orang. Dengan cara Dia. Sudah kalau begitu, kamu pasti akan bahagia.
Kadang bila kita sibuk tengok yang nak dicari. Lupa nak pandang apa yang sudah diberi.
Saya kata saya sendiri.
Syukur itu bunyinya mudah.
Nak bersyukur tu kadang cukup payah.
Siti Suryani Yaakop
#kaknis
Kashoorga : Hidup akan jadi lebih tenang bila kita lebih bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan.
Sumber : Siti Suryani Yaakop
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.