‘Syukur sudah ada minat pada Islam.’ Ibu Maryam minta ajar solat, bawa balik telekung ke Korea. Barangkali melihat perubahan positif pada diri Maryam membuatkan ibunya terbuka hati untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.
Seperti yang semua tahu, pempengaruh media sosial kelahiran Korea Selatan, Maryam Nurr telah cuba mendalami serta mempelajari agama Islam dan budaya masyarakat Malaysia sejak memeluk Islam pada 2019, iaitu sebelum berhijrah ke Malaysia bersama suaminya, Ryzal Ibrahim.
Sebelum itu, Maryam mula menempa nama dalam industri hiburan bersama suaminya menerusi saluran YouTube, Durian Kimchi dilihat terus mendalami agama Islam termasuk mengamalkan budaya masyarakat di negara ini.
Berkat kesungguhannya itu, Maryam atau nama sebenar, You Narae, 31, mengakui, ibunya sudah mula menunjukkan minat lebih mendalami agama Islam termasuk memuji usahanya menutup aurat.
Memetik laporan Berita Harian, ibu Maryam terbuka mendalami mengenai agama Islam selepas berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.
Ads
Minat Pada Islam
“Saya bersyukur dan terharu kerana ibu sudah ada minat terhadap agama Islam walaupun saya tak pernah paksa. Ibu dengan rela hati belajar, namun masih belum mengucap dua kalimah syahadah.
“Mungkin ibu terdetik mempelajari agama Islam selepas melihat saya mula berhijab. Dia juga cuba belajar untuk memakainya.
“Ibu sudah mula memakai pakaian yang lebih menutup aurat termasuk meninggalkan makanan haram.
“Dia pernah minta saya ajar cara solat termasuk membawanya ke masjid. Saya memang tak sangka ibu minta bawa balik telekung ke Korea Selatan,” kata wanita berasal dari Ansan, Korea Selatan itu.
Terdahulu, Maryam secara rasmi memeluk Islam pada 1 Ramadan, empat tahun lalu apabila mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ryzal sebelum dirujuk kepada imam Masjid Itaewon, Korea Selatan.
Mengimbas kembali detik pengenalan pasangan bahagia ini, selepas melihat wujud keserasian bersama Ryzal yang sedang menuntut di Universiti Seoul, Korea Selatan, masing-masing mengambil keputusan mengikat tali pertunangan dan berkahwin pada tahun sama.
Kemudiannya, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Rina yang kini berusia dua tahun.
Pada masa sama, wanita yang pernah bekerja sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di bandar Ansan itu terharu apabila perkongsian mengenai ibunya mengundang reaksi positif rata-rata pengikutnya dalam media sosial.
Balik Telekung Ke Korea
“Apabila ramai berikan komen positif, saya lihat Allah begitu sayang pada kita. Allah mungkin mahu tunjuk sebenarnya ramai yang menyayangi antara satu sama lain walaupun berbeza agama.
Ads
“Lebih bagus apabila mereka sentiasa mendoakan perkara baik kepada ibu dan tidak memaksa terus memeluk Islam.
“Sebelum berhijab walaupun sudah memeluk Islam, ramai kecam. Saya fikir, perbuatan ini tak bagus untuk memberikan contoh kepada orang bukan Islam.
“Mereka yang tidak pernah ambil tahu mengenai Islam akan menilai agama ini teruk sebab penganutnya menimbulkan pelbagai persepsi negatif, jadi itu yang saya tak mahu,” katanya lagi.
Kashoorga : Semoga suatu hari nanti ibu Maryam terbuka hati untuk mengucapkan syahadah.
Mencari yang halal itu fardu kifayah. Malah kempen Buy Muslim First (BMF) yang pernah mendapat sambutan hangat suatu ketika dahulu menggalakkan umat Islam membeli dari peniaga Islam membuatkan ramai beralih kepada kempen ini. Ironinya orang islam mudah tertarik dengan penggunaan nama Melayu. Ini termasuklah ketika pau Ahmad yang mendapat sambutan tetapi akhirnya selepas didedahkan, pemiliknya adalah bukan dari orang Islam sendiri.
Bagi yang gemar minum susu Farm Fresh tentu masih ingat tentang Azmi Zainal kerana wajahnya saban minggu boleh dilihat di kaca tv kerana menaja rancangan Gegar Vaganza. Namun pendedahan dari Co-Founder SCRUT, Aliff Ahmad di fbnya mengenai Farm Fresh milik siapa, pasti membuatkan kita menemui satu jawapan.
Baca perkongsiannya:-
Dah banyak kali orang request aku SCRUT company Farmfresh ni. Aku malas nak buat dan perasan sibuk. Semalam sahaja aku rasa nak SCRUT sebab aku kan #MindaSkeptikal bila orang share dekat aku Farmfresh beli IXL di Australia. Since maybe aku ni Bogan yang dah tinggal di Australia hampir 10 tahun. Aku rasa curious sikit. Jadi aku check lah. Dalam pengetahuan aku IXL ni brand sendu dah kat Australia, walaupun dia legend. Tak popular pun. Tak seperti Beerenberg. Ibarat roti Hi5 di Malaysia. Anyway, lepas tu aku bacalah news-news di Australia pasal pengambilan tersebut, tak keluar pula nama Brader Azmi Zainal, yang keluar nama Loi Tuan Ee dan Pretty Adam sebagai director dan shareholder. Takda pula nama Brader Azmi Zainal.
Jadi, aku mula SCRUT menggunakan Interepo (www.interepo.com) dengan mencari Farmfresh Milk Sdn. Bhd. Aku mendapati 2 orang pengarah yang mengawal syarikat tersebut ialah adik beradik Loi iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin. Syarikat tersebut dimilik 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd.
Farmfresh dimiliki 100% oleh The Holstein Milk manakala senarai pengarahnya ialah: 1. Loi Tuan Ee 2. Loi Tuan Kin 3. Azmi bin Zainal (Baru jumpa) 4. Amran Hafiz 5. Ganesh Kumar 6. Tan Chow Yin (VC Singapore) 7. Tan Mek Shwen The Holstein Milk dimilik oleh : 1. Rainforest Capital 46.7% 2. Agrifood Resource 30% (2/4/2020) 3. Farmchoice Food 23.3% 4. Loi Tuan Ee 1% 5. Loi Tuan Kin 1%
Perlu diketahui, pengarah adalah lantikan dari shareholder, Azmi Zainal bukan dalam senarai shareholder dalam The Holstein Milk Company. Manakala adik beradik Loi ialah shareholder dan director. Takpa, kita terus menggali.
Rainforest Capital dimiliki oleh: 1. Cahaya Bintang Ltd 65% (Singapore) 2. Loi Tuan Ee 17.6% 3. Loi Foon Kion 14% 4. Loo Tuan Kin 3.5%
Manakala senarai pengarahnya ialah: 1. Loi Tuan Ee 2. Loi Tuan Kin 3. Loi Foon Kion 4. Chung Hin Chew (bukan orang Malaysia) 5. Tan Chow Yin (Singapore)
Rainforest Capital adalah sebuah syarikat investment holding company. Tiada juga nama Brader Azmi Zainal dalam ni. Takpa, kita cari lagi.
Agrifood Resource adalah 100% milik Khazanah National. So, bukan disini juga. Kita cari lagi. Farmchoice Food pula dimiliki oleh : 1. Cahaya Bintang LTD 80% (Singapore) 2. Loi Tuan Ee 16.7% 3. Loi Tuan Kin 1.3% 4. Azmi Bin Zainal 1.3% (RM251k) 5. Pretty Adam 0.4%
Manakala senarai pengarah dalam Farmchoice pula ialah: 1. Loi Tuan Ee 2. Loi Tuan Kin 3. Tan Chow Yin (Singapore)
Dalam syarikat yang Brader Azmi Zainal menjadi shareholder, dia sendiri bukan pengarah. Dengan 1.3% (share value RM251,000) dilihat tidak significant dalam syarikat yang bernilai lebih RM100 juta. 1.3% daripada 23.3% rasanya kurang 1% pemilikan dalam Farmfresh dan The Holstein Milk Company.
Yang jelas disini, adik beradik Loi dan VC dari Singapore memegang tampuk majoriti. Khazanah pula baru sahaja masuk tahun lepas sebanyak 30%.
Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim, dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim, dan Bumiputera.
Korang boleh kaji balik. Aku tak minum susu Farmfresh, so aku tak kisah sangat. Aku minum Susu Devondale Malaysia yang aku langgan monthly dengan Ifmal (www.ifmal.com) melalui Langgan.my (www.langgan.my). Lepas ni korang nak SCRUT, terus ke Interepo tau. Buat sendiri kalau nak cepat, tunggu aku makan tahun lah.. SCRUT for the TRUTH! SCRUT before WE get SCREWED!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita ada Allah, mintalah pada Dia. ‘Benarkah minta tolong dengan malaikat jatuh syirik?’ Sebenarnya sebagai manusia biasa, kita tak layak menjatuhkan seseorang itu syirik.
Tidak dinafikan adalah lebih baik kita meminta pertolongan kepada Allah SWT. Minta tolong pada malaikat sekalipun jika dipermudahkan ianya adalah atas izin dari-Nya.
Ikuti perkongsian Dr Asyran tentang bolehkah manusia meminta pertolongan atau berdoa kepada malaikat selain Allah SWT.
Nabi Muhammad saw sendiri yang ajar minta tolong dengan Malaikat. Takkanlah syirik? Ini adalah hadis yang Nabi ajarkan umatnya meminta tolong pada malaikat kalau sesat di jalanan:
عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إن لله عز و جل ملائكة سوى الحفظة يكتبون ما سقط من ورق الشجر فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله يرحمكم الله تعالى )
Mafhumnya:
Daripada Ibn Abbas (Semoga Allah meredai keduanya) bahawasanya Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat selain malaikat hafazah, malaikat itu menulis setiap helaian daun yang gugur daripada pohon-pohon, apabila salah seorang kalian mengalami kesukaran (mencari jalan pulang kerana sesat) di hamparan padang pasir yang terbentang maka hendaklah dia menyebut, ‘Wahai Hamba Allah (yakni malaikat tersebut) Tolonglah!’ Maka Allah akan merahmati kamu (dengan bantuan malaikat itu)”
Benarkah Minta Tolong
Contoh mudah:
Kita tinggalkan anak di asrama, pesan dekat pengurusan sekolah, jaga anak saya. Mana mungkin perkara sebegini syirik?
Malaikat dengan warden mana afdhal?
Kalau minta dengn warden pun tak syirik, kenapa minta malaikat jadi syirik?
Beginilah situasinya orang kata mengaji dengan literalis tak habis. Akhirnya memperbodohkan akal. Lagi satu, ini bukan bab Tawassul walaupun ia ada kaitan. Ini Bab Isti’anah dan Istighatsah.
.
Dengan Malaikat Jatuh Syirik?
Contoh Istighastah:
“Kerajaan tolonglah turunkan taarif elektrik dan harga petrol, kami rakyat ini sengsara!”
Takkanlah ini jadi syirik?
Kenapa minta Kerajaan, kenapa tak minta Allah?
Sebab itulah kena faham masalah kalam zahir atas jalan sebab (majazi) dan kalam atas jalan hakikat!
Kita sering mengeluh apabila apa yang dirancang tidak menjadi. Hakikatnya tanpa kita sedari semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kebiasaannya hanya selepas sesuatu perkara itu berlaku barulah kita menyedari mengapa sesuatu yang kita rancang tidak ‘berjalan’ mengikut seperti apa yang kita hajati.
Berikut perkongsian Ustaz Ebit Lew.
Tadi dah nak terlelap dalam flight kl ke jakarta. Sebelum berlepas dengar pengumuman flight ada kerosakan teknikal so kena turun semula nanti diumumkan kemudian waktu terbang. Aircond terasa panas.
Terus tersenyum kerana saya tahu pasti ada rahmat di sebalik semuanya..Allah beri kita dugaan kecil supaya terselamat dari dugaan lebih besar. Ada rahmat di sebalik semuanya..
Dulu pernah kereta saya dilanggar dari belakang dan masa tu hilang kerja. Oh rupanya Allah nak bagi rezeki lain yang lebih dari sebelumnya..
Teringat kisah seorang wanita sedih anak kecilnya meninggal. Sabda Nabi saw anak kamu sedang bermain dalam syurga. Ibu tadi terus senyum dan yakin..Nabi saw tanya nak ke saya tunjukkan. Jawab wanita tadi tak perlu ya Rasulullah saw. Sabdaan mu sudah cukup buatku..
Siapa sangka hilang kerja rupanya Allah nak beri jadi peniaga berjaya atau rezeki lebih baik..
Ditolak belajar tempat kita inginkan lalu kita dapat belajar ilmu yang tiada di universiti..
Putus tunang berkali-kali supaya bertemu jodoh yang boleh pimpin masuk syurga..ooo dulu tak lalu disini kerana jodoh tercinta disini. Allahuakbar..
Dihina masa kecil rupanya menjadi jiwa yang kuat lalu bila besar menjadi manusia yang dibanggakan dunia dan dilangit..
Tidak diberi anak agar satu hari benar menghargai anak dan diberi anak soleh solehah..
Senyumlah walau sukar. Menangislah saat terlalu berat dan mengadu pada Allah yang Maha Penyayang. Teruskanlah langkah dalam syukur dan sabar. Kadang indah kadang tidak tetapi janji Allah bila syukur dan sabar akhirnya dan selamnya indah. Pohon doakan perjalanan dakwah di Jakarta menjadi asbab kebaikan dan hidayah.
Sumber kredit: FB: Ebit Lew
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?